-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, September 30, 2022

Masjid (Mosque of) Raja Lumu

Salam. Pergi pada hari ke-6 dan terakhir perjalanan Perak. Sebenarnya masuk bahagian ini saya sudah berada di negeri Selangor, cuma belum sampai rumah sahaja.

Peace be upon you. On to the 6th and last day of the Perak trip. Actually in this section I was already in the state of Selangor, just haven't arrived home yet.



Khamis 22 September 2022. Setelah singgah di beberapa tempat di Sungai Besar membawa ke Sekinchan dan Tanjung Karang saya ke Kuala Selangor lalu singgah di masjid ini.
Thursday 22nd September 2022. After stopping at a number of places in Sungai Besar  on to Sekinchan and Tanjung Karang I went to Selangor and stopped by at this mosque.









Namanya Masjid Raja Lumu.
It's name is Masjid (mosque of) Raja Lumu.






Ia merujuk kepada Sultan Selangor pertama yang mendirikan pusat pemerintahan di Kuala Selangor.
It refers to the first Sultan (ruler) of Selangor who built his centre of rule in Kuala Selangor.






Masjid ini didirikan di atas tapak masjid terdahulu yang diruntuhkan beberapa tahun lalu. Lihat Masjid pekan (The town mosque of ) Kuala Selangor.
This mosque was erected on the site of a previous mosque which was brought down a few years ago. Look at the article Masjid pekan (The town mosque of ) Kuala Selangor.






Ia baru dibuka secara rasmi pada 9 September lalu menjadi masjid diraja ke-9 bagi negeri Selangor.
It was officially opened on 9 September and became the 9th royal mosque in the state of Selangor.




Thursday, September 29, 2022

Masjid terapung (Floating mosque of) Telaga Nenas

Bersambung daripada Masjid lama (Old mosque of) Telaga Nenas.




Kampung Telaga Nenas terletak di tepi Sungai Dinding. Ia memiliki masjid baru terapung.
The village of Telaga Nenas is situated besides the Dinding river. It has a new floating mosque.












Lihat ke dalam...
Looking inside...














Masjid lama (Old mosque of) Telaga Nenas




Seterusnya saya ke Kampung Telaga Nenas lalu singgah di masjid lama ini.
Next I went to Kampung (village of ) Telaga Nenas and stopped by at this old mosque.






Ia dikelilingi tanah perkuburan Islam.
It is surrounded by a Muslim cemetery.





Lihat ke dalam...
Looking inside...













Masjid (Mosque of) Sultan Idris I, Changkat Keruing

Pergi ke hari ke-5 perjalanan Perak.

On to the 5th day of the Perak trip.



Pagi Rabu 21 September 2022. Saya telah bermalam di masjid ini.
Wednesday morning 21st September 2022. I have spent the night at this mosque.



Namanya Masjid Sultan Idris I, Changkat Keruing.
Its name is Masjid (Mosque of) Sultan Idris I, Changkat Keruing.









Lihat ke dalam...
Looking inside...












Wednesday, September 28, 2022

Tanah perkuburan di sebelah Masjid Tengku Menteri (Cemetery besides the mosque of Tengku Menteri)

Bersambung daripada Lawatan baru ke masjid (New visit to the mosque of) Tengku Menteri.

Continuing from Lawatan baru ke masjid (New visit to the mosque of) Tengku Menteri.



Dalam kawasan masjid terdapat tanah perkuburan ini.
Inside the mosque's ground lies this cemetery.










Kelihatan terdapat sejumlah makam berusia lebih 100 tahun...
Looks like there are a number of tombs more than 100 years old...






















Lawatan baru ke masjid (New visit to the mosque of) Tengku Menteri

Bersambung daripada Rumah ketua polis Larut dahulukala (House of the olden head of police of Larut).

Continuing from Rumah ketua polis Larut dahulukala (House of the olden head of police of Larut)



Seterusnya saya ke masjid yang dikatakan dibina oleh Ngah Ibrahim lebih 150 tahun lalu
Next I went to the mosque said to have been built by Ngah Ibrahim more than 150 years ago.




Ia diberi nama Masjid Tengku Menteri kerana itulah gelaran bagi Ngah Ibrahim sebagai seorang orang besar negeri Perak.
It was given the name Masjid (mosque of) Tengku Menteri because that was the title for Ngah Ibrahim as one of the main dignitaries of the state of Perak.







Rupanya sedikit lain berbanding dengan dalam artikel Masjid (Mosque of) Tengku Menteri yang ditulis lebih 8 tahun lalu.
Its looks is a bit different compared to what is in the article  Masjid (Mosque of) Tengku Menteri which was written 8 years ago.