-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Thursday, May 26, 2011

Makam (Tomb of) Tok Tenang

Tadi tiba-tiba saya terfikir pasal Tok Tenang, seorang tokoh agama yang agak terkenal di sekitar Segamat, Johor abad ke 19 Masihi lalu mendapati tidak pernah membuat artikel tentangnya di sini. Maka biar diambil isi berkenaan dari artikel From Segamat to Muar, a stop around the village of Tenang yang ditulis di blogspot BERPETUALANG KE ACEH lebih 3 tahun lalu dan ditambah apa yang patut untuk menjadi artikel baru ini. Mari. :]
Just now suddenly I was thinking about Tok Tenang, a religious personality who was rather famous around Segamat, Johor in the 19th century AD and found out that I have never made an article on him here. Thus let the relevant content from the article From Segamat to Muar, a stop around the village of Tenang which was written in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH more than 3 years ago be taken and added with what is necessary to create this new article. Come. :]



Kira-kira 20 km ke tenggara bandar Segamat, masih di dalam daerah Segamat terdapat sebuah kampung dipanggil Kampung Tenang. Jangan disamakan dengan sebuah tempat bernama Tenang yang terdapat di laluan dari Segamat ke Labis. Untuk sampai ke Kampung Tenang, seseorang harus ke Labis kemudian mengambil jalan kecil ke timur menghala ke pergunungan. Di situ terdapat satu tanah perkuburan Islam di mana terletaknya makam Tok Tenang.
Some 20km south-east of the town of Segamat, still within the Segamat district lies a village called Kampung Tenang. Don't mistake this with a place named Tenang which lies on the route from Segamat to Labis. To reach the Kampung Tenang, one have to go to Labis and then take the small road east heading for the mountains. Here exists a Muslim cemetery where lies the tomb of Tok Tenang.


Penduduk tempatan menceritakan bahawa Tok Tenang ini bertaraf wali. Ada yang menambah beliau adalah seorang kerabat diraja dan berketurunan Nabi Muhammad SAW.
Locals tell stories about this Tok Tenang being of saintly status. There were those who added he is a member of royalty and descended from the Prophet Muhammad SAW.





Maklumat pada makam menyebut nama sebenarnya sebagai Ariffin, meninggal dunia tahun 1274 Hijrah (bersamaan sekitar 1859 Masihi). Turut disebut beliau membuka Kampung Tenang pada 22 Ramadhan 1221 Hijrah (bersamaan sekitar 1806 Masihi).
Information on the tomb says his real name is Ariffin, passed away in the year 1275 Hijriah (equivalent to around 1859 AD). Also mentioned he opened up Kampung Tenang on 22nd of Ramadhan 1221 Hijriah (equivalent to around 1806 AD).



Monday, May 23, 2011

Masjid (Mosque of) Wakaf Tok Kasim, Saba

Bersambung dari Makam (Tomb of) Nang Chayang.
Continued from Makam (Tomb of) Nang Chayang.




Dari makam kami menghala ke Pantai Saba lalu terlihat masjid kecil ini.
From the tomb we headed to Pantai (beach of) Saba and saw this small mosque.



Namanya Masjid Wakaf Tok Kasim.
Its name is Masjid (mosque of) Tok Kasim.




Saya tertarif dengan cahaya yang keluar dari kubahnya.
I was attracted by the light coming out from its dome.




Mari lihat ke dalam.
Let us have a look inside.




Dewan solat.
Praying hall.




Mihrab.
Front-most section.



Makam (Tomb of) Nang Chayang




Seterusnya kami menyeberangi Sungai Pengkalan Datu masuk ke Kemumin lalu singgah di makam ini.
Next we crossed Sungai (river of) Pengkalan Datu to enter Kemumin and stopped by at this tomb.



Katanya ia milik seorang wanita berdarah raja yang dikenali sebagai Nang Chayang.
It is said that it belongs to a woman of royal blood who is known as Nang Chayang.



Ada cerita menyebut baginda adalah seorang permaisuri kerajaan Patani. Ada pula menyebut baginda adalah isteri kepada Raja Loyor (lihat Makam (Tomb of) Raja Loyor).
There are stories saying she was a queen of the kingdom of Patani. There are those who said she was the wife of Raja Loyor (look at Makam (Tomb of) Raja Loyor).



Yang pasti ia adalah satu-satunya makam berbatu nesan Aceh pernah saya temui di Kelantan.
What is sure it is the only tomb using Aceh tombstones which I have found in Kelantan.



Makam (Tomb of) Raja Ekor alias Raja Bahar?




Dari masjid kami menyusuri lagi Jalan Sultan Omar lagi 1-2 km kalau tak salah ingatan sebelum membelok kanan masuk ke satu lorong kecil. Menyusuri lorong itu kami dapat melihat sekurang-kurangnya 4 papantanda menunjukkan arah ke makan Sultan Omar.
From the mosque we followed again Jalan (street of) Sultan Omar for another 1-2 km if I remember correctly before turning right into an alley. Following the alley we could see at least 4 signages showing the direction to the tomb of Sultan Omar.



Inilah makam yang dimaksudkan.
This is the tomb in question.




Namun peliknya kebanyakan rujukan yang saya temui di Internet menyebut ini sebagai makam Raja Ekor, bukan Sultan Omar.
Still strangely most references I found on the Internet mentioned this as the tomb of Raja Ekor, not Sultan Omar.




Untuk pengetahuan Raja Ekor adalah panggilan untuk Raja Bahar yang dikatakan memerintah Kelantan dari Jembal selepas kemangkatan Raja Loyor (lihat Makam (Tomb of) Raja Loyor). Sultan Omar pula sering dipanggil sebagai Raja Udang. Baginda dikatakan memerintah Kelantan selepas kemangkatan Raja Bahar 1675 Masihi.
For information Raja Ekor is the calling name for Raja Bahar who is said to have ruled Kelantan from Jembal after the passing away of Raja Loyor (look at Makam (Tomb of) Raja Loyor). Sultan Omar in turn was often called as Raja Udang. He is said to have ruled Kelantan after the death of Raja Bahar 1675 AD.



Selain menyebut ini sebagai makam Raja Ekor @ Raja Bahar, kebanyakan rujukan yang saya temui menyebut makam Sultan Omar terletak di pekan Kedai Lalat. Lihat Makam (Tomb of) Raja Udang?. Kalau begitu kenapa semua papantanda di sini menyebut makam ini pula yang milik Sultan Omar?
Apart from mentioning this as the tomb of Raja Ekor @ Raja Bahar most references I found mentioned the tomb of Sultan Omar as being located at the small town of Kedai Lalat. Look at Makam (Tomb of) Raja Udang?. If that is the case why do all the signages here in turn mentioned this tomb as belonging to Sultan Omar?



Kalau yang ini adalah makam Sultan Omar, maka yang di Kedai Lalat haruslah makam Raja Ekor @ Raja Bahar. Apapun, Sultan Omar dan Raja Bahar adalah adik-beradik dengan Raja Loyor. Mereka semua adalah anak-anak Raja Sakti, pengasas dinasti raja-raja Kelantan yang memerintah dari Jembal.
If this one is the tomb of Sultan Omar, then the one at Kedai Lalat has to be the tomb of Raja Ekor @ Raja Bahar. Whatever, Sultan Omar and Raja Bahar are brothers to Raja Loyor. They are all said to be the sons of Raja Sakti, founder of the dynasty of Kelantan kings who ruled from Jembal.


Ini pula adalah makam di sebelah. Mungkin makam permaisuri? Untuk makluman ini adalah artikel ke 636 di blogspot ini.
This in turn is the tomb besides. Maybe the tomb of the queen? For information this is the 636th article in this blogspot.




Masjid (Mosque of) Haji Nik Omar, Kampung Senang



Dari Pulau Melaka kami menghala kembali ke pekan Kedai Lalat. Sebelum sampai ke pekan kami membelok kanan masuk ke Jalan Sultan Omar. Tidak lama kemudian kelihatan masjid kecil ini.
From Pulau Melaka we headed back to the small town of Kedai Lalat. Before reaching town we turned right to enter Jalan (street) of Sultan Omar. Not long after could be seen this small mosque.

Namanya adalah Masjid Haji Nik Omar, Kampung Senang.
Its name is Masjid (mosque of) Haji Nik Omar, Kampung Senang.


Saya masuk sebentar.
I entered for a moment.


Dewan solat.
Praying hall.




Sunday, May 22, 2011

'Istana lama' di Pulau Melaka ('Old palace' at Pulau Melaka)




Tidak jauh dari masjid, di tepi jalan besar berdekatan Sungai Pengkalan Datu terdapat bangunan kayu ini.
Not far from the mosque, besides the main road nearby Sungai (river of) Pengkalan Datu there exist this wooden building.




Melihat saiz dan ukirannya yang begitu teliti tidak mustahil ia sebuah istana.
Looking at its size and very delicate carvings it's not impossible that it is a palace.

















Malah itulah yang terbetik di fikiran sebaik sahaja melihatnya. Ini mesti sebuah istana lama...
In fact it is that which came across the mind immediately after looking at it. This must be an old palace...








Sebenarnya ia sebuah restoran masakan Melayu.
Actually it is a restaurant for Malay cuisine.




Mungkin ia adalah restoran yang diubahsuai dari sebuah istana lama?
Maybe it is a restaurant which was converted from an old palace?




Namun pekerja yang ada memberitahu ia adalah bangunan baru yang dibina beberapa tahun lalu. Ah. Bagaimanakah kayunya boleh kelihatan lama? Apakah menggunakan teknik yang menjadikan benda baru kelihatan antik?
Still the workers there told that this is a new building which was built a few years ago. Ah. How could the wood look old? Is it by using techniques to make new things look antique?



Beberapa bulan kemudian di Pahang saya terjumpa pemilik restoran yang juga merupakan seorang tukang kayu dan pengukir. Katanya restoran ini dibina menggunakan kayu dari 100 buah rumah tradisional Melayu lama...
A few months later in Pahang I came across the restaurant owner who also turned out to be a carpenter and a woodcarver. He said the restaurant was built using wood from 100 old Malay traditional houses...




Masjid (Mosque of) Tok Guru, Pulau Melaka


Seterusnya kami ke Pulau Melaka di mana terdapat masjid ini.
Next we went to Pulau Melaka where lies this mosque.



Ia dikenali sebagai Masjid Tok Guru kerana terletak di belakang rumah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz.
It is known as Masjid (mosque) of Tok Guru because it is located behind the house of Kelantan chief minister Tuan Guru Nik Aziz (Tuan Guru is a call of respect which literally means master teacher).

Difahamkan Tuan Guru Nik Aziz selalu mengajar dan memberi syarahan di dalam masjid. Beliau dianggap sebagai Tok Guru oleh ramai orang.
It is understood Tuan Guru Nik Aziz ofter teaches and gives lectures inside the mosque. He is considered as a Tok Guru to a lot of people (tok is a call of respect for elders and guru means teacher, something like a grandmaster...).


Mari lihat ke dalam.
Let us look inside.


Dewan solat.
Praying hall.



Mihrab. Nampaknya selain mengimamkan solat Tuan Guru Nik Aziz biasa mengajar di hadapan sana.
Front-most section. Looks like apart from leading the prayers Tuan Guru Nik Aziz often teaches in front there.