-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, September 21, 2012

Makam (Tomb of) Tok Sego Aceh



Masih di dalam kawasan Lambor Kanan terdapat Kampung Pasir Sena dan kompleks makam ini.
Still within the area of Lambor Kanan there lies Kampung (village of) Pasir Sena and this tomb complex.




Di dalamnya terdapat sebuah makam yang batu nesannya agak besar.
Inside it there exists a tomb which has rather big tombstones.


Ia adalah jenis batu nesan Aceh. Pemiliknya dikenali sebagai Tok Sego Aceh.
It is of a type of Aceh gravestone. Its owner is known as Tok Sego Aceh.


Untuk pengetahuan negeri Perak pernah dikuasai Aceh. Tok Sego Aceh dikatakan seorang pembesar Aceh yang dihantar untuk mentadbir Perak.
For information the state of Perak was once under the power of Aceh. Tok Sego Aceh is said to be an Aceh dignitary sent to administer Perak.


Kelihatan di sebelah adalah dua buah makam yang turut berbatu nesan Aceh.
Seen besides are two more tombs which also have Aceh gravestones.












Batu nesan Aceh di makam Sultan Muzaffar I (Aceh gravestones at the tomb of Sultan Muzaffar I)



Seterusnya saya ke Lambor Kanan untuk menziarahi makam Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Shah I yang memerintah hampir 500 tahun lalu.
Next I went to Lambor Kanan to visit the tomb of the first Sultan of Perak, Sultan Muzaffar Shah I who ruled almost 500 years ago.


Saya pernah menulis tentang makam ini melalui artikel Makam 3 Muzaffar (Tombs of the 3 Muzaffars)... lebih 4 tahun lalu.
I have written on this tomb through the article Makam 3 Muzaffar (Tombs of the 3 Muzaffars)... more than 4 years ago.


Cerita tentang makam boleh dilihat dalam artikel tersebut.
Story about the tomb could be seen in the said article.


Kali ini saya membuat satu artikel semata-mata untuk menunjukkan lebih dekat batu-batu nesan Aceh yang wujud.
This time I made a one article just to show closer the Aceh gravestones in existence.
















Cuma makam Sultan Muzaffar sendiri tidak berbatu nesan Aceh.
It's just the tomb of Sultan Muzaffar itself which does not have Aceh gravestones.


Ini kerana ia telah ditukar ke batu nesan jenis ini sekitar tahun 1960an.
This is because it have been changed to this sort of gravestone around the year 1960s.


Makam (Tomb of) Sayyid Jalaluddin Tok Tambak Pulau Pisang



Hampir ke Bota Kiri pula saya singgah di makam ini.
Close to Bota Kiri in turn I stopped by this tomb.


Ia milik seorang ulamak bernama Sayyid  Jalaluddin, juga dikenali sebagai Tok Tambak Pulau Pisang. Seperti Megat Makan Lambat beliau juga hidup semasa zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain.
It belongs to a religious master named Sayyid Jalaluddin, also known as Tok Tambak Pulau Pisang. Just like Megat Makan Lambat he also lived during the ruling time of Sultan Iskandar Zulkarnain.


Beliau adalah penasihat agama sultan dan dikatakan memiliki karamah.
He is the ruler's religious advisor and is said to possess miraculous powers.


Saya mendapati ada sekurang-kurangnya dua buah makam dalam kawasan berpagar. Yang ini mungkin makam ahli keluarga.
I found out there are at least two tombs insided the fenced area. This one could be the tomb of a family member.


Yang ini baru terasa seperti makam Sayyid Jalaluddin. Mungkin kerana ada batu berbentuk seperti kubah masjid.
This one feels like the tomb of Sayyid Jalaluddin. Maybe because it has a stone shaped like the dome of a mosque.


Makam (Tomb of) Megat Makan Lambat



Sebenarnya saya pergi ke Kuala Kenas untuk mencari makam seorang bangsawan yang dikenali sebagai Megat Makan Lambat. Saya menghadapi masalah mencari makam di kedudukan yang terpencil sebelum mendapat pertolongan warga tempatan.
Actually I went to Kuala Kenas to look for the tomb of a nobleman known as Megat Makan Lambat (The Megat who eats slowly). I was having problems looking for the tomb which is located at a remote place before receiving help from a local.


Bangsawan ini adalah dari keturunan Bendahara pertama Perak iaitu Megat Terawis. Rujuk artikel lama Makam (the tomb of) Megat Terawis.
This nobleman is from the bloodline of the first Bendahara (something like the royal prime minister) of Perak which is Megat Terawis. Look at the old article Makam (the tomb of) Megat Terawis.


Nama sebenarnya Megat Makan Lambat adalah Megat Mentaha. Menurut satu cerita beliau pernah menjadi  Bendahara semasa zaman Sultan Iskandar Zulkarnain (memerintah Perak 1756-1770)
The real name of Megat Makan Lambat is Megat Mentaha. According to a story he was once the Bendahara during the time of Sultan Iskandar Zulkarnain (ruled Perak 1756-1770).


Atas sebab tertentu jawatan Bendahara kemudian diberikan kepada orang lain. Megat Makan Lambat diberikan jawatan Orang Kaya Besar Seri Maharaja.
For a certain reason the position of Bendahara was later given to another man. Megat Makan Lambat was given the position of Orang Kaya Besar Seri Maharaja.





Sebuah makam terserlah di Kuala Kenas (An outstanding tomb at Kuala Kenas)



Perjalanan kemudian membawa saya masuk ke kampung Kuala Kenas. Di dalam sebuah sekolah bersebelahan Sungai Perak saya ditunjukkan sebuah makam tunggal.
The trip then brought me to the village of Kuala Kenas. Inside a school besides the Perak river I was shown a solitary tomb.


Keadaannya yang terjaga cantik serta bertembok membayangkan ia milik seorang yang penting. Namun orang yang menunjukkan saya makam ini tidak tahu ia milik siapa.
Its condition which is nicely kept with walls suggests it belongs to an important person. Still the person who showed me this tomb did not know who it belongs to.





Makam (Tomb of) Sheikh Tahir Jalaluddin



Dalam perjalanan ini juga saya baru tergerak untuk mencari makam seorang ulamak dan ahli falak yang sangat terkenal di Malaysia awal abad ke 20 Masihi.
In this trip also I was moved to find the tomb of a religious master and astronomist who was rather famous  in Malaysia early 20th century AD.


Beliau adalah Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin,
He is Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin.  


Dilahirkan tahun 1869 di Sumatera sebelum meninggal dunia 1956 beliau juga terkenal di Indonesia.
Born in the year 1869 in Sumatera before passing away in 1956 he was also famous in Indonesia.


Ini adalah batu nesan beliau.
This is his tombstone.


Ini pula batu nesan isterinya yang meninggal dunia 2 tahun kemudian.
This in turn is the tomb of his wife who passed away 2 years later.


Makam (Tomb of) Temenggung Wan Hassan



Dari Kota Lama Kiri saya menghampiri bandar diraja Kuala Kangsar lalu singgah di tanah perkuburan ini.
From Kota Lama Kiri I went near the royal town of Kuala Kangsar and stopped by this burial ground.


Ia adalah tanah perkuburan kaum keluarga orang besar Perak bernama Temenggung Wan Hassan.
It is the burial ground for the family and kith and kins of a Perak dignitary named Temenggung Wan Hassan.


Temenggung adalah salah satu empat pembesar paling kanan kesultanan Perak. Kalau tak salah sejak awal abad ke 19 Masihi ia dipegang bangsawan Bugis dari keturunan Seri Maharajalela Uda Tahir.
Temenggung is one of the four most senior dignitaries of the Perak sultanate. If not mistaken since early 19th century AD it was held by Bugis noblemen from the bloodline of Seri Maharajalela Uda Tahir.


Saya sudah beberapa kali singgah di tanah perkuburan ini. Tetapi baru kali ini mahu mencari yang manakah satu makam Temenggung Wan Hassan.
I have visited this burial ground a number of times. But it was only this time that I felt like looking for which one is the tomb of Temenggung Wan Hassan.




Setelah beberapa minit mencari saya pun jumpa.
After looking for a few minutes I then found it.


Pada batu nesannya tertulis nama Wan Hassan Temenggung Perak, meninggal dunia 1906.
At his tombstone is written the name Wan Hassan Temenggung (of) Perak, passed away 1906.


Masjid (Mosque of) Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar



Di Kota Lama Kiri saya turut singgah di Masjid Hidayatul Ummah.
At Kota Lama Kiri I also stopped by at Masjid (mosque of) Hidayatul Ummah.


Ia adalah masjid baru yang menggantikan fungsi masjid lama Kota Lama Kiri di seberang jalan.
It is a new mosque which replaces the function of the old mosque of Kota Lama Kiri across the road.