-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, June 27, 2014

Masjid jamek (Main mosque of) Kuala Tahan



Dari Pulau Tawar saya bergerak lebih 70 km ke Kuala Tahan lalu singgah di masjid ini.
From Pulau Tawar I moved more than 70 km to Kuala Tahan and stopped by this mosque.





Ia adalah masjid jamek di sini...
It is the main mosque here...











Makam lama di Pulau Tawar (Old tomb at Pulau Tawar)



Sekitar 1.5 km ke timur masjid terdapat makam lama ini.
Around 1.5 km to the east of the mosque lies this old tomb.


Sebenarnya ada 3 buah makam ditandakan 3 pasang batu nesan. Tetapi batu nesan diletakkan begitu rapat seolah-olah milik satu makam.
Actually there are 3 tombs marked by 3 pairs of tombstones. But the tombstones are positioned so close that it looks like belonging to one tomb.


Saya tidak tahu ia milik siapa.
I don't know who it belongs to.


Ada penduduk tempat percaya ini adalah makam 3 adik-beradik. Ada yang kata mereka adalah pendakwah awal Islam.
There are locals who believe these are the tombs of 3 siblings. There are those who said they were early Muslim missionaries.


Rumah di hadapan masjid lama Pulau Tawar (House in front of the old mosque of Pulau Tawar)

Salam. Selamat hari Jumaat. Dipaparkan lagi tempat-tempat yang disinggahi dalam satu perjalanan hujung minggu lepas. Bersambung dari Masjid lama (Old mosque of) Pulau Tawar.
Peace be upon you all. Have a safe Friday. Potrayed again are places visited in a trip made last weekend. Continuing from Masjid lama (Old mosque of) Pulau Tawar.


Di hadapan masjid terdapat rumah ini...
In front of the mosque there exists this house...












Nampaknya ia rumah lama yang telah diberi bumbung baru.
Looks like it is an old house which has been given a new roof.



Tuesday, June 24, 2014

Masjid lama (Old mosque of) Pulau Tawar



Tidak jauh dari makam terdapat bangunan masjid ini.
Not far from the tomb there lies this mosque building.


Ia adalah masjid lama Pulau Tawar tetapi sudah dijadikan sebuah madrasah.
It is the old mosque of Pulau Tawar but now has been turned into a madrasah (religious school).





Lima tahun lalu saya telah menulis artikel bertajuk Masjid jamek (main mosque of) Pulau Tawar, Pahang merujuk pada sebuah masjid lain yang terletak lebih dekat dengan makam. Lalu saya menyebut masjid itu mungkin tempat Mat Kilau menimba ilmu, membentuk keperibadian pahlawan dan merancang strategi melawan penjajah Inggeris.
Five years ago I've written an article titled Masjid jamek (main mosque of) Pulau Tawar, Pahang referring to a different mosque which is situated nearer to the tomb. Thus I mentioned that the mosque might be the place where Mat Kilau took in knowledge, formed the personality of a warrior and planned strategies to fight the English colonialists.


Kemudian baru saya dapat tahu Mat Kilau berbuat semua itu di masjid ini yang lebih tua.
Later only did I found out Mat Kilau did all that in this mosque which is older.





Dan di masjid inilah Mat Kilau mendedahkan identiti sebenar beliau selepas lama dikatakan mati. Rekod Inggeris menyebut beliau mati akibat luka teruk diserang angkatan Inggeris 1895. Sedangkan Mat Kilau masih hidup lalu berhijrah dari tempat ke tempat memakai pelbagai nama samaran sehinggalah membuat pendedahan 1969 lalu meninggal dunia 1970.
And it was at this mosque that Mat Kilau revealed his true identity after long being being said as having died. English records mentioned him as dying due to serious injuries after being attacked by English forces 1895. While Mat Kilau actually was still alive migrating from place to place using a variety of assumed names until the revelation was made 1969 and he passed away 1970.

Rupa baru makam Mat Kilau (New look of Mat Kilau's tomb)

Sedikit cerita dari perjalanan ke Jerantut, Pahang hujung minggu baru ini...
A bit of story from a trip to Jerantut, Pahang the recent weekend...


Pada tahun 2009 saya ada membuat artikel bertajuk Makam (tomb of) Mat Kilau... menunjukkan tempat bersemadinya jasad seorang pejuang Melayu Pahang abad ke-19 yang sangat terkenal. Sabtu baru ini kami dan keluarga pergi ke sana lagi lalu melihat beberapa perubahan.
In the year 2009 I've made an article titled  Makam (tomb of) Mat Kilau... showing the place of rest of the body of a 19th century Pahang Malay fighter who was very famous. On the recent Saturday we and family went there again and saw some changes.


Laluan pejalan kaki ke sana telah diletakkan jubin.
The walking path towards there has been tiled.








Makam Mat Kilau pula telah dihias kepuk berserta nesan baru.
The tomb of Mat Kilau in turn has been adorned with a box and new tombstones.