-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Thursday, July 23, 2009

Masjid (mosque of ) Marzukiyah di (at) Jalan Sepintas...

Bersambung pula daripada artikel Makam (tomb of) Sheikh Sayyid Ahmad Marzuki...
Continuing in turn from the article Makam (tomb of) Sheikh Sayyid Ahmad Marzuki...

Ketika dalam perjalanan dari Lubuk Pusing untuk ke bandar Sabak Bernam melalui Jalan Sepintas, terlihat masjid ini yang juga agak menarik.
While on the way from Lubuk Pusing to the town of Sabak Bernam through the road called Jalan Sepintas, I saw this mosque which also looks rather interesting.


Rupa-rupanya namanya juga masjid Marzukiyah, sama seperti di Lubuk Pusing. Nampaknya nama Sheikh Sayyid Ahmad Marzuki memang terkenal di sekitar ini.
As it turns out the name of the mosque is also Marzukiyah, just like the one at Lubuk Pusing. It looks like the name Sheikh Sayyid Ahmad Marzuki is indeed famous in these areas.



Lihat kubahnya yang menarik...
Look at its interesting dome...


Mari masuk ke dalam...
Let us go inside...








Kelihatan ramai orang sedang tidur berehat. Dari gaya pakaian, nampaknya mereka ini para pengikut Tabligh.
One could see a number of people taking a rest by sleeping. From their clothings, it looks like they are followers of the Tabligh movement.
Untuk pengetahuan, pengikut Tabligh biasa keluar mengembara lalu menginap di masjid-masjid. Selalunya masjid yang dipilih ada rasa kebatinannya yang tersendiri.
For information, Tabligh followers are used to travelling and lodging at mosques. Normally the mosques have its own unique spiritual feeling.


Dewan solat utama.
The main praying hall.



Corak yang terdapat pada palang-palang di bahagian dalam kubah kelihatan serupa dengan apa yang terdapat di Masjid Marzukiyah Lubuk Pusing, cuma lebih berwarna-warni!
The pattern available at the supporting structures at the inside parts of the dome looks the same as what is available at Lubuk Pusing's Marzukiyah mosque, except it is more colourful!

Bahagian mimbar masjid. Cukuplah ya...
The front section of the mosque. Enough ya...

Makam (tomb of) Sheikh Sayyid Ahmad Marzuki



Di hadapan masjid terdapat bangunan makam ini...
In front of the mosque there exist this tomb building...

Inilah bangunan makam Sheikh Sayyid Ahmad Marzuki, seorang ulamak yang agak terkenal di kawasan ini.
This is it the tomb of Sheikh Sayyid Ahmad Marzuki, a religious master which is rather famous in these areas.


Mari kita lihat lebih dekat.
Let us have a closer look.

Sebenarnya terdapat dua buah makam di sini.
Actually there exist two different tombs here.



Di kiri katanya adalah makam anak kepada Sayyid Marzuki.
On the left is said the tomb of a son of Sayyid Marzuki.




Di kanan pula terdapat makam Sayyid Marzuki, ulamak yang dikatakan bertaraf wali, lagi mujarab doa-doanya.
On the right there exist the tomb of Sayyid Marzuki, a religious master said to be of saintly status, and his supplications always answered.

Di sini juga terdapat makam beberapa orang ahli keluarganya...
Available here also are the tombs of some family members...

Masjid (mosque of) Marzukiyah, Lubuk Pusing, Sabak Bernam

OK. Ini pula adalah Masjid Marzukiyah di Lubuk Pusing, dalam daerah Sabak Bernam, Selangor.
OK. This in turn is the mosque of Marzukiyah at Lubuk Pusing, in the district of Sabak Bernam, Selangor.


Bentuk menara azannya yang unik mengingatkan saya pada menara sebuah masjid lama berdekatan makam diraja Kedah di Langgar, menara yang bentuknya menyerupai bangunan balai nobat di tengah bandaraya Alor Setar. Lihat artikel Sebuah masjid lama di (and old mosque in) Langgar, Kedah...
The shape of its unique call to prayer tower reminds me of the tower at an old mosque near the royal mausoleum of Kedah in Langgar, the tower with a shape resembling that of the balai nobat building in the middle of the city of Alor Setar. Look at the article Sebuah masjid lama di (and old mosque in) Langgar, Kedah...



Di masjid ini terdapat dua menara sedemikian.
At this mosque there exist two such towers.


Kubah masjid ini pula adalah berbentuk tradisional alam Melayu yang berupa seperti piramid berlapis.
The dome of this mosque in turn follows the traditional shape of the Malay world which is like layered pyramids.

Serambi masjid...
The mosque's verandah...



Ke kanan masjid boleh kelihatan sebuah kolam yang ada ceritanya yang tersendiri. Insyaallah akan saya sentuh tentangnya nanti dalam blogspot Melayu CATATAN SI MERAH SILU
To the right of the mosque one could see a pool which has its own unique story. God willing I will touch on it later in my Malay blogspot CATATAN SI MERAH SILU



Sebelum itu mari kita masuk ke dalam...
Before that let us go inside...



Dewan utama solat.
The main praying hall.



Saya tertarik dengan ukiran yang terdapat pada palang-palang di bahagian dalam kubah...
I was attracted to the carvings available on the supporting structures in the inside parts of the dome...


Rasanya gambar ini terang sedikit...
I believe this picture is slightly clearer...




Kembali ke luar masjid. Di sisi kanan juga terdapat kolam wuduk ini.
Returning to the outside of the mosque. At the right side there also exist this pool for taking abolution.

Kubah di lihat dari sisi kanan hadapan.
The dome seen from the front right side.


Di bahagian hadapan masjid pula terdapat sebuah bangunan makam. Bersambung...
At the front section of the mosque in turn there exists a tomb building. To be continued...

Masjid Pulau Besar Perak lagi (The mosque of Pulau Besar Perak again)

Assalamuaikum semua. Hujung minggu lalu saya pergi ke Perak lagi dan sempat mengambil gambar beberapa buah masjid dalam perjalanan. Tadi saya melihat kembali gambar-gambar itu untuk mengatur bahan cerita bagi artikel-artikel akan datang. Salah satu masjid yang ingin diketengahkan adalah Masjid Pulau Besar di Perak ini. Kemudian baru saya tersedar, saya pernah membuat satu artikel bertajuk Masjid (mosque of) Pulau Besar, Perak... di blogspot ini pada 23 Julai 2007 iaitu tepat 2 tahun lalu!
Greetings all. Last weekend I went to Perak again and had the time to snap the pictures of a number mosque on the way. Just now I had a look again at the pictures to choose and arrange materials for upcoming articles. One of the mosque I wish to highlight is the mosque of Pulau Besar shown here. Then I realise that I have already made an article titled Masjid (mosque of) Pulau Besar, Perak... in this blogspot on 23rd July 2007 which is exactly two years ago.
Tetapi ternyata artikel lama itu kurang memaparkan gambar sebenar senibina masjid. Malah ia lebih banyak mengandungi gambar-gambar 'tepian' hasil gerak hati seorang rakan. Maka itu kali ini biar dipaparkan gambar yang lebih sesuai melambangkan kesenian masjid ini. Rasanya tidak perlu lagi ditambah apa-apa cerita. Baca sahaja di Masjid (mosque of) Pulau Besar, Perak... ya. Sekian...
But it turned out that the old article did not feature much pictures to actually reflect the mosque's architecture. In fact it contained more pictures of 'sideshow' nature following a friend's own instinctivel take on it. So this time let me highlight pictures which are more suitable to reflect the art of the mosque. I think there's no need to add further stories. Just read what is in
Masjid (mosque of) Pulau Besar, Perak... ya. That's all...