-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Monday, October 05, 2015

Makam (Tomb of) Sultan Mansur Shah Melaka?

Assalamualaikum. Merujuk pada artikel Masjid (Mosque of) Al-Hasanah, Sungai Rambai, Melaka yang dibuat hampir 5 bulan lalu. Selepas mengambil gambar masjid itu saya ada memgambil gambar sebuah makam lama. Ini ceritanya...
Peace be upon you. Referring to the article Masjid (Mosque of) Al-Hasanah, Sungai Rambai, Melaka made almost 5 months ago.  After taking pictures of the mosque I took pictures of an old tomb.


Semasa itu, Ahad 17 Mei 2015 saya dan keluarga sedang bergerak daripada Muar ke Lembah Klang lalu singgah di Sungai Rambai sekitar jam 5.50 petang. Sampai di bandar raya Melaka tergerak untuk singgah di Bukit Senjuang lalu mencari sebuah makam lama yang katanya terdapat di lereng bukit...
At the time, Sunday 17th May 2015 me and family were travelling from Muar to the Klang Valley and thus stopped by at Sungai Rambai around 5.50 in the afternoon. Upon reaching the city of Melaka felt moved to make a stop at Bukit (hill of Senjuang) to look for an old tomb said to exist at the hillside...


Saya telah sampai ke bukit ini beberapa kali tetapi untuk melihat  kota di puncak. Lihat artikel Bukit (Hill of) Senjuang, Melaka. yang ditulis 2008. Tahun 2015 baru tergerak untuk mencari makam. Sedangkan kewujudannya telah diberitahu kepada saya sejak setahun dua.
I have been to this hill a number of times but only to look at the fort on the summit. Look at the article Bukit (Hill of) Senjuang, Melaka which was written in 2008.. It was only on in the year 2015 that I felt moved to look for the tomb. Whereas its existence was told to me a year or two ago.


Saya mencari seorang diri dalam kemalapan hampir senja cuma berpandukan ingatan terhadap gambar-gambar yang pernah dilihat dalam Facebook. Isteri dan anak menunggu dalam kereta di kaki bukit. Menurut maklumat FB makam dipercayai milik Sultan Mansur Shah, pemerintah paling cemerlang dalam sejarah Kesultanan Melaka. Berdasarkan ingatan tersebut ini kelihatan seperti makam yang dicari.
I went looking alone under dim lighting close to dusk guided just by memory of pictures which were seen in Facebook. The wife and kids were waiting inside the car at the foothill. According to FB information the tomb is believed to belong to Sultan Mansur Shah,, the most illustrious ruler in the history of the Sultanate of Melaka.  Based on the said memory this looks like the tomb I was looking for.


Yang pasti ia adalah makam paling besar dan terserlah dapat ditemui di lereng Bukit Senjuang. Saya telah meninjau-ninjau di sekeliling untuk memastikan ini.
What is sure this is the biggest and most outstanding tomb which could be found at the hillside of Bukit Senjuang. I have surveyed the area around to make sure of this.


Namun saya risau juga jika tersilap makam, Fikir saya nanti akan merujuk pada gambar yang dilihat di FB setelah sampai ke rumah.
Still I was worried that it could be the wrong tomb. So I thought I would refer to the pictures seen in FB after reaching home.


Entah kenapa saya boleh terlupa. Baru 3 jam tadi teringat kembali... apabila seorang kawan FB tag saya dengan sekumpulan gambar yang diambil orang lain yang menyebutnya sebagai gambar makam Sultan Mansur Shah.
Don't know why I then forgot.. It was just 3 hours ago that I remembered back... after an FB friend tagged me to a group pictures taken by another person who mentioned it as pictures of the tomb of Sultan Mansur Shah.


Melihat gambar-gambar tersebut saya pun mencari gambar-gambar yang diambil sendiri di lereng Bukit Senjuang untuk membuat perbandingan. Jumpa dalam fail bulan Mei 2015. Ternyata ia menunjukkan makam yang sama. Itu yang menyebabkan saya membuat artikel baru ini. Kelihatan dalam gambar atas makam-makam lain milik orang Islam di kaki bukit...
Looking at the said pictures I then went looking for pictures taken myself at the hillside of Bukit Senjuang to make comparison.  Found it in the file for month of  May 2015. Obviously it shows the same tomb. That is why I made this new article. Seen in the pictures are other tombs belonging to Muslim at the foothill...