Betul-betul di hadapan kompleks makam Meuh kelihatan bangunan makam ini...Right in front of the Meuh tombs complex one could see this tomb building...
Kedudukannya agak terserlah tinggi dan tersendiri...It's position looks rather outstanding and unique on its own...
Tulisan yang ada menyebut inilah makam Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (memerintah 1607-1636), dianggap raja terunggul dalam sejarah Aceh. Namun auranya dirasakan kurang menyerlah sedangkan makam ini sendiri kelihatan janggal pada saya. Kenapa ini?The words inscribed said this is the tomb of Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (ruled 1607-1636), said to be the foremost king in the history of Aceh. But yet its aura felt rather subdued while the tomb itself looks odd to me. Why is this?
Saya melihat batu nesan yang ada dengan lebih dekat dan mula meraba-rabanya. Ah... ini cuma batu nesan replika! Saya tahu bagaimana rasanya batu nesan Aceh sebenar yang selalunya merupakan bongkah batu-batu besar semulajadi yang dipahat begitu indah dan teliti dengan ayat-ayat Al-Quran atau syair-syair Sufi. Sedangkan maaf ya! Batu nesan ini terasa seperti hasil kerja konkrit murahan dengan ayat-ayatnya cuma dicatkan sahaja pada batu. Kenapa ini? Kenapa begini keadaan makam dan batu nesan seorang raja besar, hati saya tertanya-tanya?
Batu maklumatnya juga pudar. Apa ini? Kemudian baru saya mendengar cerita bahawa makam asal Sultan Iskandar Muda di sini telah dibongkar oleh musuh-musuh orang Aceh, pihak penjajah Belanda. Lalu katanya tulang-temulang baginda telah dibuang ke laut bersama batu nesan asalnya!






















































