-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Thursday, December 09, 2010

Tempat-tempat yang dilawati di Selangor (Places visited in Selangor)

Subhanallah. Setelah membuat 5 artikel baru, 4 daripadanya menggunakan gambar-gambar lama baru saya terasa koleksi artikel tentang tempat-tempat di Selangor cukup lengkap untuk diketengahkan kompilasi linksnya. Usaha ini adalah menyambung proses mengenengahkan artikel kompilasi menurut negara/negeri untuk diletakkan di sidebar, satu proses yang dimulakan semalam. Lihat juga artikel kompilasi sebelumnya Tempat-tempat yang dilawati di Perak (Places visited in Perak).


Praise be to Allah. After making 5 new articles, 4 of them using old pictures then only I felt the collection of articles on places in Selangor complete enough to for its links compilation to be featured. This effort is the continuation of the process to feature compilation articles according to nations/states to be placed at the sidebar, a process which was started yesterday. Look also at the previous compilation article Tempat-tempat yang dilawati di Perak (Places visited in Perak).




Masjid (Mosques)




















































































































































Makam (Tombs)

















































Kota, istana dan lain-lain (Forts, palaces and others)
































Kota (Fort of) Tanjung Keramat

Satu lagi cerita untuk koleksi Selangor. Gambar-gambar diambil dari artikel The hills at Tanjung Keramat, Kuala Selangor... yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH lebih 2 tahun lalu.
One more story for the Selangor collection. Pictures are taken from the article The hills at Tanjung Keramat, Kuala Selangor... which was made in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH more than 2 years ago.


Setentang dengan bukit kecil tempat makam anak dara (lihat Makam keramat anak dara (Tomb of the sacred virgin)) terletak sebuah bukit lebih besar.

Opposite the small hill with the tomb of the virgin (look at Makam keramat anak dara (Tomb of the sacred virgin)) there lies a bigger hill.


Di kakinya ada papan maklumat menyebut di sini terdapat Kota Tanjung Keramat. Kerana di atas bukit ini ada kota sedangkan kawasan ini terletak berdekatan sebuah tanjung di mana terdapat makam keramat anak dara...

At its foot there is an information board which says here lies the fort of Tanjung Keramat. Because on top the hill there is a fort while the area is situated nearby a cape where lies the tomb of keramat (sacred, mystical, magical) anak dara (virgin)...


Mari naik ke atas.

Let us go up.

Sebuah papan maklumat lain menyebut bukit ini juga dikenali sebagai Bukit Belanda. Sebab ia pernah ditawan Belanda lalu dijadikan kota mereka.

Another information board says this hill was also known as Bukit (hill of) Belanda (the Dutch). Because it was once captured by the Dutch and turned into their fort.


Seperti kota di Bukit Melawati (lihat Kota (Fort of) Melawati, Kuala Selangor) 300 meter ke tenggara kebanyakan bahagian di sini telah musnah. Jalan masuk ke apa yang tinggal...

Like the fort at Bukit Melawati (look at Kota (Fort of) Melawati, Kuala Selangor) 300 metres south-east most parts here have been destroyed. The way to what is left...



Kawasan kota di puncak bukit...

The fort area on top the hill...




Pada saya tinggalan kota di sini lebih menarik dari apa yang terdapat di Bukit Melawati. Untuk makluman ini adalah artikel ke 464 di blogspot ini.

For me the fort remains here are more intereseting than what is available at Bukit Melawati. For information this is the 464th article in this blogspot.






Kota (Fort of) Melawati, Kuala Selangor

Ah. Rupa-rupanya ada lagi yang perlu ditambah untuk melengkapkan koleksi cerita Selangor. Gambar-gambar ini di ambil dari artikel Baru betul-betul melihat Bukit Melawati... yang dibuat di blogspot CATATAN SI MERAH SILU Julai 2010.
Ah. As it turns out there are still some to be added to complete the collection of Selangor stories. These pictures are taken from the article Baru betul-betul melihat Bukit Melawati... made in the blogspot CATATAN SI MERAH SILU Julai 2010.


Saya sudah banyak kali pergi ke Bukit Melawati di Kuala Selangor tetapi pada satu hari baru tergerak untuk pergi ke bahagian paling tinggi.

I have been to Bukit (hill of) Melawati in Kuala Selangor many times but it was only during one day that I was moved to go to its highest parts.





Baru saya tahu di bahagian paling atas ini terdapat satu kawasan lapang yang pernah menjadi sebahagian kota. Selalunya saya cuma naik ke bahagian sedikit bawah hadapan muzium dan berdekatan rumah api untuk bermain-main dengan monyet...

Then only did I knew at this top part lies an open area which used to be part of a fort. Most of the time I only went up to the slightly lower parts in front of the muzium and nearby the light house to play with the monkeys...


Ada sejumlah meriam lama masih terjaga elok.

There are a number of old cannons still well-taken care of.


Untuk pengetahuan puncak Bukit Melawati pernah menjadi tempat bersemayam 3 orang Sultan terawal Selangor, dari pertengahan abad ke 18 hingga pertengahan abad ke 19 Masihi. Sebab itu didirikan kota di sini...

For information the peak of Bukit Melawati used to be the place of residence for Selangor's 3 earliest Sultans, from the middle of the 18th century to the middle of 19th century AD. That is why a fort was built here...






Di hadapan satu pintu masuk terdapat sebuah batu hampar.
In front of an entrance there lies a bedrock.





Kalau tak salah ia digunakan untuk memancung kepala pesalah.

If not mistaken it is used to behead offenders.


Makam keramat anak dara (Tomb of the sacred virgin)

Untuk melengkapkan koleksi cerita tentang Selangor biar dibuat lagi satu cerita mengunakan gambar-gambar lama... diambil dari artikel Kisah Keramat Anak Dara... yang dibuat di blogspot CATATAN SI MERAH SILU Januari 2009.
To complete the collection of stories on Selangor let one more story be made using old pictures... taken from the article Kisah Keramat Anak Dara... made in the blogspot CATATAN SI MERAH SILU January 2009.

Di satu bukit kecil di satu hujung pekan Kuala Selangor boleh kelihatan sebuah bangunan makam.

At a small hill at one end of the small town of Kuala Selangor could be seen a tomb building.




Penerangan yang ada menyebut ia adalah makam untuk menandakan tempat seorang anak darah yang terkenal baik budinya hilang setelah dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak disukainya. Dia hilang sebelum majlis perkahwinan. Biar ditambah namanya adalah Rubiah...

The information available says that the tomb is to mark the place a virgin reknown for her good character went missing after she was forced to marry a person she disliked. She disappeared before the wedding ceremony. Let it be added that her name was Rubiah...


Dia dikatakan hilang ghaib begitu sahaja betul-betul di tempat ini. Namun makam yang didirikan mirip tempat jasad disemadikan. Makam ini jadi terkenal kerana menurut ceritanya ada memiliki kuasa ajaib. Kuasa itu dikaitkan dengan anak dara lalu ia dianggap sebagai tempat keramat.

She was said to have disappeared into thin air just like that exactly at this site. Still the tomb erected here is similar to places where bodies are laid to rest. This tomb became famous as according to the stories it posseses magical power. The power is associated with the virgin and thus it is venerated as a sacred place.


Masjid (Mosque of) Sultan Salahuddin Aziz Shah, Shah Alam

OK. Seperti disebut dalam artikel Masjid (Mosque of) KLIA, Sepang baru tadi saya tersedar tidak pernah membuat artikel tentang Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah di Shah Alam. Walaupun sudah banyak kali ke masjid ini seingat saya cuma sekali sahaja saya tergerak untuk mengambil gambar luar dan dalam. Setelah lama mencari baru terjumpa dalam fail gambar tahun 2007.
OK. As mentioned in the article Masjid (Mosque of) KLIA, Sepang it was only just now that I realised I haven't made any article on the mosque of Sultan Salahuddin Aziz Shah in Shah Alam. Although I have been to this mosque many times as far as I could remember I was moved to take pictures inside out only once. After a long seach only did I found it inside the picture file for the year 2007.

Biar digunakan gambar-gambar itu walaupun tidak berapa bagus kerana diambil menggunakan kamera digital lama murah. Nak ambil gambar baru kena bergerak ke Shah Alam 40 km dari rumah sedangkan kamera digital yang dimiliki sekarang sedang diperbaiki akibat kerosakan yang ditanggung semasa berada di Beting Beras Basah lebih sebulan lalu.
Let the pictures be used although not so good as it was taken using an old cheap digital camera. If want to take new pictures have to go to Shah Alam 40 km from home while the digital camera possessed now is under repair due to damage sustained while being at Beting Beras Basah more than a month ago.


Inilah Masjid Sultan Salahuddin Aziz Shah di Shah Alam yang sangat terkenal di Malaysia, mungkin juga dikenali lebih jauh sehingga ke seluruh dunia.

This is it the mosque of Sultan Salahuddin Shah in Shah Alam which is very famous in Malaysia, maybe also recognised much further on to the whole world.


Dinamakan sempena Sultan Selangor ketika itu (kini sudah meninggal dunia), ia siap lebih 2 dekad lalu untuk menjadi masjid yang terbesar di Malaysia, kedua terbesar di Asia Tenggara. Lebih menarik ia memiliki kubah terbesar di dunia untuk mana-mana bangunan ugama! Dengan garispusat 170 kaki kubah itu memiliki ketinggian 300 kaki dari paras bumi.

Named after the Sultan of Selangor of that time (now deceased), it was completed more than 2 decades ago to become the biggest mosque in Malaysia, the second biggest in South East Asia. More interesting it has the biggest dome in the world for any religious building! With a diameter of 170 feet the dome has a height of 300 feet above sea level.

Ia juga memiliki menara masjid kedua tertinggi di dunia.

It also has the second highest mosque towers in the world.




Sekarang mari kita lihat lebih dekat masjid negeri Selangor ini...

Now let us have a closer look at this Selangor state mosque...








Masjid ini dirasmikan tahun 1988.
This mosque was officiated in the year 1988.












Bahagian bawah. Maaf kamera digital murah tidak dapat menangkap dengan baik keadaan kurang cahaya.
The lower section. Sorry the cheap digital camera could not properly pick up pictures under low light condition.


Kita lihat pula di atas.
We look in turn at the upper level.



Di sini terletak dewan utama solat.
Here lies the main praying hall.





Sekali lagi saya meminta maaf akibat kamera murah. Keadaan ketika itu yang kurang cahaya bercampur kontras dari satu bahagian atas menyebabkan bukan sahaja keluasan sebenar dewan utama tidak dapat ditonjolkan, pemandangan bawah kubah gergasi yang sepatutnya mengkagumkan juga menjadi kabur...
Once again I have to say sorry because of the cheap camera. The condition then with low lighting plus contrast from an upper section not only resulted in the actual size of the main hall made unable to be higlighted, the view under the giant dome which should be amazing also became obscured...



Mihrab dan mimbar. Cukuplah dengan apa yang dipersembahkan.
Front-most section and the pulpit. Enough of what have been presented.

Masjid (Mosque of) KLIA, Sepang

OK. Sebenarnya saya mahu meletakkan kompilasi links untuk artikel tentang masjid-masjid yang pernah dilawati di Selangor. Tetapi semasa meneliti links baru saya tersedar nampaknya saya telah terlupa membuat artikel tentang Masjid Sultan Salahuddin Abdul Shah di Shah Alam sedangkan ia adalah masjid negeri dan salah satu masjid terbesar di Asia Tenggara! Dalam pada itu baru saya teringat sekembalinya dari Brunei bulan Ogos saya telah singgah di Masjid KLIA, Sepang lalu ada mengambil gambar. Jadi biar dibuat satu artikel tentangnya ya.. :]
OK. Actually I want to put the compilation of links for articles on mosques in Selangor which I have visited. But while reviewing the links did I only realised it looks like I've forgotten to write an article on the mosque of Sultan Salahuddin Abdul Shah in Shah Alam when it is the state mosque and one of the biggest mosque in South East Asia! While going about it I also remembered upon returning from Brunei in August I stopped at the KLIA mosque, Sepang and took some pictures. So let an article be made about it ya... :]


Inilah Masjid KLIA di Sepang atau nama rasminya Masjid Sultan Abdul Samad.

This is it the KLIA mosque in Sepang or its offical name Masjid (mosque of) Sultan Abdul Samad.


Terletak sekitar 5 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ia adalah salah satu bangunan yang paling terserlah di sekitar.
Located around 5 km from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) it is one of the most outstanding building in the vicinity.









Suatu masa dahulu saya sering singgah di masjid ini.
Once upon a time I often stopped by at this mosque.




Ketika itu saya adalah seorang wartawan sukan dan sering ke Litar Antarabangsa Sepang untuk meliputi acara sukan bermotor.
At the time I was a sports journalist and often go to the Sepang International Circuit to cover motosports events.





Bahagian bawah kubah pintu masuk.
Section under the dome at the entrance.




Mari lihat ke dalam. Let us go inside.












Ada maklumat menyebut ia dirasmikan tahun 2000.
There is information saying it was officiated in the year 2000.




Masjid ini memiliki ruang legar besar terbuka di bahagian tengah.
This mosque has a big open lobby at its centre section.














Dari situ baru kubah utama dapat dilihat dengan terang.
From there only the main dome could be seen clearly.





Baru juga kelihatan pintu masuk ke dewan utama solat.
Then only also one could see the door to the main praying hall.








Dewan solat utama.
Main praying hall.




Bahagian bawah kubah...
Section under the dome...




Mihrab.
Front-most section.