-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Thursday, June 28, 2012

Makam Habib Ahmad, Pekalongan



Di belakang musholla terdapat bangunan ini.
Behind the musholla there lies this building.


Ia adalah bangunan makam seorang ulamak terkemuka yang dikenali sebagai Habib Ahmad.
It is the tomb of a prominent religious master known as Habib Ahmad.




Menurut ceritanya Habib Ahmad dilahirkan di Yaman tahun 1836 Masihi.
According to the stories Habib Ahmad was born in Yaman in the year 1836 AD.


Selepas menimba ilmu di Mekah dan Madinah beliau memilih untuk berdakwah di Pulau Jawa lalu bertapak di Pekalongan, Jawa Tengah. 
After drawing knowledge in Mecca and Medina he chose to preach in the island of Jawa and made base in Pekalongan, Central Java. 


Inilah makam Habib Ahmad. Beliau meninggal dunia 1928.
This is it the tomb of Habib Ahmad. He passed away 1928.


Di sebelah adalah makam isterinya.
Besides is the tomb of his wife.



Musholla (Small praying hall of) Al-Iman, Pekalongan




Petang Jumaat kami sampai ke bandar Pekalongan, 120 km ke barat Demak lalu singgah di musholla atau surau bernama Al-Iman.
Friday afternoon we arrived at the town of Pekalongan, 120 km to the west of Demak and stopped by at a musholla or surau (small praying hall) called Al-Iman.


Kami ke sini untuk menziarahi makam di sebelahnya.
We went here to visit a tomb besides it.


Kita lihat dulu ke dalam surau...
We look first inside the surau...








Makam Raden Fattah dan kaum keluarganya (Tomb of Raden Fattah and his family members)



Di sebelah masjid kelihatan bangunan ini.
Besides the mosque could be seen this building.


Papan maklumatnya menunjukkan arah ke makam Sultan-sultan kerajaan Demak.
Its information boards points the way to the tombs of the Sultans of the Demak kingdom.






Masuk ke dalam dan kelihatanlah banyak makam.
Enter inside and could be seen many tombs.


Yang terdapat bukan sekadar makam-makam Sultan malah kaum keluarga dan mereka yang ada kaitan.
What is available are not just the tombs of Sultans but their family members and those who are related.








Paling terserlah adalah 3 buah makam ini.
The most outstanding are these 3 tombs. 

Di kanan adalah makam Raden Fattah, pengasas kerajaan Demak.
To the right is tomb of Raden Fattah, founder of the kingdom of Demak.


Di tengah, makam Raden Pati Unus, anak Raden Fattah yang menjadi Sultan kedua Demak.
In the middle, the tomb of Raden Pati Unus, son of Raden Fattah who became the second Sultan of Demak.


Di kiri adalah makam Dewi Murthosimah, permaisuri Raden Fattah.
To the left is the tomb of Dewi Murthosimah, queen to Raden Fattah.




Wednesday, June 27, 2012

Masjid Agung (Great mosque of) Demak



Perjalanan seterusnya membawa kami ke Masjid Agung Demak.
The trip next brought us to Masjid Agung (great mosque of) Demak.


Setelah 20 jam berjalan terus menerus menziarahi 5 makam Wali Songo dan beberapa tempat lain baru kami berehat di sini pagi Jumaat.
After 20 hours travelling continously visiting tombs of 5 of the Wali Songo (nine saints of Jawa) and a number of other places it was here only that we rest Friday morning.


Dibina pertengahan abad ke 15 Masihi, Masjid Agung Demak disebut sebagai  antara masjid terawal di Pulau Jawa. Ia juga dikatakan masjid paling tua yang masih  berdiri bangunan asalnya di seluruh Asia Tenggara.
Built in the middle of the 15th century, Masjid Agung Demak is said to be among the oldest mosque in the island of Jawa. It is also said to be the oldest mosque which still has its original building intact in the whole of South East Asia.


Cerita rasmi menyebut ia dibina oleh Raden Fatah, Sultan pertama kerajaan Demak.
The official story says it was built by Raden Fateh, the first Sultan of the kingdom of Demak.


Namun cerita popular menyebut masjid ini disiapkan dalam satu malam oleh para Wali Songo.
But popular story says this mosque was completed in one night by the Wali Songo (nine saints of Jawa).


Empat orang Wali Songo bertanggungjawab mendirikan 4 tiang utama...
Four of the Wali Songo were responsible for erecting its four main pillars...








Sekarang mari kita lihat mihrab dan sekitarnya.
Now let us have a look at the front-most section and its surrounding.
















Makam (Tomb of) Sunan Kalijaga

Bersambung dari Makam (Tomb of) Sunan Kudus.
Continued from Makam (Tomb of) Sunan Kudus.


Makam Wali Songo yang diziarahi seterusnya terletak di Kadilangu, Demak.
The next tomb of Wali Songo (the nine saints of Jawa) is situated in Kadilangu, Demak.






Ia adalah milik Sunan Kalijaga, Beliau dikatakan Wali Songo paling disanjungi masyarakat Jawa.
It belongs to Sunan Kalijaga. He is said to be the most highly praised (member of) Wali Songo by the Jawa community.




Ini kerana Wali Songo lain semuanya dikatakan pendatang atau keturunan dari Arab.
This is because all the other Wali Songo are said to be migrators or descended from Arab.




Tetapi Sunan Kalijaga yang nama sebenarnya adalah Raden Mas Said dikatakan anakanda kepada seorang pembesar tempatan berketurunan Jawa.
But Sunan Kalijaga whose real name is Raden Mas Said is said to be the son of a local official of Javanese descent.