-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Saturday, December 25, 2010

Tempat-tempat yang dilawati di (Places visited in) Singapura

Dengan wujudnya beberapa buah artikel baru tentang tempat-tempat yang dilawati di Singapura dapatlah satu koleksi links diketengahkan untuk diletakkan di bahagian bawah blogspot. Inilah linksnya...
With the existence of a number of new articles made about places visited in Singapura then a collection of links could be highlighted to be placed at the lower section of the blogspot. Here are the links...


Masjid (Mosques)


1. Masjid (Mosque of) Sultan, Kampung Gelam

2. Masjid (Mosque of) Temenggung, Teluk Belanga

3. Masjid (Mosque of) Ba'Alawi, Singapura

4. Masjid Melayu Sembawang (Malay mosque of Sembawang)

5. Masjid (Mosque of) Darul Makmur, Yishun


Makam (Tombs)


1. Makam (Tomb of) Iskandar Syah

2. Makam (Tomb of) Radin Mas Ayu

3. Makam diraja (Royal tomb complex) of Johor, Teluk Belanga, Singapura

4. Makam (Tomb of) Habib Nuh


Kota, istana dan lain-lain (Forts, palaces and others)


1. Tapak kajipurba (Archeological dig), Bukit Singapura


Friday, December 24, 2010

Masjid (Mosque of) Ba'Alawi, Singapura

Bersambung dari Makam (Tomb of) Iskandar Syah.
Continued from Makam (Tomb of) Iskandar Syah.


Tempat terakhir dilawati dalam lawatan terbaru saya ke Singapura adalah Masjid Ba'Alawi di Lewis Road.
The last place visited in my latest trip to Singapura was the mosque of Ba'Alawi at Lewis Road.


Dinamakan sempena keluarga Ba'Alawi yang merupakan keturunan Nabi Muhammad SAW yang banyak beranak-pinak di Hadramaut, Yemen iaitu di penghujung Semenanjung Arab ia boleh dikatakan masjid paling terkenal di Singapura selepas Masjid Sultan.
Named after the Ba'Alawi family who are descendants of Prophet Muhammad SAW who thrived and spread in Hadramaut, Yemen which is at the end of the Arab peninsular it could be said to be the most famous mosque in Singapura.



Keluarga Ba'Alawi diketahui banyak berhijrah lalu bertebaran ke serata dunia termasuk ke Singapura. Masjid ini menjadi satu pusat buat mereka.
The Ba'Alawi family are known to have migrated and spread all over the world including to Singapura. This mosque becomes a centre for them.


Masjid ini juga sering dikunjungi orang Islam lain yang mahu mengambil berkat dari anak cucu keturunan Nabi.
This mosque is also often visited by other Muslims who want to take blessings from the descendants of the Prophet.



Dewan utama solat.
Main praying hall.











Mihrab.
Front-most section.






Masjid ini turut memaparkan beberapa barangan berkaitan sejarah Islam.
This mosque also features a number of items related to the history of Islam.




Difahamkan sesetengah barangan memang dibawa dari Tanah Arab untuk memberikan rasa nostalgia kepada mereka yang berketurunan dari sana.
It is understood some of the items were indeed brought from the Arab lands to give a feeling of nostalgia for those who are descended from there.


Makam (Tomb of) Iskandar Syah

Bersambung dari Tapak kajipurba (Archeological dig), Bukit Singapura.
Continued from Tapak kajipurba (Archeological dig), Bukit Singapura.

Sekitar 50 meter sahaja dari tapak arkeologi terdapat pondok ini...

Just about 50 metres from the archeological dig there lies this hut...


Tersebut di sini letaknya Keramat Iskandar Syah.
Said here that this is where lies the Keramat (shrine of) Iskandar Syah.


Dipercayai di sini dimakamkan seorang Sultan Singapura lama yang dikenali sebagai Iskandar Syah.
It is believed that here is buried the remains of a old Singapura Sultan known as Iskandar Syah.






Menariknya catatan pada lantai hadapan menyebut inilah Iskandar Syah yang meninggalkan Singapura penghujung abad ke 14 Masihi. Ia turut menyebut inilah dia orang yang dikenali sebagai Parameswara yang kemudian membuka kerajaan Melaka.
Interestingly the note at the front floor says this is the Iskandar Syah who left Singapura at the end of the 14th century AD. It also says this is the person who was known as Parameswara who then opened up the kingdom of Melaka.


Tapak kajipurba (Archeological dig), Bukit Singapura

Kami juga ada menaiki Bukit Singapura yang kini lebih dikenali sebagai bukit Fort Canning, sempena nama sebuah kota pertahanan yang dibina penjajah British di atasnya. Di lereng bukit ada satu tinggalan dari zaman purba.
We also went up Bukit (hill of) Singapura which is now better known as the hill of Fort Canning, in commemoration of the name of a defence fort erected by the colonialist British on top. At a side of the hill there lies a remain from ancient times.


Bukit ini memang diketahui pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu Singapura abad ke 14 Masihi. Namun ada usaha pihak tertentu untuk menyatakan sejarah lama yang ada semata-mata dari sudut pandangan kaum Cina yang kini mendominasi pulau ini.
This hill is already known as the centre of rule for the Malay kingdom of Singapura in the 14th century AD. Still there are efforts by certain parties to potray its old history exclusively from the angle and views of the Chinese race which now dominate this island.



Sedikit peninggalan yang berjaya dibongkar menjadi bukti kewujudan kerajaan lama.
The little bits of remains succesfully unearthed become evidence of the existence of an old kingdom.


Soalnya bagaimana apa yang ada mahu diceritakan kepada ramai. Bagi orang Melayu kewujudan kerajaan lama Singapura adalah bukti ketamadunan Melayu yang tinggi. Bagi mereka yang mahu menghilangkan peranan Melayu, mereka tidak dapat menafikan akan kewujudan kerajaan Melayu tetapi boleh memperkecilkannya sebagai salah satu bandar pelabuhan yang kononnya berada di bawah pengaruh maharaja China...
The question is how to tell the story about what is available to the masses. For the Malay people the existence of an old Singapura kingdom is a proof of Malay high civilisation. For those who want to obscure the role of the Malays, they could not defy the existence of a Malay kingdom but could downgrade it as one of the harbour port cities allegedly under the influence of the emperor of China.


Masjid Melayu Sembawang (Malay mosque of Sembawang)

Bersambung cerita tentang tempat-tempat terbaru dilawati di Singapura. Mari...
Continuing the stories on latest places visited in Singapura. Come...


Masjid seterusnya yang diziarahi adalah masjid penempatan Melayu di Sembawang.

The mosque next visited is the Malay settlement mosque in Sembawang.


Masjidnya kecil comel lagi kelihatan menarik.
The mosque is small and cute and looks interesting.



Mari lihat lebih dekat.
Let us have a closer look.


Serambi tepi.
Side verandah.



Serambi belakang.
Back verandah.




Dewan solat.
Praying hall.





Mihrab dan mimbar.
The front-most section and pulpit.




Pandangan ke luar kiri. Untuk makluman ini adalah artikel ke 484 di blogspot ini.
A look outside to the left. For information this is the 484th article in this blogspot.


Thursday, December 23, 2010

Masjid (Mosque of) Darul Makmur, Yishun

OK. Saya sudah memulakan satu siri kecil di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tentang perjalanan ke Singapura menaiki keretapi yang dibuat lebih sebulan lalu. Biar disiarkan beberapa tempat yang dilawati untuk blogspot ini.
OK. I have just started a small series in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH about a trip made to Singapura by train over a month ago. Let a number of places visited be featured in this blogspot.

Salah satu tempat yang dilawati adalah Masjid Darul Makmur di Yishun.

One of the places visited was the mosque of Darul Makmur at Yishun.

Ia adalah salah satu dari berpuluh masjid yang wujud di republik Singapura.
It is one of the tens of mosques in existence at the republic of Singapura.






Mari lihat lebih dekat.
Let us have a closer look.



Hmm. Nampaknya ada sesuatu sedang berlaku sehingga serambi dalam dipisahkan dengan kain.
Hmm. It looked like something was happening as the inner verandah was segregated with clothes.




Dewan utama solat.
Main prayer hall.




Mihrab.
Front-most section.





Masjid dilihat dari atas bukit berdekatan. Masjid ini sendiri terletak di lereng bukit itu...
The mosque seen from on top a nearby hill. The mosque itself is situated at the side of the hill...