-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Saturday, September 15, 2007

Jalan-jalan (walkabout in) Sungai Petani...

Assalamualaikum semua! Sempena memecah "kesenyapan" bulan puasa ini tergerak saya untuk suka-suka bercerita tentang jalan-jalan di Sungai Petani... Cerita ini boleh dikatakan sambungan kepada posting bertajuk A typical day in Alor Setar? dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH yang baru dibuat sebentar tadi... Dan ia memang ada kena-mengena dengan posting Masjid (mosque of) Sungai Petani, Kedah dan (and) September 11?... yang dibuat di blogspot ini 4 hari lepas. Sila...
Greetings all! In order to break the ice for this fasting month of Ramadhan, I feel like making story for fun on a walkabout in Sungai Petani... This story can be said to be a continuation of the posting titled A typical day in Alor Setar? made in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH a moment ago... And it sure is related to the posting Masjid (mosque of) Sungai Petani, Kedah dan (and) September 11?... made in this blogspot 4 days before. Go on...

Selepas 2 malam di Alor Setar, saya bergerak ke Sungai Petani... Niat saya adalah untuk singgah sebentar kemudian mendapatkan bas terus ke Kulim tetapi saya sampai ke bandar ini agak lewat lalu terpaksa bermalam di sini.

After 2 nights in Alor Setar, I moved to Sungai Petani... My intention was just to stop by and then get a bus straight to Kulim but I arrived at this town quite late and was forced to spent the night.

Gambar di atas diambil keesokannya... Apabila melihat nama Jalan Patani ini, terfikir pula saya, apakah nama bandar Sungai Petani ini diambil sempena nama sungai yang ada kena-mengena dengan wilayah Pattani di selatan Thailand? Sambil itu sempat pula menggantungkan poster promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh" pada satu papan tanda jalan...

The picture above was taken the following day... When I saw the name of this road Jalan Patani, there came a thought, is the name of the town Sungai Petani made to commemorate a river (in Malay sungai...) related to the province of Pattani in southern Thailand? Meanwhile I had the time to hand the "Berpetualang ke Aceh" book series poster at a road sign...


Pandangan tadi diambil daripada belakang... Nampak tak papan-tanda jalan tempat poster tadi digantungkan?

The previous view taken from behind... Can you see the road sign where the poster was hanged at?


Ini pula gambar tempat tadi juga tapi diambil daripada hentian bas Sungai Petani...

This is a picture of the same place but taken from Sungai Petani's bus stop...


Hentian bas Sungai Petani... Saya ke sini untuk melihat jadual bas ke Kulim... Ternyata saya telah tertinggal bas pagi yang baru berlepas sekitar 15 minit tadi... Terpaksalah menunggu bas petang jam 3 begitu...

Sungai Petani bus stop... I was here to look at the bus schedule to Kulim... Turned out I just missed the morning bus by about 15 minutes... Had to wait for the afternoon bus at 3 o'clock or so...


Kebetulan hari itu hari Jumaat... Saya pun berjalan kaki menyusuri Jalan Patani untuk menunaikan solat Jumaat di masjid jamek... Baca sedikit cerita tentang masjid ini di Masjid (mosque of) Sungai Petani, Kedah dan (and) September 11?...

It happened that the day was Friday... So I walked up Jalan Patani to do the Friday prayers at the main mosque.. Read a bit on the mosque in Masjid (mosque of) Sungai Petani, Kedah dan (and) September 11?...


Pemandangan selepas solat dengan kereta-kereta meninggalkan masjid...

A view after the prayers with cars lining up to leave the mosque...


Saya pula berjalan kaki menghala kembali ke stesyen bas... Ternampak papan tanda iklan Hassani ini lalu tergerak mengambil gambar... Sepanjang di Kedah, saya dapati banyak anak syarikat di bawah nama Hassani berada di mana-mana...

I on the other hand walked back to the bus station... Saw this Hassani advertisement bill-board and felt like snapping a picture... While in Kedah, I found many little companies under the name Hassani everywhere...

Mungkin ia sekadar sebuah syarikat yang membuat pelbagai perniagaan seperti khidmat pelancungan dan kursus perkahwinan tetapi saya melihat ini dari sudut lain... Dalam pencarian saya mencari asal-usul keluarga sendiri, saya mendapati bahawa terdapat ramai keturunan cucu sulung Nabi Muhammad SAW, Saidina Hassan berada di Tanah Melayu ini tetapi ramai daripada mereka tidak menyedari mempunyai darah ini. Maka papan tanda Hassani itu saya anggap sebagai suatu petunjuk akan wujudnya ramai keturunan berkaitan di Kedah. Wallahualam... Cukuplah...

Maybe it's just another company making all sorts of business like travel and tours and conducting marriage courses but I see it from a different angle... In my search to understand my family roots, I've found that many offsprings from Prophet Muhammad SAW's eldest grandchildren, Saidina Hassan exist in the Malay lands but many of them don't realise they have this blood. Thus I consider the Hassani bill-board as a sign that there exist many related lineage in Kedah. God knows best... That's all...

Tuesday, September 11, 2007

Masjid (mosque of) Sungai Petani, Kedah dan (and) September 11?...

Assalamualaikum semua... Hari ini 11 September 2007, 6 tahun setelah berlakunya peristiwa keruntuhan menara berkembar World Trade Centre di New York, timbul rasa untuk mengenengahkan gambar-gambar Masjid Jamek Sungai Petani di Kedah. Sila...
Peace be upon you all. Today, 11th September 2007, 6 years after the fall of the twin towers of the World Trade Centre in New York, came the urge to feature pictures of the main mosque of Sungai Petani in Kedah. Come in...

Gambar-gambar ini diambil semasa perjalanan hampir sebulan yang meliputi beberapa buah lokasi di negeri-negeri Pahang, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor lebih 2 bulan lalu. Kebetulan hari itu adalah hari terakhir saya di Kedah setelah 6 malam di sana dan kebetulan hari itu hari Jumaat. Maka saya menunaikan Solat Jumaat di masjid itu... Sempat pula menggantungkan poster promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh" di pagar masjid...
These pictures were taken during an almost month-long trip which covers some locations in the states of Pahang, Kelantan, Kedah, Perak and Selangor more than 2 months ago. It happens that day was my last day in Kedah after spending 6 nights there and it also happens the day was Friday. So I did my Friday prayers at the mosqe... Had the time to hang up the promotional poster for the "Berpetualang ke Aceh" book series at the fences...


Masjid ini adalah masjid baru... Tetapi senibinanya ada ciri-ciri Arab lama... Saya tak pasti di belah mana tetapi hati ini mengatakan ada kena-mengena dengan senibina di sebelah Maghribi, sebuah negeri majoriti Arab di benua Afrika yang diperintah seorang raja daripada keturunan Saidina Hassan, cucu sulung Nabi Muhammad SAW...

The mosque is a new mosque... But the architecture has the characteristics of old Arab... I'm not sure of which part but this heart says it has something to do with the architecture around Morocco, a country of Arab majority in the continent of Africa ruled by a king from the lineage of Saidina Hassan, the eldest grandchild of Prophet Muhammad SAW...


Lihat menara azan masjid ini... Nampak seperti salah sebuah menara World Trade Centre yang runtuh pula!
Look at the mosque's azan (call to prayer) tower... Looks like one of the towers of the World Trade Centre which went down!


Sebenarnya masjid ini diberi nama Masjid Sultan Mudzaffar Shah sempena nama Raja Kedah yang dikatakan pertama sekali memeluk Islam... Sedikit cerita tentang Sultan ini ada dinukilkan di dalam blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH , di bawah tajuk Sultan Muzaffar Shah, the first king of Kedah? . Silalah menjenguknya...

Actually this mosque is given the name Masjid (mosque of) Sultan Mudzaffar Shah based on the name of the king of Kedah said to be the first to embrace Islam... Some story on the Sultan was made in the English blogspot BERPETUALANG KE ACEH , under the title Sultan Muzaffar Shah, the first king of Kedah? . Do have a look...


Sebenarnya, saya masih ada banyak lagi koleksi gambar-gambar bangunan terutama masjid yang diambil dalam pengembaraan demi pengembaraan yang dilakukan tetapi saya pun tidak pasti kenapa pula masjid ini dipilih pada 11 September ini...

Actually, I still have plenty of collections of pictures of buildings especilly mosques taken during trips after trips which was made but I myself am not sure why this mosque is chosen this September 11...


Mungkin juga gambar-gambar ini dipilih kerana berdasarkan turutan gambar-gambar daripada pengembaraan hampir sebulan yang telah diketengahkan dalam blogspot-blogspot saya, sudah sampai masanya gambar masjid ini dikongsi bersama...

Maybe these pictures were chosen because based on the turn of pictures taken during the almost month-long trip which have been featured in my blogspots, it is time pictures of the mosque are shared here...


Tetapi kalau difikirkan kembali, saya boleh sahaja memilih gambar-gambar lain untuk sesi penulisan kali ini... Mungkin saya tergerak untuk menggunakan gambar masjid ini disebabkan satu, menaranya memang hampir serupa dengan menara-menara World Trade Centre yang gugur ke bumi dan kedua, masjid ini dinamakan sempena Sultan Muzaffar Shah? Wallahualam... Cukuplah!
On the other hand, I could have chosen other pictures for this particular session of writing... Maybe I felt the urge to use pictures of the mosque because one, its tower does look a bit like the World Trade Centre towers which fell down and second, the mosque is named after Sultan Muzaffar Shah? God knows best... That's all!

Sunday, September 09, 2007

Lagi, Menara Condong (More, leaning tower of) Teluk Intan

OK... Kita sambung cerita tentang menara condong...
OK... Let's continue the story on the leaning tower...

Ini adalah pandangan ke bawah melalui sebuah lubang yang terletak pada tingkat ke 2 (atau ke 3? Saya sudah lupa) Menara Condong Teluk Intan. Yang pasti, pada tingkat inilah kelihatan tangki air di menara itu...

This is a view downwards through a hole situated at the 2nd level (or was it 3rd? I can't remember) of the Leaning Tower of Teluk Intan. What's sure, this is the level where the water tank inside the tower can be seen...


Pandangan di sisi tingkat itu...

Look at the sides of the level...


Satu pandangan ke atas menghala ke bumbung...

A look upwards towards the roof...

Tangga ke tingkat lebih atas. Ada notis menyatakan orang awam tidak dibenarkan naik. Pintu gate nya pula terkunci..,.

Staircase towards an upper level. There's a notice saying the public is not allowed to go up. The gate is also locked...


Saya pula tidak dapat menahan diri untuk memanjat... Kelihatan sarang burung di satu celah...
Well, I can't resist the temptation to climb up... There looms a bird's nest in one corner...


Seseorang juga boleh melihat loceng besar untuk jam di puncak menara!

One can also see the huge bell for the clock on top of the tower!


Ini pula pusat membeli-belah Kompleks Menara Condong dilihat dari atas...

This is the Kompleks Menara Condong shopping complex seen from the top...


Sebahagian bandar Teluk Intan yang dapat dilihat...

Part of the town of Teluk Intan which can be seen...


Dan akhir sekali, besi timbang untuk jam di menara. Cukup ya!

And lastly, the balancing weight for the clock on the tower. Enough ya!

Masjid Alaeddin (The Alaeddin mosque)

Kita bertukar angin sebentar. Semalam, saya telah melawat kawasan Jugra di Selangor... Singgah sebentar di sebuah masjid berdekatan dengan rekabentuk dan warna yang agak unik...
Let's change wind for a moment. Yesterday, I visited the area of Jugra in Selangor... Stopped by a moment at mosque nearby with rather uniqe design and colour...


Inilah Masjid Alaeddin... Perhatikan rupanya yang seakan-akan sebuah bangunan daripada cerita dongeng...
This is the Alaeddin mosque... Notice the looks like that of a building out of a fairy-tale...

Menara ini pula kelihatan seperti tempat seorang puteri disorokkan oleh ahli sihir!
This tower looks like the place where a princess is being hidden by a witch!

Menara azan ini kelihatan seperti menara azan biasa di mana-mana masjid. Cuma warnanya yang kuning kejinggaan menyebabkan ia begitu menonjol...
This azan (call of prayer) tower looks like the usual azan tower at any mosque. It's just the yellow-orange colour made it stands out so much...

Sebahagian daripada dinding luar masjid... Nampak seperti kota daripada Hikayat 1001 malam pula!
Part of the mosque's outer walls... Looks like a fort from the 1,001 Arabian Nights!

Batu peringatan ini menyebut masjid ini dibina tahun 1905 dan diberi nama sempena Sultan Selangor ke 5, Sultan Alaeddin Suleiman Shah ibni almarhum Raja Muda Musa... Sultan ini menggunakan masjid tersebut untuk bersolat Jumaat. Rekabentuknya dikatakan menerima pengaruh kerajaan Deli, Sumatera... Sekian...
This plaque says the mosque was built in 1905 and named after the 5th Sultan of Selangor, Sultan Alaeddin Suleiman Shah ibni almarhum Raja Muda Musa... The Sultan used it for the Jumaat prayers. The design is said to receive the influence of the kingdom of Deli, Sumatera... That's all...


Menara Condong (leaning tower of) Teluk Intan

OK... Sudah 10 hari saya tidak menulis. Maka biarlah dibuat satu cerita baru ya, cerita ringkas tentang Menara Condong Teluk Intan berdasarkan gambar-gambar yang diambil dalam perjalanan hampir sebulan yang meliputi tempat-tempat tertentu di Pahang, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor 2 bulan lepas...
OK... It's been 10 days I haven't written. So let's make a new story ya, a brief one on the Leaning Tower of Teluk Intan based on pictures taken during an almost month-long trip covering certain places in Pahang, Kelantan, Kedan, Perak and Selangor 2 months ago...

Gambar di atas rasanya dikenali hampir seluruh rakyat Malaysia. Inilah Menara Condong yang terkenal di Teluk Intan, Perak...

The picture above should be recognised by most Malaysians. This is the famous leaning tower in Teluk Intan, Perak...


Ia sebenarnya adalah menara tempat menyimpan bekalan air yang dibina oleh British berdekad lalu...

It's actually a tower for storing water built by the British decades ago...


Lihat rekabentuknya yang menyerupai bangunan Pagoda China. Rekabentuk menarik yang melindungi fungsi sebenarnya sebagai menara menyimpan air ini menyebabkannya menjadi salah sebuah bangunan utama tarikan pelancung...

Look at the design which resembles a Chinese Pagoda building. The interesting design which covers its actual function as a water storing tower made it a major building for tourist attraction...


Saya telah banyak kali melawat menara ini tetapi inilah kali pertama saya masuk ke dalamnya...

I've visited this tower many times but this is the first time I went inside...


Tu dia... Gambar-gambar lama menara turut diabadikan di dalam...

There... Old pictures of the tower gracing the inside...


Tangga untuk naik ke tingkat seterusnya...

Staircase to reach the next level...


Ini pula gambar yang diambil daripada set tangga seterusnya...

This is a picture taken from the next set of stairs...



Lihat... Inilah bahagian bawah tangki air di dalam Menara Condong Teluk Intan...

Look... This is the bottom section of the water tank inside the Leaning Tower of Teluk Intan...


Ini pula medan selera bandar Teluk Intan dilihat daripada tingkat menara di mana tangki air tadi kelihatan...

This is the town of Teluk Intan's food court seen from the tower level where the water tank was seen...