-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Wednesday, September 08, 2010

Makam (Tomb of) Merah Pupok

Assalamualaikum semua. Sementara bulan Ramadhan masih tinggal sehari dua ini biar dipersembahkan artikel terakhir di sini untuk perjalanan ke Aceh penghujung Januari 2010.
Peace be upon you all. While the month of Ramadhan still has a day or two to go let the last article here on the trip to Aceh end of January 2010 be presented.

Pada hari terakhir berada di Aceh saya sempat menziarahi makam Merah (juga dieja Meurah) Pupok, anakanda kepada Sultan Iskandar Muda (memerintah Aceh 1607-1636).

On the last day in Aceh I had the time to visit the tomb of Merah (also spelt as Meurah) Pupok, son to Sultan Iskandar Muda (ruled Aceh 1607-1636).


Mengikut ceritanya, baginda adalah putera mahkota yang bakal menggantikan ayahandanya di atas takhta Aceh. Tetapi baginda dikatakan berzina dengan isteri orang lalu dijatuhkan hukuman rejam sampai mati oleh ayahandanya sendiri.
According to the stories, his majesty was the crown prince slated to replace his father on the throne of Aceh. But he was said to have committed adultery with someone's wife and thus was sentenced to death through stoning by his own father.

Turut terdapat berdekatan adalah dua lagi makam dengan batu nesan Aceh. Makam-makam ini dikelilingi kubur-kubur askar Belanda yang mati ketika menyerang Aceh tahun 1870an Masihi. Biar saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca yang beragama Islam. :]
Also available nearby are two more tombs using Aceh tombstones. These tombs are surrounded by the graves of Dutch soldiers who died while attacking Aceh in the year 1870an AD. Let me take this opportunity to say Selamat Hari Raya Aidilfitri (happy celebrating the Eid) to all readers who are Muslims. :]

Sunday, September 05, 2010

Masjid jamek (Main mosque of) Lurah Bilut, Pahang

Kita pergi ke Pahang sebentar...
We go to Pahang for a while...


Pada suatu hari saya singgah di Lurah Bilut lalu terlihat masjid jameknya...

One day I made a stop at Lurah Bilut and saw its main mosque...


Saya fikir apa salahnya jika masjid ini dipaparkan di blogspot ini.
I thought what is wrong if this mosque is featured in this blogspot.

Rekabentuknya boleh tahan jadi biar dipaparkan tanpa apa-apa lagi komen ya...
Its design is not bad so let it be featured without any more comment ya...