Assalamualaikum semua! Sekarang, biar saya bawa anda semua ke Kuala Berang, dalam daerah Hulu Terengganu pula. Mari! :]
Peace be upon you all! Now, let me bring all of you to Kuala Berang, in the district of Hulu Terengganu (that is upriver Terengganu). Come! :]
Tidak jauh daripada bandar Kuala Berang iaitu di sekitar Kampung Buluh terdapat bangunan memorial ini...
Not far from the town of Kuala Berang, that is around the village of Kampung Buluh there exist this memorial building...
Ia dibina berhampiran tempat di mana sebuah artifak bersejarah yang sangat terkenal iaitu Batu Bersurat Terengganu ditemui lebih 100 tahun lalu!
It was built nearby the site where a very famous historical artifact known as the Terengganu inscribed stone was found more than 100 years ago!
Adapun kata-kata pada Batu Bersurat Terengganu itu sendiri dipercayai ditulis sekitar tahun 1303 Masihi!
As it is, the words potrayed on the Terengganu inscribed stone itself is believed to have been written some time in the year 1303 AD!
Batu asalnya kini berada di muzium negeri Terengganu di Kuala Terengganu... Yang terdapat di sini adalah sebuah replika dengan saiz sebenar...
The original stone is currently kept at the Terengganu state museum in Kuala Terengganu... What is available here is a replica of actual size...
Pada batu itu terdapat kata-kata dalam tulisan Jawi menggunakan bahasa Melayu kuno. Pada satu mukanya tersebut bahawa undang-undang Rasulullullah SAW telah mula diisytiharkan di Terengganu oleh seorang pemerintah tertentu pada hari Jumaat bulan Rejab... Setelah baginda Rasullullah SAW "lalu" 702...
On the stone are inscribed words in Jawi writings using an ancient form of Malay language. On one of the faces it is said that the laws of Rasulullah SAW (prophet Muhammad) was first announced in Terengganu by a certain ruler on Friday, in the Islamic month of Rejab... After the venerable Rasullah SAW "passed" 702...
Lalu para pengkaji menafsirkan ini sebagai bukti Batu Bersurat Terengganu itu ditulis pada tahun 702 Hijrah... Dan ini dikatakan bersamaan tahun 1303 Masihi...
So researchers interprete this as the pro0f that the Terengganu inscribed stone was written in the year 702 Hijiriah... And this is said to be equivalent to the year 1303 AD...
Turut tercatat adalah undang-undang yang melibatkan hubungan masyarakat... Ada juga diceritakan tentang hukuman yang patut dibuat pada orang yang berzina...
Also inscribed are the laws regarding relationships within the community... It also describes the type of punishment to be meted for those guilty of committing fornication...
Walaupun catatan yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu ini agak terhad kerana saiz muka batu itu sendiri tidak sebesar mana-mana, huraian bentuk-bentuk hukuman yang diberi ternyata agak terperinci juga...
Although the writings on the Terengganu inscribed stone are rather limited as the size of the faces of the stone is not that big, the descriptions regarding the form of punishments to be meted out is portrayed rather detailed...
Perincian dibuat berdasarkan status orang yang berbuat salah... Misalnya sudah berkahwin ataupun tidak...
The details are made based on the status of the person found guilty... For example if he or she is married or not...
Apapun, ia menunjukkan undang-undang Islam telah diguna-pakai secara rasmi pada zaman itu... Maka itu ia menjadi bukti Terengganu sudah menerima agama Islam sejak lebih 700 tahun dahulu, Sekian! :]
Whatever it shows that Islamic laws have been officially used and applied during that period... And thus it became a proof that Terengganu have accepted the religion of Islam since more than 700 years ago. That's all! :]