-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Wednesday, July 13, 2011

Masjid (Mosque of) Ibrahimi, Pasir Puteh

Bersambung dari Makam Raja-raja Salor (Tombs of the rulers of Salor).
Continued from Makam Raja-raja Salor (Tombs of the rulers of Salor).



Malamnya kami singgah di masjid ini.
At night we stopped by at this mosque.


Ia adalah Masjid Ibrahimi di Pasir Puteh.
It is the Masjid (mosque of) Ibrahimi at Pasir Puteh.




Mari masuk ke dalam.
Come let us go inside.















Dewan solat.
Praying hall.







Bahagian bawah kubah.
Section under the roof.




Mihrab.
Front-most section.




Makam Raja-raja Salor (Tombs of the rulers of Salor)


Makam seterusnya yang kami singgahi terletak di Salor, satu wilayah yang setentang dengan Pasir Mas.
The tomb we visited next is situated in Salor, a territory which is opposite that of Pasir Mas.




Menurut satu cerita wilayah ini pernah memiliki pemerintahan sendiri apabila seorang raja yang berasal dari kawasan sekitar selatan Thailand datang memohon untuk memerintah Salor atas perkenan raja yang memerintah Kelantan.
According to the stories this territory has its own rule when a ruler who originated from the areas around southern Thailand asked to rule Salor on the acceptance of the ruler who ruled Kelantan.


Menurut satu cerita pula Raja Salor yang pertama itu bernama Long Muda, bukan orang lain tetapi salah seorang anak Long Yunus, pengasas kesultanan Kelantan moden.
According to another story the first Raja (ruler of) Salor is Long Muda, none other than one of the sons of Long Yunus, founder of the modern sultanate of Kelantan.


Maka cukup terang ia adalah wilayah dalam Kelantan yang tetap berada di bawah raja-raja yang memerintah dari Kota Bahru, pusat pemerintahan negeri.
Thus it is obvious enough that this is a territory in Kelantan which still stays under the rulers who ruled from Kota Bahru, the centre of rule for the state.



Saya tak tahu ada berapa orang Raja Salor kesemuanya. Yang saya tahu di sekitar ini ada dua buah bangunan yang menempatkan sejumlah makam.
I didn't know many rulers of Salor there where. What I do know around here there are two buildings which house a number of tombs.


Menurut ceritanya Salor memiliki raja turun temurun sehingga ke zaman Sultan Muhammad II (memerintah Kelantan 1837-1886) di mana telah berlaku satu peristiwa yang menyebabkan seluruh kaum keluarga Raja Salor dibunuh atas perintah baginda.
According to the stories Salor had hereditary rulers up to the period of Sultan Muhammad II (ruled Kelantan 1837-1886) when a certain event happened which caused the whole family of the Raja of Salor to be executed by his majesty's command.













Masjid (Mosque of) Kedai Mulong

Bersambung dari Makam (Tomb of) Long Seri.
Continued from Makam (Tomb of) Long Seri.



Seterusnya kami singgah di masjid ini.
Next we stopped by at this mosque.


Letaknya di Kedai Mulong, berhampiran simpang ke Pasir Mas.
It is located at Kedai Mulong, close to the junction to Pasir Mas.




Mari lihat lebih dekat.
Let us have a closer look.




Kubah masjid terletak di bahagian tepi, bukan pada bangunan utama.
The dome of the mosque is situated at its side section, not on the main building.




Menara azan.
Call to prayer tower.



Masuk ke dalam.
Going inside.




Papantanda ini menyebut masjid dibuka 1969.
This signage says the mosque was opened in 1969.



Dewan solat.
Praying hall.



Mihrab.
Front-most section.



Makam (Tomb of) Long Seri

Di sebelah makam Long Ghaffar terdapat makam anakandanya Long Seri.
Beside the tomb of Long Ghaffar there exist the tomb of his son Long Seri.




Apa yang tercatat pada makamnya lebih menepati kebenaran. Iaitu beliau adalah Raja di Limbat merangkap Perdana Menteri (bagi negeri Kelantan).
What is written at this tomb is closer to the truth. That he was the Raja (ruler of) at Limbat cum the Prime Minister (for the state of Kelantan).





Apapun ia masih kelihatan seperti usaha untuk terlebih membesarkan keluarga mereka. Ini boleh dilihat apabila kedudukan Long Seri sebagai Perdana Menteri dinyatakan sebagai penasihat Kota Bahru. Ia seolah membayangkan wilayah Limbat pernah sama taraf dengan wilayah Kota Bahru dan keturunan Long Yunus yang bersemayam di Kota Bahru sekadar memerintah wilayah itu sahaja, bukan seluruh Kelantan.
Whatever it still looks like an effort to overly glorify their family. This could be seen when Long Seri's position as the Prime Minister is stated as penasihat (advisor) to Kota Bahru. This is as if giving the picture that the territory of Limbat was once of the same standard as Kota Bahru and the descendants of Long Yunus who resided in the territory of Kota Bahru were just rules of that territory only, not the whole of Kelantan.





Sebenarnya kedudukan sebagai Raja Limbat adalah satu kedudukan raja bawahan yang tunduk kepada pemerintah di Kota Bahru. Sepertimana adanya raja-raja di wilayah-wilayah bawahan lain di Kelantan seperti Banggol, Bukit Marak, Salor dan Kampung Laut.
Actually the position as the Raja (ruler of) Limbat was just an underling ruler position which bows down to the ruler at Kota Bahru. Just like there are rulers at other subordinate territories in Kelantan like Banggol, Bukit Marak, Salor and Kampung Laut.




Apapun biar dinyatakan batu nesan yang dipakai ini hampir serupa yang terdapat di makam Long Yunus. Malah ia lebih hampir pada batu nesan yang terdapat di sebelah makam Chik Siti. Lihat Makam (Tomb of) Chik Siti Wan Kembang? dan Makam (Tomb of) Long Yunus.
Whatever let it be stated that the tombstones used here are also similar to one available at the tomb of Long Yunus. In fact it is closer to the tombstones used beside the tomb of Chik Siti. Look at Makam (Tomb of) Chik Siti Wan Kembang? and Makam (Tomb of) Long Yunus.





Makam (Tomb of) Long Ghaffar

Bersambung dari Masjid (Mosque of) Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
Continued from Masjid (Mosque of) Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.


Dari Kubang Kerian kami ke Limbat lalu melawat makam ini.
From Kubang Kerian we went to Limbat and visited this tomb.




Ia adalah milik Long Ghaffar (juga dieja Gaffar) seorang putera raja kerajaan Reman (di utara Perak) yang membawa diri ke Kelantan.
It belongs to Long Ghaffar (also spelt Gaffar) a prince from the kingdom of Reman (north of Perak) who brought himself to Kelantan.





Papantanda tadi menyebutnya sebagai Raja Kelantan. Saya rasa ini tidak benar tetapi adalah tokok tambah oleh pihak tertentu. Sebenarnya baginda pernah menolong Long Yunus mendapatkan kembali takhta Kelantan yang dirampas orang. Lalu Long Ghaffar pun diberi satu wilayah untuk diperintah tetapi tidaklah sampai separuh kelantan seperti didakwa pihak yang berkenaan.
The signboard just now mentioned him as Raja (ruler of) Kelantan. I think this is not true but exageration of things by certain parties. Actually his majesty once helped Long Yunus gain back the throne of Kelantan which was seized by someone. Thus Long Ghaffar was given a territory to rule but not up to half of Kelantan as claimed by certain parties.





Batu nesan yang dipakai serupa yang terdapat di makam Long Sulaiman (ayahanda Long Yunus) juga di makam Long Deraman, orang yang dikatakan bertanggungjawab merampas tahkta Kelantan. Sila baca cerita berkenaan dalam artikel Makam (Tomb of) Long Sulaiman, Makam (Tomb of) Long Deraman dan Makam (Tomb of) Long Yunus.
The tombstones used are similar to the ones at the tomb of Long Sulaiman (father to Long Yunus) also at the tomb of Long Deraman, the person said to be responsible for seizing the throne of Kelantan. Do read the relevant stories in the articles Makam (Tomb of) Long Sulaiman, Makam (Tomb of) Long Deraman dan Makam (Tomb of) Long Yunus.







Masjid (Mosque of) Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

Assalamualaikum. Biar diselesaikan tempat-tempat yang dilawati pada hari ke 8 perjalanan ke Pantai Timur...
Peace be upon you. Let us complete the places visited on the 8th day of the travel to the East Coast.




Selepas puas melihat makam-makam kerabat diraja di Langgar, Kota Bahru kami ke Kubang Kerian lalu singgah di Masjid Sultan Ismail Petra.
After having been satisfied looking the tombs of royalty at Langgar, Kota Bahru we went to Kubang Kerian and stopped by at Masjid (mosque of) Sultan Ismail Petra.






Kalau tak salah ia adalah masjid yang terbesar di negeri Kelantan.
If not mistaken the mosque is the biggest in the state of Kelantan.







Mari lihat ke dalam.
Let us have a look inside.












Dewan solat.
Praying hall.




Bahagian bawah kubah.
Section under the dome.




Mihrab dan mimbar. Untuk makluman ini adalah artikel ke 676 di blogspot ini.
Front-most section and the pulpit. For information this is the 676th article in this blogspot.