-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Saturday, October 23, 2010

Pameran di Muzium Brunei (Exhibits at Brunei Museum) 2

Kita sambung lagi paparan maklumat tentang Sultan-sultan Brunei dan objek-objek berkaitan seperti terdapat di Muzium Brunei. Kali ini tidak perlulah diberi penjelasan tambahan. Cukup apa yang terdapat dalam gambar. Untuk mengetahui Sultan ke berapakah mereka-mereka ini, lihat salasilah yang terdapat di Pameran di Muzium Brunei (Exhibits at Brunei Museum) 1.
We continue with the display of information on the Sultans of Brunei and related objects as available at the Brunei Museum. This time there should be no need for extra explanation. Enough with what is available in the picture. To know what is the number of the Sultans referred to, look at the genealogy chart available in Pameran di Muzium Brunei (Exhibits at Brunei Museum) 1.



























Hmm. Nampaknya saya terlupa mengambil maklumat tentang pemerintah Brunei seterusnya, almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin III yang mana anakanda baginda adalah Sultan yang memerintah sekarang. Apapun lihat replika Batu Tarsilah, sebuah batu bersurat yang tertulis nama dan sedikit maklumat tentang raja-raja Brunei.

Hmm. It looks like I forgot to take the information on the next ruler of Brunei, the late Sultan Omar Ali Saifuddin III of which his highness' son is the current reigning Sultan. Whatever look at the replica of the Batu Tarsilah, an inscribed stone on which is written the names and a bit of information on the kings of Brunei.







Friday, October 22, 2010

Pameran di Muzium Brunei (Exhibits at Brunei Museum) 1

Selepas menziarahi makam Sultan Syarif Ali kami pergi ke Muzium Brunei. Di sini terdapat banyak maklumat tentang sejarah keSultanan Brunei dari awal. Kita mulakan dengan Kota Batu, pusat pemerintahan Brunei abad ke 15 Masihi. Lihat gambar dan maklumat yang tertera.

After visiting the tomb of Sultan Syarif Ali we went to the Brunei Museum. Here lies plenty of information about the history of the Sultanate of Brunei from its early days. We start with Kota Batu (literally translated as the stone fort), the centre of rule for Brunei in the 15th century AD. Look at the picture and information available.









Ini pula adalah salasilah keSultanan Brunei. Perhatikan... pada nama Sultan ada diletak nombor untuk menunjukkan mereka sebagai pemerintah ke berapa. Namun boleh kelihatan ada lagi Sultan lain tetapi tidak dimasukkan ke dalam senarai.

This is turn is the Brunei Sultanate genealogy. Pay notice... at the names of the Sultans are placed with numbers to show them as ruler number so and so. Still one could see that there is another Sultan but not included in the list.


Sultan pertama...

The first Sultan...


Gambar-gambar ini menunjukkan batu nesan milik seorang yang dipanggil Seri Maharaja Brunei. Saya tak pasti apakah ia merujuk pada Sultan pertama.

These pictures show the tombstone owned by someone called Seri Maharaja Brunei. I'm not sure if it is referring to the first Sultan.


Raja ini pula sepatutnya disenaraikan sebagai Sultan kedua Brunei.

This king in turn should be listed as the second Sultan of Brunei.


Tetapi baginda mangkat dan dimakamkan di negara China. Mungkin sebab itu nama baginda tidak termasuk dalam senarai rasmi pemerintah Brunei? Rasanya sebab kewujudan baginda baru disedari beberapa tahun kebelakangan...

But his majesty passed away and was laid to rest in the kingdom of China. Maybe that is why he is not included in the offical list of Brunei rulers? I feel that his existence was only realised these last few years...


Objek-objek yang terdapat di makam baginda di China.
Objects which are available at his kingdom in China.


Seperti disebut pada maklumat di atas, kewujudan Sultan Abdul Majid cuma disedari apabila melihat makam puterinya yang ada di Brunei.

As mentioned in the information above, the existence of Sultan Abdul Majid was only realised when looking at the tomb of his daughter in Brunei.



Malah Brunei sebenarnya turut memiliki seorang lagi Sultan iaitu anakanda kepada Sultan Abdul Majid yang diangkat ketika berumur 4 tahun.

In fact Brunei actually have another Sultan which is the son of Sultan Abdul Majid who was elevated when he was 4 years old.


Namun umurnya yang terlalu muda menyebabkan jawatan Sultan dipangku oleh nenda saudaranya, adik kepada Sultan pertama. Inilah pemerintah yang disebut secara rasmi sebagai Sultan kedua Brunei.

Still his young age caused the post and duty of Sultan to be carried out by his granduncle, younger brother to the first Sultan. This is the ruler who is officially mentioned as the second Sultan of Brunei.


Ini yang membuatkan Sultan seterusnya, Sultan Syarif Ali disebut sebagai Sultan ketiga. Apapun kedudukan baginda dianggap lebih istimewa kerana merupakan permulaan Brunei mendapat raja-raja yang berketurunan Nabi Muhammad SAW, melalui cucu sulung Nabi iaitu Saidina Hassan.

This is what made the following Sultan, Sultan Syarif Ali being mentioned as the third Sultan. Whatever his majesty's position is considered more special because it is the start of Brunei having kings who are descendants of Prophet Muhammad SAW, through the Prophet's eldest grandchild who was Saidina Hassan.


Objek-objek berkaitan baginda termasuk makam. Lihat Makam (Tomb of) Sultan Syarif Ali.

Objects related to his majesty including tomb. Look at Makam (Tomb of) Sultan Syarif Ali.


Ini pula batu nesan Syarif Adam seorang pendakwah yang dikatakan datang ke Brunei bersama Syarif Ali. Lihat Makam (Tomb of) Syarif Adam.

This in turn is the tombstone of Syarif Adam a religious missionary said to have come to Brunei along with Syarif Ali. Look at Makam (Tomb of) Syarif Adam.


OK. Kita ikut turutan rasmi ya. Maklumat mengenai Sultan keempat...

OK. Let us follow the official numbering ya. Information about the fourth Sultan...


Pemerintah seterusnya, Sultan kelima iaitu Sultan Bolkiah diketahui sangat aktif menyebarkan Islam.

The following ruler, the fifth Sultan which is Sultan Bolkiah is known to be very active in spreading Islam.



Pemerintahan baginda disebut sebagai zaman keemasan di mana Brunei berkuasa ke atas kawasan yang sangat luas.

His rule is said to be the golden age when Brunei held power over an area which was so vast.


Makam Sultan Bolkiah.

Tomb of Sultan Bolkiah.


Sultan keenam.

The sixth Sultan.


Ketujuh.

Seventh.


Masjid awal Brunei...

Brunei's early mosque...



Batu-batu nesan kerabat diraja.

Tombstones of royalty...