-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, February 10, 2017

Rupa baru masjid lama Arau (New look of the old mosque of Arau)

Salam kepada semua pada hari Jumaat yang indah ini. Kembali pada perjalanan 12-21 Januari yang meliputi sebahagian selatan Thailand.
Peace be upon you all this beautiful Friday. Returning back to the 12-21 January trip which covers parts of southern Thailand.


Kali terakhir saya berkongsi cerita tentang perjalanan tersebut di blogspot ini adalah untuk menunjukkan beberapa tempat yang dilawati di Songkhla 16 Januari 2017. Selepas itu saya pergi ke Hatyai lalu bermalam di sana. Petang seterusnya saya kembali ke Malaysia melalui Perlis lalu singgah di bandar diraja Arau. Di situ saya singgah di tanah perkuburan diraja lama ini.
The last time I shared stories on the said travel in this blogspot was to show a number of places visited in Songkhla 16th January 2017. After that I went to Hatyai and spent the night there. The following afternoon I returned to Malaysia via Perlis and stopped by at the royal town of Arau. There I visited this old royal burial ground..


Turut terletak dalam kawasan idalah sebuah masjid lama.
Also located within thw area is an old mosque.


Kali terakhir saya singgah di sini Ogos 2010 ia kelihatan seperti satu bangunan tinggal. Lihat artikel lama Masjid lama diraja Arau (The old royal mosque of Arau).
The last time I paid a visit here August 2010 it looked like an abandoned building. Look at the old article Masjid lama diraja Arau (The old royal mosque of Arau).


Kini ia kelihatan cantik terjaga.
Now it looks beautiful and taken care of.


Cuma ketika saya sampai pintunya berkunci lalu saya tidak dapat melihat ke dalam.
It's just that when I arrived its door was locked so I could not have a look inside.


Wednesday, February 08, 2017

Masjid (Mosque of) Taqwa Muhammadiyah, Padang



Sekitar 500 meter dari Masjid Nurul Iman terdapat pula masjid ini.
Around 500 metres from the mosque of Nurul Iman lies in turn this mosque.






Namanya adalah Masjid Taqwa Muhammadiyah.
Its name is Masjid (Mosque of) Taqwa Muhammadiyah.






Lihat ke dalam...
Looking inside...




















Masjid Agung (Great mosque of) Nurul Iman, Padang

Merujuk pada pengenalan dalam artikel Masjid Sultan Sulaiman Singgora pada siang hari (Mosque of Sultan Sulaiman Singgora during daytime). Ada disebut saya baru selesai membuat satu perjalanan baru di bahagian tengah pulau Sumatera 25 Januari hingga 1 Februari. Sekarang saya mahu berkongsi cerita-cerita tentang tempat-tempat yang dilawati di sana...
Referring to the introduction in the article Masjid Sultan Sulaiman Singgora pada siang hari (Mosque of Sultan Sulaiman Singgora during daytime).It is mentioned that I've just completed a new trip at the central part of the island of Sumatera 25th January till 1st February. Now I want to share stories on places visited there.


Perjalanan dimulakan petang Rabu 25 Januari 2017 dengan menaiki pesawat ke kota Padang di Sumatera Barat, Sampai ke hotel saya berehat sebentar sebelum keluar berjalan kaki lalu terlihat masjid ini.
The trip was started Wednesday afternoon 25th January 2017 by taking a flight to the city of Padang in West Sumatera. Upon arriving at a hotel I took a rest before going out by foot and saw this mosque,





Namanya adalah Masjid Agung Nurul Iman. Ternyata ia adalah masjid utama di Padang.
Its name is Masjid Agung (Great mosque of) Nurul Iman, It is apparent that it is the main mosque in Padang,























Tuesday, February 07, 2017

Masjid (Mosque of) Asasul Islam, Songkhla



Seterusnya saya berjalan kaki melihat beberapa kawasan di kota Songkhla lalu sampai ke masjid utama kota.
Next I walked to see a number of areas in the city of Songkhla and arrived at the city's main mosque.


Ia dipanggil Masjid Asasul Islam.
It is called Masjid (mosque of) Asasul Islam.








Reka bentuknya mengingatkan saya pada sebuah masjid lama di Pulau Pinang. Lihat artikel lama Masjid (Mosque of) Lebuh Aceh, Pulau Pinang.
Its design reminds me of an old mosque in Pulau Pinang. Look at the old article Masjid (Mosque of) Lebuh Aceh, Pulau Pinang.



















Monday, February 06, 2017

Pameran di halaman Muzium Nasional Songkhla (Exhibition at the lawn of the National Museum of Songkhla)



Di hadapan tembok terletak Muzium Nasional Songkhla.
In front of the wall lies the National Museum of Songkhla.


Sayangnya saya sampai ketika ia sedang ditutup untuk kerja-kerja renovasi.
Too bad I arrived when it was closed for renovation works.


Jadi saya cuma dapat melihat pameran di halamannya...
So I could only see the exhibition at its lawns...











Tembok kota Songkhla (Songkhla city wall)



Dari rumah tadi boleh kelihatan sebuah tembok lama yang panjang.
From that house could be seen an old wall that is long.














Ia adalah tinggalan tembok kota Songkhla, kota yang didirikan kerajaan Siam Thailand pertengahan abad ke-19 Masihi. Setelah beberapa lama mereka menjatuhkan kerajaan asal Melayu Singgora...
It is the remains of the city wall of Songkhla, a city built by the Siam Thailand kingdom in the middle of the 19th century. After so long they have caused the downfall of the original Malay kingdom of Singgora...