-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, January 25, 2008

Masjid unik di (Unique mosque at) Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah...

Nota: Artikel in dimulakan Khamis 24 Jan tetapi cuma dapat disiarkan Jumaat 25 Jan kerana separuh daripada gambar-gambarnya tidak dapat di upload ketika itu akibat masalah connection. Apapun, jika malam semalam (24 Jan) ia dimulakan lewat, sambungannya malam ini (25 Jan) juga dibuat lewat kerana saya baru sahaja selesai membuat satu perjalanan pusing Perak meliputi jarak lebih 260km menziarahi makam 10 orang Sultan, makam ramai orang terkemuka berdarah bangsawan termasuk pahlawan lama terkenal Megat Terawis dan beberapa buah masjid lama.
Saya sangat penat tetapi perlu menyiapkan ini. Jadi biar disebut gambar-gambar yang diambil hari Isnin ini memaparkan sebuah masjid unik yang saya temui semasa mencari Makam Daeng Parani. Sila baca Makam (tomb of) Daeng Parani... Oh nama masjid itu ialah Masjid Sultan Abdul Hamid dan sukacita dimaklumkan ini adalah posting ke 88 di sini. Cukup penerangan ya... Gembira selalu! :]
Note: This article was started Thursday 24 Jan but could only be posted Friday 25 Jan because half of the pictures couldn't be uploaded then due to some connection problem. Still, if last night (24 Jan) it was started late, the continuation tonight (25 Jan) is also done late as I've just completed a round trip in Perak covering a distance of more than 260km visiting the tombs of 10 Sultans, tombs of many more noteworthy person of noble birth including the famous olden warrior Megat Terawis and a number of old mosque.
I'm very tired but needed to complete this. So let's just say these pictures taken on Monday was of a certain unique mosque I came across while looking for the tomb of Daeng Parani. Do read Makam (tomb of) Daeng Parani ... Oh, the name of the mosque is Masjid Sultan Abdul Hamid and glad to inform this is the 88th posting here. Enough explanation ya... Cheers! :]














Tuesday, January 22, 2008

Makam (tomb of) Daeng Parani

Assalamualaikum semua. Saya kini berada di Kedah, bermalam di rumah seorang rakan di Kampung Ruat, Yan. Semalam saya sempat menziarahi makam seorang pahlawan Melayu Bugis terkenal abad ke 18 iaitu Daeng Parani di Sungai Petani. Maka hari ini saya tergerak untuk memecah rentak bercerita tentang makam-makam dan tempat-tempat di Johor kebelakangan ini... Terimalah satu cerita bergambar tentang Makam Daeng Parani. Sila...
Greetings all. I'm currently in Kedah, lodging at a friend's place in Kampung Ruat, Yan. Yesterday, I had the time to visit the tomb of a famous 18th Century Malay Bugis warrior called Daeng Parani in Sungai Petani. So today I feel like breaking the recent pattern of story-telling about tombs and places in Johor... Do accept a pictorial story on the tomb of Daeng Parani. Come...

Sebenarnya saya ingin menziarahi makam ini sejak tahu tentang kewujudannya beberapa bulan lalu. Sepatutnya saya turut hadir sama pada acara perasmian makam ini penghujung tahun 2007 tetapi saya perlu berada di Muar, Johor ketika itu, lebih kurang 500km ke selatan...

Actually I wanted to visit this tomb since learning about its existence a few months ago. By right, I should have attended the ceremony to officiate the tomb at the end of 2007 but I had to be in Muar, Johor then, some 500km down south...

Kewujudan makam ini telah lama diketahui oleh beberapa pihak. Tetapi cuma baru-baru ini ia diiktiraf sebagai makam milik Daeng Parani, bukan orang lain... Lalu sebuah majlis telah diadakan untuk mewar-warkannya, satu majlis besar yang dihadiri ramai anak cucu keturunan Daeng Parani, juga lain-lain terutama mereka yang memiliki titisan darah anak-anak Raja Bugis.

The existence of the tomb was long known by some parties. But it's just recently then it is officially acknowledged as belonging to Daeng Parani, not someone else... So a ceremony was held to announce the news, a big function attended by many descendants of Daeng Parani, also others especially those with the blood of Bugis princes.


Apapun, saya akhirnya sampai juga. Di papan tanda ini dinyatakan bahawa Daeng Parani adalah anak kepada Opu Tendriburang Daeng Rilaga, anak kepada Lamaddusalat, Raja Bugis di negeri Luwuk. Oh... Usah pedulikan ejaan Daeng menjadi Dahing atau apa-apa ejaan yang berbeza. Yang penting isinya sama. Saya lebih selesa menggunakan ejaan Daeng yang selalu menandakan pahlawan Bugis yang berdarah raja...

Whatever, at last I'm here. The signboard here says that Daeng Parani is son of Opu Tendriburang Daeng Rilaga, son of Lamadussalat the Bugis king of the state of Luwuk. Oh... Never mind the spelling Daeng becoming Dahing or any other different spelling. What's important the gist is the same. I'm more comfortable using the spelling Daeng which often signifies a Bugis warrior of royal descent...

Daeng Parani datang ke Tanah Melayu sebelah sini (maaf, saya gunakan perkataan "sebelah sini" kerana pada saya Kepulauan Bugis di Sulawesi juga adalah termasuk di dalam lingkungan Tanah Melayu) bersama adik-adiknya Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Kemasi dan Daeng Chelak. Lima orang adik-beradik anak Raja Bugis ini sangat berpengaruh dalam mencorakkan suasana dan budaya politik Tanah Melayu abad ke 18.

Daeng Parani came to this parts of the Malay lands (sorry, I used the words "this parts" because for me the Bugis islands in Sulawesi is within the boundaries of the Malay lands) along with younger brothers Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Kemasi and Daeng Chelak. The five brothers and Bugis princes were very influential in shaping the political scene and culture of 18th Century Malay lands.

Papantanda ini turut menyatakan mereka sebagai berasal daripada keturunan seorang raja perempuan Bugis yang dikenali sebagai Siti Malengkek. Raja ini pula dikatakan berasal daripada keturunan Ratu Balqis yang mengahwini Nabi Sulaiman AS!

The signboard also mentioned them as being descendants of a Bugis female ruler known as Siti Malengkek. In turn, the ruler is said to be a descendant of Queen Balqis (the Biblical Queen of Sheba) who married the Prophet Solomon!


Dan inilah makamnya, berlangsirkan kain-kain kuning yang menandakan darah diraja... Boleh tahan meriahnya nampaknya. Maklumlah, untuk menandakan makam abang sulung kepada anak-anak Raja Bugis yang berjaya menguasai beberapa buah negeri di Tanah Melayu!
And so this is the tomb with yellow curtains to signify royalty... Looks quite grand. After all, to mark the tomb of the eldest among the Bugis princes who managed to rule some Malay countries!



Keberanian, kepahlawan serta pengaruh kekuasaan lima beradik anak Raja Bugis ini sangat terkenal di bumi sebelah sini. Dan sebagai abang sulung, Daeng Parani merupakan ketua yang merangka setiap pembabitan mereka dalam apa-apa hal di Tanah Melayu termasuk peperangan dan pentadbiran...

The bravery, chivalry and the powerful influence of the five Bugis princes are very well-known in this part of the world. And as the eldest brother, Daeng Parani was the leader who planned their every involvement in anything in the Malay lands including war and administration...


Penanda yang terletak betul-betul di kawasan kepala makam ini pula menyebut petikan daripada sejarah kerajaan Mempawah di Pulau Borneo di mana Daeng Parani juga digelar sebagai Perajurit Agung Sastra Johon (rasanya Johan) Pahlawan... Sayangnya baginda mangkat lebih awal daripada adinda-adindanya apabila terkena peluru meriam dalam satu peperangan di Kedah... Kalau tidak, kemungkinan besar baginda juga menjadi raja dan pemerintah negeri sepertimana adinda-adindanya....

This plaque right at the head of the tomb quotes a verse from the history of the kingdom of Mempawah in Borneo island where Daeng Parani was called Perajurit Agung Sastra Johon Pahlawan (as far as I can understand, it could be literally translated as The Great Soldier Champion Warrior or something)... Too bad, he died earlier than his younger brothers... Otherwise, most probably he would have become a king and ruler just like his brothers...


Batu nesan di kepala...

The head gravestone...


Tertera nama dan tahun kemangkatan baginda. Hmm... Kalau difikirkan sekali lagi, sebenarnya cerita Makam Daeng Parani ini masih ada kena-mengena dengan cerita makam-makam di Johor yang dibuat sebelum ini iaitu Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab , Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang dan Makam (tomb) of Laksamana Bentan . Ini kerana selepas kenaikan anak kepada Bendahara Tun Habab sebagai Raja Johor baru bergelar Sultan Abdul Jalil IV akibat kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di tangan Laksamana Bentan, muncul seorang anak raja yang dikenali sebagai Raja Kecil mengaku dirinya adalah anak Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Inscribed there is his name and year of demise. Hmm... Come to think of it, actually the story of the tomb of Daeng Parani is still related to the story of the tombs in Johor made before this, that is Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab , Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang and Makam (tomb) of Laksamana Bentan . This is because after the son of Bendahara Tun Habab was raised as the king of Johor known as Sultan Abdul Jalil IV due to the death of Sultan Mahmud Mangkat Dijulang in the hands of Laksamana Bentan, there came a prince known as Raja Kecil claiming to be the son of Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Lalu Raja Kecil yang menuntut takhta Johor telah menyerang dan menjatuhkan Sultan Abdul Jalil. Anak Bendahara ini telah mendapatkan pertolongan anak-anak Raja Bugis untuk mengembalikannya ke atas takhta. Maka muncullah Daeng Parani dan adik-adiknya menyerang dan berjaya mengalahkan Raja Kecil. Pertolongan anak-anak Raja Bugis telah menyebabkan mereka diberi jawatan pemerintahan kedua tertinggi dalam Johor dan jajahan takluknya iaitu jawatan Yam Tuan Riau. Sekian! :]

So Raja Kecil who demanded the throne of Johor attacked and toppled Sultan Abdul Jalil. This Bendahara son then enlisted the help of the Bugis princes to recover the throne. There came Daeng Parani and his younger brothers attacking and succesfully defeating Raja Kecil. The help of the Bugis princes earned them the second highest ruling position in Johor and its colonies, that is the post of Yam Tuan (the overlord of) Riau. That's all! :]