-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, February 11, 2011

Masjid negeri (State mosque of) Perlis, Arau

Seberang jalan dari istana Arau terdapat masjid negeri Perlis.
Across the road from the palace of Arau lies the state mosque of Perlis.


Seperti istana ia adalah bangunan utama di bandar kecil Arau.
Just like the palace it is also a main building in the small town of Arau.



Menara dan kubah masjid.
The tower and dome of the mosque.




Pintu masuk utama.
Main entrance.



Mari lihat ke dalam.
Let us look inside.




Serambi belakang.
Rear verandah.





Menghampiri dewan utama.
Closing in on the main hall.



Dewan utama solat.
Main praying hall.



Bahagian bawah kubah.
Area under the dome.


Mihrab.
Front-most section.


Mimbar.
The pulpit.


Istana Arau (The palace of Arau)




Di sebelah rumah tersebut terdapat Istana Arau tempat Raja Perlis bersemayam.

Besides the said house there lies the palace of Arau where the king of Perlis resides.




Sebagai rakyat biasa saya cuma boleh melihat dari luar.

As a common citizen I could only see from outside.




Tapi dari rumah tadi saya dapat juga melihat lebih dekat.

But from the house just now I could at least have a closer look.



Menarik adalah bentuk seperti lidah tergantung dari hujung bumbung. Nampak tak berdekatan lampu?

Interesting is the tounge-like shape hanging from the corner of the roof. Can you see it near the lamp?





Sebenarnya Istana Arau juga boleh dilihat lebih dekat dari sisi berlawanan. Namun dari situ tidak kelihatan bentuk lidah tergantung.
Actually the palace of Arau could also be seen nearer from the opposite side. But from there the hanging tounge-like shape could not be seen.


Rumah dengan lidah tergantung di Arau (A house with the hanging-tounge shape in Arau)

Di sebelah tanah perkuburan Arau yang mengandungi makam diraja lama Perlis saya terlihat sebuah rumah kayu.
Beside the burial ground in Arau which contains the old royal mausoleum of Perlis I saw a wooden house.


Apa yang menarik perhatian adalah bentuk seperti lidah tergantung pada hujung bumbung.
What attracted attention was the shape like hanginf tounge at the corner of the roof.

Bentuk yang biasa dilihat pada rumah-rumah lama di Perak dan sebahagian kawasan lain ini pernah beberapa kali ditonjolkan di blogspot ini. Cuma saya tidak sangka ia ada di Arau dan atas sebab saya terlihat ia di sini, saya mendapat tahu istana Perlis juga memakai bentuk serupa. Lihat artikel selepas ini.
The shape which is commonly seen on old houses in Perak and parts of other areas have been featured many times in this blogspot. It's just I've never thought I would find it in Arau and it is because I saw it here, I then knew that the palace of Perlis also used a similar shape.


Masjid lama diraja Arau (The old royal mosque of Arau)

Bersambung dari Makam diraja Perlis yang asal (The original royal mausoleum of Perlis).
Continued from Makam diraja Perlis yang asal (The original royal mausoleum of Perlis).

Sebelah kawasan pemakaman lama diraja Arau terdapat bangunan ini.
Besides the old royal mausoleum in Arau there lies this building.



Di hadapan ada tangga yang pernah digunakan untuk naik dari sungai yang dilindungi pagar.

In front there is a staircase which was once used to get up from the river which is now obscured by a wall.

Pandangan sisi dari arah kubur.

A side look from the direction of the cemetery.


Sekarang kita lihat lebih dekat.

Now let us have a closer look.



Saya melihat sekeliling. Kelihatan semua pintu terkunci.

I went to have a look around. Looks like all doors were locked.



















Sampai di bahagian hadapan baru saya terjumpa lubang untuk melihat ke dalam.

Getting to the front part only did I found a hole of sorts to look inside.




Beduk di sebelah menunjukkan ia sebuah masjid. Kemudian baru saya tahu ia memang masjid diraja lama Arau.

The beduk, a traditional drum shows that it is or was a mosque. Then only did I know it is indeed the old royal mosque of Arau.


Lihat sedikit jauh dari luar. Baru kelihatan rupa sebuah masjid.
Look a bit further from outside. Then you could see the look of a mosque.

Makam diraja Perlis yang asal (The original royal mausoleum of Perlis)


Di sebelah makam diraja tadi terdapat sebuah tanah perkuburan Islam dengan sejumlah makam yang terserlah.

Besides the royal mausoleum just now there lies a Muslim burial ground with a number of outstanding tombs.







Lihat lebih dekat maka nyatalah ia milik kerabat diraja Perlis.
Look at it closely at it is clear it belong to members of the Perlis royalty.














Anda juga boleh melihat bahawa ia telah berdiri lebih lama dari makam diraja moden yang ditunjukkan pada artikel sebelum ini.
You could also see that it has been in place much longer than the modern royal mausoleum which has been shown in the previous article.






Manakan tidak. Inilah kawasan pemakaman diraja Perlis yang asal. Biar diberitahu ini adalah artikel ke 505 di blogspot ini.
How could it not be. This is it the original royal mausoleum of Perlis. Let it be told this is the 505th article in this blogspot.






Makam diraja (Royal mausoleum of) Perlis, Arau

OK. Dalam artikel-artikel terakhir yang dibuat di blogspot ini 9 hari lalu telah dipaparkan beberapa buah masjid yang terdapat di selatan Thailand. Selepas itu kami ke Perlis. Biar ditunjukkan tempat yang disinggahi di negeri terkecil di Malaysia ini.
OK. In the last few articles made in this blogspot 9 days ago have been featured a number of mosques at the southern parts of Thailand. After that we went to Perlis. Let the places visited in this smallest state of Malaysia be shown.


Ini adalah makam diraja Perlis di Arau, bandar diraja negeri ini.


This is the royal mausoleum of Perlis in Arau, the state's royal town.



Saiznya agak besar tetapi kelihatan agak kosong.
The size is rather big but looks rather empty.








Nampaknya ia cuma menempatkan sedikit makam.
Looks like it only have a few tombs.



Paling terserlah adalah makam Raja Syed Putra yang pernah menjadi Yang dipertuan Agong ketiga Malaysia.

Most outstanding is the tomb of Raja Syed Putra who once became the third Yang dipertuan Agong (rotational king) of Malaysia.

Di sebelah adalah makam Tengku Budriah, permaisuri baginda.
Besides is the tomb of Tengku Budriah, his majesty's queen.



Ada satu lagi makam tetapi saya tidak dapat membaca tulisannya. Nampaknya makam diraja ini didirikan hanya untuk kerabat diraja Perlis dari cabang Raja Syed Putra.

There is one more tomb but I could not read the writings. It looks like this royal mausoleum is reserved only for Perlis members of royalty from the branch of Raja Syed Putra.