-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, April 25, 2014

Makam keluarga Tun Sri Lanang dan Teungku di Awe Geutah (Family tombs of Tun Sri Lanang and Teungku di Awe Geutah)



Di belakang masjid pula ada perubahan pada satu bangunan makam. 
Behind the mosque in turn there are changes to one tomb building.



Ia telah dinyatakan dengan terang sebagai makam keluarga Tun Sri Lanang dan Teungku di Awe Geutah. Bandingkan dengan apa yang tertera dalam artikel lama Makam (Tomb of) Sheikh Abdul Jalil, Kota Blang, Samalanga.
It has been mentioned clearly as family tombs of Tun Sri Lanang dan Teungku di Awe Geutah. Compare with what has been shown in the old article Makam (Tomb of) Sheikh Abdul Jalil, Kota Blang, Samalanga.



Rupa baru (New look of) Masjid Kota Blang, Samalanga



Satu lagi bangunan berkaitan Tun Sri Lanang yang telah menerima rupa baru adalah masjid berdekatan.
Another building related to Tun Sri Lanang which has received a new look is the nearby mosque.


Bandingkan dengan apa yang telah dipaparkan dalam artikel lama Masjid (Mosque of ) Kota Blang, Samalanga. Masjid kini kelihatan lebih cantik dan berseri.
Compare with what has been shown in the old article Masjid (Mosque of ) Kota Blang, Samalanga. The mosque now seems more beautiful and fair.
























Pameran di rumah Tun Sri Lanang (Exhibition at the house of Tun Sri Lanang)



Berdekatan juga terdapat rumah yang pernah didiami Tun Sri Lanang 400 tahun lalu.
Besides there is also a house which has been resided by Tun Sri Lanang 400 years ago.


Ia pernah ditunjukkan dalam artikel Istana (Palace of) Ampon Sheikh Samalanga yang dibuat 4 tahun lalu.
It has been shown in the article Istana (Palace of) Ampon Sheikh Samalanga which was made 4 years ago.


Bezanya kini ada pameran.
The difference is now there is an exhibition.





Kalau tak salah pameran berkenaan sejarah lama Aceh berserta peranan Tun Sri Lanang ini bermula 2 tahun lalu.
If not mistaken the exhibition on the old history of Aceh and Tun Sri Lanang's role was started 2 years ago.














Turut dipamerkan gambar beberapa orang keturunan yang menjadi tokoh di Aceh.
Also exhibited are pictures of a number of descendants who became figures in Aceh.


Makam keturunan ke-5 Tun Sri Lanang (Tomb of 5th generation descendants of Tun Sri Lanang)



Petang sedikit kami kami pergi ke makam seorang tokoh kerajaan Johor lama yang kemudian berkhidmat di Aceh. Lihat Makam (Tomb of) Tun Sri Lanang. Di sebelah makam itu terdapat bangunan ini.
A bit in the afternoon we visited the tomb of a personality from the old Johor kingdom who then made service in Aceh. Look at Makam (Tomb of) Tun Sri Lanang.. Besides the tomb is this building.


Dahulu tidak dinyatakan ia milik siapa. Kini disebut ada 2 orang tokoh yang merupakan keturunan ke-5 Tun Sri Lanang dimakamkan di sini.
Once upon a time it is not said to whom it belongs to. Now it is mentioned that 2 personalities who are 5th generation descendants of Tun Sri Lanang were laid to rest here.









Makam sebenar (Real tomb of) Sultanah Nahrisyah

Masuk hari ke-6 perjalanan Aceh 23-30 Mac.
Entering 6th day of the Aceh trip 23-30 Mac.


Pagi Jumaat 28 Mac 2014. Kami telah bertemu dengan 16 orang pelawat dari Malaysia di makam Sultan Malikus Saleh, pengasas kerajaan Samudera dan Pasai. Lihat artikel Ziarah rombongan Malaysia ke makam Sultan Malikus Saleh di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Kami seterusnya pergi ke makam Sultanah Nahrisyah. Baginda adalah keturunan Sultan Malikus Saleh, memerintah Pasai awal abad ke 15 Masihi.
Friday morning 28 Mac 2014. We met up with 16 visitors from Malaysia at the tomb of Sultan Malikus Saleh, founder of the kingdoms of Samudera and Pasai. Look at the article Ziarah rombongan Malaysia ke makam Sultan Malikus Saleh in the blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). We next went to the tomb of Sultanah Nahrisyah. Her majesty is a descendant of Sultan Malikus Saleh, ruled Pasai in the early 15th century AD.


Umum mengenali makam baginda sebagai berbatu marmar besar. Lihat artikel lama Kompleks makam Ratu Nahrisyah (Queen Nahrisyah tomb complex). Kali ini saya ditunjukkan makam sebenar baginda adalah yang ini.
The public know her majesty's tomb as the big one built from marble. Look at the old article Kompleks makam Ratu Nahrisyah (Queen Nahrisyah tomb complex). This time I was shown that her real tomb is this one.


Nampak biasa sahaja makamnya. Yang berbatu marmar besar itu katanya binaan tambahan yang dihadiahkan Kesultanan Delhi di India beberapa waktu setelah Sultanah Nahrisyah mangkat.
Looks quite common this tomb. The big marbled one is said to be an extra building handed as a gift by the Delhi Sultanate in India some time after Sultanah Nahrisyah passed away.





Wednesday, April 23, 2014

Masjid (Mosque of) Baitul Mukhlishin, Perlak



Perjalanan diteruskan ke Perlak untuk melawat satu tempat bersejarah. Lihat artikel Bringing Johan to the tomb of Maulana Abdul Aziz di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Selepas itu kami berpatah balik menghala ke utara lalu singgah di masjid ini.
The journey was continued to Perlak to visit a historical place. Look at the article Bringing Johan to the tomb of Maulana Abdul Aziz in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH. After that we turned back heading north and stopped by at this mosque.









Letaknya masih di dalam kawasan Perlak.
It's location is still within the area of Perlak.








Ketika berjalan keluar baru saya tahu namanya Masjid Baitul Mukhlishin.
When walking out then only I know its name is Masjid (mosque of) Baitul Mukhlishin.



Masjid (Mosque of) al-Ikhlash, Nurussalam



Ke hadapan sedikit adalah masjid ini.
Slightly further ahead is this mosque.


Ia adalah Masjid al-Ikhlash di Nurussalam.
It is Masjid (mosque of) al-Ikhlash at Nurussalam.




















Masjid (Mosque of) Darul Istiqamah, Julok Cut



Perjalanan diteruskan lebih jauh ke timur kemudian ke selatan. Sampai di mukim Julok Cut singgah di masjid ini.
The trip was continued further east before going to the south. Reached the sub-district of Julok Cut and stopped by this mosque.


Kalau tak salah ia berdekatan bandar Idi.
If not mistaken it is close to the town of Idi.





Mari lihat ke dalam...
Let us look inside...