Sekitar 10km ke utara daripada makam Megat Terawis (lihat posting Makam (the tomb of) Megat Terawis yang dibuat semalam) iaitu di Lambor Kanan, boleh kelihatan sebuah jalan seperti yang dinyatakan di atas...
Some 10km north of the tomb of Megat Terawis (look at the posting Makam (the tomb of) Megat Terawis made last night) that is in Lambor Kanan, one could see a certain road as shown above...
Masuk jalan kecil itu lebih 1km melalui sebuah kampung seterusnya ladang kelapa sawit menghala ke Sungai Perak lalu kelihatanlah makam ini, kawasan permakaman Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Shah I (memerintah 1528-1549)...
Enter the small road more than 1km through a village then a palm oil estate heading for the Perak river and there appear this tomb, the burial area for Perak's first Sultan, Sultan Muzaffar Shah (ruled 1528-1549)...
Di sini terdapat beberapa buah makam yang bertanda dengan batu nesan Aceh, rasanya milik ahli keluarga Sultan Muzaffar Shah I...
Here there are a number of tombs marked with Aceh tombstones, I think that of the family members of Sultan Muzaffar Shah I...
Makam Sultan Muzaffar Shah I sendiri ditanda dengan batu nesan jenis lain seperti yang terdapat di hampir semua makam Sultan-sultan Perak yang lain (ada 33 yang sudah meninggal dan hampir 30 dimakamkan di Perak). Maka di sini biarlah saya membuat satu pengakuan...
The tomb of Sultan Muzaffar Shah I itself is marked with a different type of tombstone like that at almost all the other tombs of Sultans of Perak (there's 33 of them deceased and almost 30 were buried in Perak). So here let me make a confession...
Adapun di dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti", saya ada menyebut bahawa makam Sultan Muzaffar Shah I adalah satu-satunya makam Sultan Perak yang ditanda dengan batu Aceh. Dan batu Aceh itu adalah dari jenis yang berkepak, sama dengan yang terdapat di makam Sultan Alauddin Riayat Shah (memerintah Melaka 1477-1488) di Pagoh, Muar dan makam Sultan Malikus Salih (pengasas kerajaan berkembar Samudera dan Pasai yang mangkat tahun 1297).
In my first book "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" (literally translated as "The trip to Aceh: To find self and meaning"), I had mentioned that the tomb of Sultan Muzaffar Shah I was the only Perak Sultan tomb to be marked with Aceh tombstones. And it is of Aceh stone with wings, similiar to those found at the tomb of Sultan Alauddin Riayat Shah (ruled Melaka 1477-1488) in Pagoh, Muar and the tomb of Sultan Malikus Salih (founder of the twin kingdoms of Samudera and Pasai who died in the year 1297).
Sebenarnya saya tersilap... Mungkin kerana ketika itu saya terlalu taksub dengan darah keturunan saya yang berasal dari Aceh, maka sebaik sahaja sampai ke kawasan makam ini, saya terus menerpa makam dengan batu nesan bersayap seperti yang ditunjukkan di gambar atas lalu menyangkakannya makam Sultan Muzaffar Shah I.
Actually I was mistaken... Maybe because at that time I was so fanatic about my bloodline which originated from Aceh, such that as soon as I reached this burial area, I immediately headed for the tomb with winged-tombstones as shown in a picture above which I thought was the tomb of Sultan Muzaffar Shah I.
Lama kemudian, baru saya tersedar makam dengan batu nesan bersayap itu adalah milik seorang anggota keluarga baginda... Sedangkan makam baginda sendiri memakai batu nesan dari jenis lain...
A long time later, then I realised the tombstone with wings is that of a member of his family... When his actual tomb use a different kind of tombstone...
Apapun, semua batu nesan yang kelihatan di sini kecuali batu nesan makam Sultan Muzaffar Shah I adalah daripada jenis batu nesan Aceh... Lihat batu-batu nesan di sebelah kiri makam Sultan Muzaffar Shah I ini...
Whatever, all the tombstones seen here except that on the tomb of Sultan Muzaffar Shah I is of Aceh tombstones... Look at these tombstones on the left of the tomb of Sultan Muzaffar Shah I...
Batu-batu nesan di sebelah kanan makam Sultan Muzaffar Shah I ini juga daripada jenis batu nesan Aceh!
These tombstones at the right of the tomb of Sultan Muzaffar Shah I is also of Aceh type!
Lihat daripada sudut ini... Kenapa di dalam 4 baris makam ini semuanya memakai batu nesan Aceh kecuali di makam Sultan Muzaffar Shah I yang terletak 2 daripada kiri... Kenapa?
Look from this angle... Why among the 4 rows of tombs here all used Aceh tombstones except for the tomb of Sultan Muzaffar Shah I which is situated 2nd from left... Why?
Sebenarnya ada orang pernah memberitahu, suatu masa dahulu semua makam Sultan-sultan Perak ditanda dengan batu nesan Aceh. Tetapi pada awal abad ke 20, atas perintah seorang Sultan, semua batu-batu nesan ini digantikan dengan yang baru dan daripada jenis lain.
Actually someone once told me, once upon a time all the tombs of Sultans of Perak were marked with Aceh tombstones. But in early 20th Century, on the command of a Sultan,. all the tombstone were replaced with new ones and from a different type.
Alasan yang diberikan adalah kerana batu-batu nesan itu sudah buruk. Ya kah ini sedangkan dalam gambar ini sendiri pembaca boleh melihat batu-batu nesan Aceh yang masih wujud tetapi dapat bertahan? Lihat juga batu-batu nesan Aceh yang terdapat di Kampung Kota, Beruas (sila klik The ancient kingdom of Beruas and its ties with the more ancient kingdom of Gangganegara! di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ) sesetengahnya dipercayai berumur lebih 500 tahun... Walaupun kawasan makam kurang terjaga dengan ada batu-batu nesan yang sudah tercabut keluar, batu-batu nesan Aceh itu sendiri masih bertahan... Masih cantik dan utuh ukirannya.
The reason given was that all the tombstones were old and ruined. Is it when readers could see for themselves in this picture that the Aceh gravestones which still exist are still strong? Look also at the Aceh tombstones in Kampung Kota, Beruas (do click The ancient kingdom of Beruas and its ties with the more ancient kingdom of Gangganegara! in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH ), some of it believed to be older than 500 years! Although the cemetery area is not well-kept and there are tombstones which have been uprooted, the Aceh tombstones itself are still strong... Still beautiful with the carvings still intact.
Jadi apakah sebab sebenarnya batu-batu nesan Sultan-sultan Perak itu ditukar? Apakah untuk menghilangkan segala kaitan dengan Aceh?
So what is the real reason why the tombstones of Sultans of Perak had to be changed? Is it to cut-off any links to Aceh?
Sekitar 5-7km ke utara makam Sultan Muzaffar Shah I pula terdapat sebuah lagi makam milik seorang Sultan Perak yang juga bernama Muzaffar...
Some 5-7km north of the tomb of Sultan Muzaffar Shah I is another tomb owned by another Perak Sultan whose name also happens to be Muzaffar...
Tetapi baginda adalah Sultan ke 10 Perak dan memerintah lebih 100 tahun kemudian iaitu tahun 1636-1654. Maka itu dikenali sebagai Sultan Muzaffar Shah II...
But his majesty is the 10th Sultan of Perak and ruled more than 100 years later that is in the years 1636-1654. And so he's known as Sultan Muzaffar Shah II...
Dan satu lagi yang agak ganjil, di bahagian kepala makam terdapat sebuah busut yang agak besar... Ini kerana orang Melayu selalunya mengaitkan busut terutama di tanah perkuburan dengan perkara-perkara mistik...
And one more strange thing, at the tomb's head area there exist a rather large termite mound... This is because the Malays often associate termite mounds especially at cemeteries with things of mystical nature...
Lagi 5-7km iaitu di kawasan Bota Kanan, terdapat lagi sebuah makam milik seorang lagi Sultan Perak yang juga bernama Muzaffar...
Another 5-7km that is in the area of Bota Kanan, there lies another tomb owned by another Sultan Perak whose name is also Muzaffar...
Baginda adalah Sultan ke 13 Perak, memerintah hampir 100 tahun kemudian iaitu tahun 1728-1754...
He is Perak's 13th Sultan, ruled nearly 100 years later that is in the years 1728-1754...
Sekarang apabila diatur kembali - Sultan Muzaffar Shah I, Sultan ke 1 (memerintah 1528-1549), Sultan Muzaffar Shah II, Sultan ke 10 (memerintah 1636-1654) dan Sultan Muzaffar Shah III, Sultan ke 13 (memerintah 1728-1754) - kelihatan satu corak tarikh yang agak menarik... Iaitu jarak pemerintahan Sultan I ke Sultan II dan Sultan II ke Sultan III adalah masing-masing sekitar 100 tahun!
Now that when this is arranged back - Sultan Muzaffar Shah I, the 1st Sultan (ruled 1528-1549), Sultan Muzaffar Shah II, the 10th Sultan (ruled 1636-1654) and Sultan Muzaffar Shah III, the 13th Sultan (ruled1728-1754) - there appears a kind of pattern in the dates... That the interval between Sultan I to Sultan II and Sultan II toSultan III are each around 100 years!
Lagi satu yang menarik adalah walaupun jarak tahun ini hampir sama, jumlah Sultan lain di antara mereka pula sedikit janggal. Antara Sultan I dengan Sultan II, terdapat 8 orang Sultan lain pernah memerintah sedangkan antara Sultan II dan Sultan III, cuma ada 2 sahaja. Hmm... Cukuplah. Sekian! :]
One more interesting thing is although the interval of years are almost the same, the number of Sultans in-between them looks a bit odd. Between Sultan I and Sultan II, there's 8 other Sultans who have ruled Perak but between Sultans II and III, there's only 2. Hmm... Enough I think. That's all! :]