Lihat gambar ini. Kelihatan masjid ini rupanya jauh lebih buruk berbanding dalam gambar lepas di Masjid lama misteri (The mysterious old mosque).
Look at this picture. It seems the mosque is in much more bad shape compared to in the last picture in Masjid lama misteri (The mysterious old mosque).
Dalam pada itu, terfikir dalam hati, mengapa ia nampak begitu buruk berbanding dalam lawatan yang lepas? Mungkin kerana kali ini ia dilihat dalam hari yang lebih terang? Hari yang akan menerangkan dengan lebih tepat akan sejarah sebenar masjid ini?
At the same time, there occured in my heart, why does it look so bad compared to in the last visit? Maybe because this time, it is seen on brighter day? A day which will show a more accurate picture of the history of the mosque?
Apabila diteliti lebih dekat, kelihatan pula notis ini terpampang di pintu masjid. Notis ini memberitahu sebuah ceramah agama akan (pada masa itu ia akan datang le...) diadakan pada hari Jumaat 26 September 1997 di surau Kampung Tersusun, Teluk Memali. Terus saya terfikir apakah bangunan penuh misteri yang selama ini saya anggap sebagai sebuah masjid lama sebenarnya cuma sekadar sebuah surau sahaja. Maka perkiraan saya tentang sejarah tempat sebelum ini adalah salah belaka? Lihat pada Petunjuk kewujudan bandar Melayu lama (Clue to the existence of an old Malay town...untuk memahami maksud saya...
When looked closer, one can see this notice at the door of the mosque. The notice said that a religious lecture will (at the time of course it will...) be held on Friday, 26th September at the surau (small praying hall) at Kampung Tersusun, Teluk Memali. At once I thought, is this mysterious building which I always consider as an old mosque is actually just a surau? And so all the ideas I had about the history of this area is all wrong? Do refer to Petunjuk kewujudan bandar Melayu lama (Clue to the existence of an old Malay town...for what I meant...
Kemudian apabila difikirkan balik, mungkin juga surau yang dimaksudkan adalah di tempat lain, bukan di sini?
Then when I think again, maybe the surau meant is at another place, not here?
Maksud saya, papan-tanda ini memang menyebut nama kawasan ini sebagai Kampung Teluk Memali dan itulah yang disebut penduduk kampung lain terdekat sebagai nama tempat ini. Notis dalam gambar sebelum ini pula menyebut ceramah itu diadakan di Kampung Tersusun, Teluk Memali.
I mean the signboard here did say this is Kampung Teluk Memali and that's what the locals from the nearest populated area said is the name of the place. The notice in the previous picture on the other hand did say the lecture was to be conducted at Kampung Tersusun, Teluk Memali.
Ah... Betullah itu. Kenapa pula perlu meletakkan notis sebegitu kalau betul ceramah memang ingin diadakan di sini. Cukuplah sekadar menyebut ceramah akan diadakan di masjid ini ya tak? Kenapa perlu disebut di surau Kampung Tersusun? Bermakna telahan awal saya bahawa bangunan ini adalah sebuah masjid lama memang boleh dipakai!
Ah... That's right. Why put up such a notice if the lecture was to be held here. Enough just saying a lecture is to be held at this mosque isn't it? Why need to mention the lecture was to be held at the surau of Kampung Tersusun? This means my early argument that this building is an old mosque does hold water!
Yes, of course... Just look at the intricate design. The building might be badly out of shape... And it is not so big as to be considered so grand by some. But the remnants of its old grandeur can still be felt by those sensitive enough to see!
Tengok... Cuba rasakan aura di sebalik ukiran ayat Quran ini!
Look... Try to feel the aura behind this carving of Quranic verses!
Lihat lagi... Apakah rekabentuk sebegini indah layak dipakai jika ia sekadar surau biasa?
Look again... Does such a beautiful and intricate design deserves to be used on just a small praying hall?
Tidak! Ini adalah rekabentuk sebuah masjid lama yang mempunyai kaitan rapat dengan keluarga diraja! Lagipun, seperti disebut dalam Petunjuk kewujudan bandar Melayu lama (Clue to the existence of an old Malay town...., memang terdapat makam seorang Sultan Perak tidak jauh daripada situ. Ini menandakan bahawa masjid ini atau tapak masjid (mungkin masjid lama yang dilihat ini dibina atas bekas tinggalan masjid yang lebih lama) ini pernah menjadi pusat utama aktiviti agama Perak suatu masa dahulu!
No! This is the kind of design for an old mosque associated with royalty! Furthermore, as shown in Petunjuk kewujudan bandar Melayu lama (Clue to the existence of an old Malay town..., there does exist the tomb of a Sultan of Perak not far from there. This is a sign that the mosque or the site (maybe this old mosque seen here was built on top of the remnants of an older mosque) was the main place of religious activities in Perak once upon a time!
Lihat... Gambar inipun mengiyakan telahan saya. Panahan cahaya yang kelihatan seperti gambaran dalam filem fiksyen Star Trek bukan ditambah malah terjadi dengan sendirinya. Cukuplah cerita tentang masjid ini ya! Saya perlu bersedia untuk solat Jumaat di Sungai Petani!
Look... Even this picture agrees with me. The streak of light seen like something out of an episode of Star Trek was not added or edited but somehow appeared on its own. Enough telling story about this mosque ya! I have to get ready for Friday prayers at Sungai Petani!
15 comments:
A'kum,
saya setuju dgn telahan Masjid Lama tu, kalau tidak, masakan ayat Surah Jumaat ada pada pintunya..
Baru bertatih
Kuala Terengganu
Assalamu'alaikum.
Saya pernah ke masjid ini kira-kira pada Ogos 2006. Kewujudannya telah saya ketahui melalui adik saya yang telah menemuinya terlebih dahulu. Kami adik-beradik memang meminati sejarah dan seni bina Melayu lama. Saya juga telah sekali lagi melawat masjid ini an makam-makam berhampirannya bersama seorang sahabat yang banyak sejarah Perak di awal bulan ini.
Saya sememangnya yakin ia sebuah masjid.
1. Berdasarkan rekabentuk yang sedemikian indah dan hebat.
2. Seni Khat dengan ayat Surah al-Juma'ah pada pintunya itu.
Semasa tinjauan ke masjid itu tahun lalu, kami telah masuk ke ruang dalamnya. Maka, apa yang saya temui ialah beberapa perkara yang sangat melonjakkan perasaan puas dan gembira saya.
Apa dia?
Jeng.. jeng.. jeng...
Pada ruang solatnya terdapat sebuah mimbar. Saya rasa abang tak masuk ke dalam masjid tu. Sebab tu tak jumpa jawapannya. He..he..he
Masa tu saya memang tak berani nak masuk. Maklumlah, bangunan tu sebuah masjid yang dah lama ditinggalkan. Macam-macam terbayang difikiran. Namun, perasaan ingin tahu saya mengatasi perasaan takut dan bimbang. Kebetulan, saya datang berdua, kalau sorang mungkin tak berani.
Apa yang saya temui ialah sebuah mimbar kayu dengan reka bentuk Nusantara. Mempunyai bumbung atap tumpang serta ukiran sulur bayung serta di hujungnya serta ukiran seni khat. Yang lebih menarik lagi ialah pada salah satu panel terdapat tandatangan nama pembuatnya yang turut di ukir beserta tahun. Namanya Megat Ja'afar dalam tulisan jawi. Namun, saya tidak ingat tarikhnya, ketika komen ini saya tulis, saya cuba mencari gambarnya dalam komputer saya di pejabat. Namun tidak dapat dikesan mungkin gambar-gambar kunjungan tersebut telah hilang bersama rosaknya cakera keras (hard disk) komputer peribadi saya. Saya tidak mengambil gambar masjid tersebut ketika kunjungan terbaru. Namun demikian, umur mimbar tersebut, mungkin termasuk juga masjid tersebut seingat saya berdasarkan kiraan saya ketika itu sudah melebihi 120 tahun.
Ketika terlihat ukiran nama yang terukir pada mimbar tersebut perasaan saya bercampur baur antara gembira dan bangga. Bagi saya, ia suatu penemuan yang hebat. Saya telah memasukkan Megat Ja'afar dalam senarai seniman Melayu yang saya tahu. Lantas hampir menitiskan air mata memikirkan tentang orang-orang dahulu yang tidak saya kenali. Lantas ketika itu, secara spontan kami adik-beradik menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada roh beliau.
Bangunan lama tersebut memang sebuah masjid. Reka bentuk ruang dalamnya hampir sama dengan Masjid Kampung Pulau Besar tidak jauh dari situ. Dokumen-dokumen yang dapat ditemui dalam ruang solat tersebut turut mencatatkan ia sebagai sebuah masjid.
Saya berpandangan bahawa masjid tersebut baru sahaja di tinggalkan. Sekiranya kertas iklan ceramah agama yang ditampal dipintunya diambil kira. Sekurang-kurangnya masjid tersebut masih digunakan sehingga tarikh tersebut, 1997. Mengapa ia ditinggalkan? Saya ada jawapan tersendiri.
1. Saya pasti Abang Radzi sampai ke masjid ini melalui jalan masuk Kampung Pulau Besar. Melalui jalan tersebut kita akan menemui Makam Raja Ahmad, Makam Sultan Mahmud (kalau tak salah), Kubur J.W.W Birch dan akhirnya Makam Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang paling hampir dengan masjid tersebut. Saya tidak pasti samada Abang Radzi meneruskan perjalanan lagi selepas menjumpai masjid itu. Sekiranya berjalan terus, akan sampai ke perkampungan baru yang bernama Kampung Tersusun Teluk Memali. Surau yang dimaksudkan pada iklan ceramah agama pada pintu masjid lama tadi terletak di sini. Ketika saya mula-mula sampai ke masjid lama tersebut, saya melalui Kampung Tersusun tersebut.
2. Sepanjang perjalanan ke masjid tersebut dari Kampung Pulau Besar terutamanya selepas dari Kubur J.W.W Birch, kita akan menemui banyak rumah-rumah kampung yang turut ditinggalkan. Jalan bertar di situ juga telah terhakis ke dalam sungai dan kita terpaksa melalui lencongan yang dibuat dalam kebun kelapa sawit. Andaian saya, salah satu sebab utama kawasan tersebut ditinggalkan adalah kerana hakisan tanah yang berlaku. Kampung Tersusun Teluk Memali itu adalah ganti penempatan yang ditinggalkan disamping pendatang-pendatang baru yang tiba kemudian. Cerita sebenar mungkin terungkap jika sekiranya dapat ditemubual orang-orang lama di situ. Namun, saya belum berkesempatan melakukannya.
3. Pandangan Abang Radzi tentang pernah wujudnya pusat pemerintahan kerajaan Perak di situ dapat dipertahankan. Sekiranya kita melakukan penelitian, kesemua makam Sultan dan Raja Perak ditemui di sebelah kanan mudik sungai Perak. Oleh itu juga secara tradisinya pusat-pusat pemerintahan Perak berada di sebelah kanan sungai sehinggalah tradisi tersebut dipecahkan apabila Kesultanan Perak berada di bawah pengaruh Inggeris dengan berdirinya pusat pemerintahan di Bukit Candan, Kuala Kangsar di sebelah kiri Sungai Perak. Apakah rahsianya? Tidak diketahui.
4. Bandar Baharu itu kalau tak salah saya ketika membaca catatan kempen Inggeris memerangi orang-orang Melayu selepas pembunuhan Birch pernah dijadikan di antara kem tentera-tentera mereka. Kubur Birch di situ mungkin sahaja benar sebagai tanda wujudnya pusat pemerintahan atau kem tentera Inggeris di situ. Selain Birch, 4 orang pegawai tentera mereka juga dikuburkan di situ termasuk 2 orang serdadu. Bahkan Birch yang di bunuh di Pasir Salak itu mayatnya dikatakan ditemui di tebing sungai kawasan kuburannya itu.
Pada saya, masjid tersebut perlu diselamatkan. Pihak bertanggungjawab harus dirujuk untuk membolehkan ia dipindahkan ke tempat lain. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Hanya orang yang faham sejarah dan budaya mampu menghargai. Namun, ramai yang bertanya.. 'Buat apa simpan bangunan lama?'
Zam
Shah Alam
zam_zar@yahoo.com
Hmm...Alhamdulillah ada komen daripada Zam... Komen bernas sebegini amat dialu-alukan...Sila teruskan, banyak ruang di siniuntuk dikongsikan kepada ramai.
Adapun kedua-dua kali saya sampai ke masjid ini adalah melalui Teluk Memali, bukannya Pulau Besar. Saya telah masuk ke dalam masjid tapi nampaknya saya terlepas pandang akan ukiran terperinci di mimbar. Nasib baiklah ada komen daripada adik Zam... Alhamdulillah. Untuk pengetahuan adik, saya tidak dapat memperincikan segalanya kerana konsentrasi saya adalah pada perkara-perkara lain yang melibatkan kedaulatan serta kesinambungan kerajaan-kerajaan Melayu Islam zaman berzaman.
Adik memang mengkaji senibina Islam, maka silalah tambah mana yang kurang ya...
Saya perlu memberi tumpuan kepada banyak hal lain termasuk pengembaraan, penulisan buku serta hal-hal lebih besar yang belum sampai masanya untuk diterangkan kepada umum.
Terima kasih sekali lagi. Wassalam!
assalamualaikum saya ingin meminta pendapat abg, sy student ukm nak buat multimedia presentataion tentang architecture style of mosques in malaysia.nampak mcm abg ada bnyk pengalaman je.boleh kongsikan tak.mungkin abg ada gambar- gambar yang berguna sebagai input kami. email saya:
adrianna11707@yahoo.com
salam, ada banyak lagi ker masjid yang mempunyai design begini di perak ?
kerana masjid depan rumah saya nih di sungai balai, bagan datoh ader design lidah terjulur nih,
sini tempat orang jawa, so ada aper2 connection kerr ?
yang buat masjig nih hj Abdullah asal dari jawa ngan geng2 de yang bina...
ataupon dia sje jerr buat design gitu...
Salaam...
Catatan ini adalah info tambahan yg mana pembicaraan akan menyentuh ttg mimbar masjid tua Teluk Memali.
Terima kasih kpd saudara ZAM yg tlh berkongsi info ttg nama pembuat mimbar iaitu Almarhum Megat Jaafar. Untuk makluman, rekabentuk mimbar yg sama juga terdapat di Masjid Ahmadiah, Kg Kepayang, Ipoh. Nama pembuat/pengukirnya beserta tahun penghasilannya tertera dgn jelas dlm aksara jawi iaitu Megat Jaafar (penemuan ini mengingatkan saya akan info saudara ZAM di ruang ini seterusnya cuba mengaitkan jumpaan tersebut dengan nama pembuatnya). Saya difahamkan bhw Megat Jaafar ini adalah waris teratas Tan Sri Megat Junid bin Megat Ayob (bersusurgalurkan jurai keturunan Megat Terawis). Info ini saya peroleh daripada Tn. Hj. Abas (AJK Masjid Ahmadiah).
7 Ogos 2010 dgn izin Allah, saya hadir ke Masjid Katangka di Gowa (masjid tertua di Sulawesi Selatan). Ia dibina pd tahun 1603. Saya ke sini untuk melihat rekabentuk mimbar dan mihrabnya. Saat terpandang akan mimbarnya, saya terpegun seketika. Apa yg saya lihat di hadapan mata seolah-olah mengingatkan saya akan situasi yang sama yg pernah dilihat sebelumnya. Tapi tak ingat di mana. Lama saya merenung mimbar tersebut sehinggalah imbasan mimbar di Masjid Teluk Memali muncul dlm bayangan.
Apa yg menarik, mimbar masjid Teluk Memali dan Ahmadiah yg mempunyai persamaan dengan Masjid Katangka di Gowa, Sulawesi Selatan turut ditemui persamaannya dengan rekabentuk Masjid Tua Palopo (Pajung Luwuk) yg saya kunjungi keesokan harinya. Masjid ini dibina pd tahun 1604 (beza setahun drpd masjid Katangka). Malah, rekabentuk sayap pada bahagian pintu masuk masjid tua Palopo yg dibina drpd batu ini mirip rekabentuk gerbang hadapan mimbar masjid Katangka yg tertua di Sulawesi serta masjid Teluk Memali dan masjid Ahmadiah di Perak.
Di sini saya tlh memperoleh jawapan bhw rekabentuk mimbar masjid di Teluk Memali dan Masjid Ahmadiah juga masjid lain (masih dalam pencarian) yg mempunyai rekabentuk sedemikian rupa adalah pengaruh dari Tanah Bugis yang dibawa masuk oleh orang Bugis Makassar ke Tanah Melayu. Satu fakta yang tidak boleh dinafikan adalah kepakaran orang Bugis dan Makassar dalam seni ukiran kayu, juga pahatan pada batu. Buktinya dapat dikesan dengan peninggalan khazanah lama yang masih terpelihara. Baik ukiran pada batu nesan, permukaan dinding, pintu dll pd senibina masjid tua dan ragamhias pada mimbar kayu yang dihasilkan penuh kehalusan dan ketelitian.
p/s: Masjid Tua Palopo ini terletak berdekatan dengan Istana Luwu'. Istilah 'pajung' merujuk kepada payung. Simbol payung berwarna kuning ini pula dapat dikesan pada nama-nama Raja yg menaiki Takhta (simbol pemerintahan dalam salasilah Raja Luwu')
Wassalam Harleny. Terimakasih atas komen. Pengaruh Bugis memang kuat di Perak malah mengikut cerita dan ilham yang saya dapat, sistem penggiliran takhta di Perak sebenarnya muncul untuk memberi peluang kerabat diraja Perak dari keturunan Raja Melaka, kerabat diraja Bugis dan kerabat diraja Aceh masing2 memerintah selepas berlaku satu siri peperangan antara kerabat2 ini pertengahan abad ke 18 Masihi. Cerita ini telah digelapkan dengan nasab 3 keturunan dicampur-baurkan sehingga kelihatan datang dari satu susur-galur diraja sahaja. Begitu juga,kita selalu mendengar cerita tentang 5 beradik Daeng Bugis yang berpengaruh di Tanah Melayu. Tetapi menurut satu sumber lain 5 Daeng ini masih orang bawahan berbanding Daeng Selili yang namanya mungkin tidak terkenal seperti 5 Daeng tetapi lebih berpengaruh di Perak.
Tidak menghairankan jika Masjid Ahmadiah di Kampung Kepayang ada pengaruh Bugis kerana keturunan Daeng Selili diketahui ramai beranak-pinak. Yang mungkin tidak diketahui orang langsung adalah Sultan ke 19 Perak, Sultan Abdul Malik Mansur yang makamnya berdekatan masjid lama di Teluk Memali adalah sebenarnya kerabat diraja Bugis yang menaiki takhta Perak menurut perjanjian giliran antara 3 keluarga kerabat. Mungkin ini boleh menerangkan kesamaan pada rekabentuk masjid Teluk Memali?
p/s: Ada jumpa bentuk papan kepala cicak di Sulawesi tak?
Salaam...
Kebetulan sehari sblm membaca komen saudara (di atas), saya sedang memikirkan perkaitan di antara 5 Daeng dengan Daeng Selili. Apakah kedudukan sbnr mereka dlm sistem pemerintahan Luwu'. Saya yakin mereka dari susurgalur yg sangat rapat. Saya juga terfikir mengapa 5 Daeng lebih berpengaruh drpd Daeng Selili sdgkan mereka semuanya termasuklah Daeng Selili adalah putera Raja Luwu'. 5 Daeng ini adalah putera kpd Opu We Tenriborong Daeng Rilekke (anakanda kpd La Maddusila Karaeng Tanete) yg bersuamikan Opu Daeng Kemboja. Daeng Selili pula mengikut catatan Abdul Halim Nasir (1977: 181) adalah putera Raja Bugis yg bernama Upu Tenderi Burong. Wujud persamaan nama ibu kpd 5 Daeng dgn Daeng Selili. Buku Silsilah Melayu dan Bugis susunan Arenawati pula menyebut Daeng Selili adalah putera Pajung Luwu'. Mereka bukan sekadar berasal dr tempat yg sama dan hidup pd waktu yg sama malah turut berkongsi nama ibu yg sama (cuma ejaan shj berbeza antara Tanah Bugis dgn Tanah Semenanjung). Ada pertalian adik-beradikkah sebenarnya 5 Daeng dgn Daeng Selili? Sukar untuk mengetahui kedudukan mereka dlm salasilah Luwu' lantaran nama asal tlh diganti dgn gelaran baru di perantauan.
Gelombang perpindahan org Bugis-Makassar ke pelbagai ceruk rantau berlangsung tatkala Sultan Hasanuddin terpaksa takluk kpd Belanda dgn ditandatangani perjanjian Bongaya. Ratusan bahkan ribuan kepala keluarga meninggalkan Tanah Bugis hanya untuk menghindari pertemuan dengan Belanda. Begitulah juga halnya dgn kesemua Daeng ini yg masing2 mengharungi lautan dan berhasil mendapat kedudukan di perantauan. Daeng Menambun menjadi Raja Muda di Mempawah dengan gelaran Pangeran Emas Surianegara, Daeng Kemasi menjadi Raja Sambas bergelar Pangeran Mangkubumi, Daeng Perani tewas dlm peperangan melawan Raja Kecil di Kedah, Daeng Merewah diangkat menjadi Yamtuan Muda Riau I dan digantikan oleh adindanya Daeng Chelak setelah mangkat (A. Shadiq Kawu, 2007: 7). Begitu juga halnya dgn Daeng Selili yg dilantik sbg mufti per-1 negeri Perak.
Saya turut bersependapat dgn kenyataan bhw kedudukan Daeng Selili lebih berpengaruh. Rasionalnya berdasarkan kenyataan yg dipetik melalui catatan Abdul Halim Nasir:
1. Org2 Bugis yg diketuai Daeng Chelak tidak berani menyerang tempat bersemayam Sultan Muzaffar Syah di Kuala Kangsar apabila mendpt tahu keberadaan Daeng Selili yg ada bersama2 baginda (1977:181) (Kenyataan ini membuktikan Daeng Chelak menaruh penghormatan yg tinggi trhadap Daeng Selili yg pastinya mempunyai kedudukan yg lebih tinggi di Pajung Luwu')
2. Ketika Daeng Selili sampai di Pulau Sembilan, beliau tlh ditentang oleh Nakhoda Hitam. Namun setelah trnampak keris dipakai Daeng Selili, mereka telah berdamai dan menjadi sahabat baik (1977:183). (Sudah pastilah Nakhoda Hitam yg hanya berpangkat Panglima Bugis menghormati Daeng Selili yg berkedudukan lebih tinggi sbg Putera Raja Luwu')
Ttg papan kepala cicak di bucu cucuran atap, tiada satu pun dijumpai sepanjang perjalanan dr Gowa ke Palopo. Berdasarkan siri tinjauan dlm perjalanan yg memakan masa 10 jam (tanpa henti...kalau berhenti2 lg panjang masanya) maka , saya dpt membuat kesimpulan bhw, ciri yg paling dominan di antara rumah adat Bugis dgn rumah tradisional Perak adalah ketinggian rumah (jarak tanah-gelegar), pemasangan tiang dgn teknik pasak dan rumah berdindingkan kelarai (ada persamaan dgn dinding Istana kenangan, Masjid Ihsaniah di Kuala Dal, Kuala Kangsar dan rumah tradisonal yg berdinding tepas/ kelarai).
Namun, kemungkinan ciri2 lain juga terdapat di wilayah yg tidak saya kunjungi kerana tumpuan tinjauan adalah di Sulawesi Selatan. Mungkin terdapat ciri sedemikian di bahagian lain di Sulawesi Tenggara, Sulawesi Utara, Sulawesi Tengah dan Sulawesi Barat yg tidak saya jejaki kerana kekangan masa.
Wassalam Harleny. Memang ada salasilah Bugis termasuk yang dipegang istana Perak menyebut kaitan sangan rapat antara Daeng Selili dengan Daeng ber5. Menurut salasilah yang menyebut mereka semua sebagai berasal dari Luwuk, pertaliannya bermula dengan La Madusalat @ La Madusaleh yang memiliki 3 orang anak lelaki. Yang sulung mewarisi kedudukan sebagai raja bergelar Opu Payung Luwuk, yang tengah Opu Tanderi Buring, itulah yang disebut sebagai bapa Daeng ber5, yang bongsu Opu Daeng Kemasi menjadi ketua orang Bugis di Tanah Jawa.
Opu Payung Luwuk memiliki seorang puteri bernama Ratu Sedinding. Inilah katanya ibu kepada Daeng Selili dan Daeng Hanasah @ Nakhoda Hitam (ya, salasilah ini menyebut mereka adik-beradik). Oleh kerana Ratu Sedinding adalah sepupu kepada Daeng 5, maka Daeng Selili dan Daeng Hanasah berpangkat anak saudara dengan Daeng 5. Tapi disebabkan mereka adalah cucu Opu Pajung Luwuk sedangkan Daeng ber5 adalah anak kepada Opu Tanderi Buring iaitu adik Opu Pajung Luwuk, maka protokol istana menyatakan Daeng Selili dan Daeng Hanasah lebih tinggi tarafnya.
Namun salasilah yang sama menyebut, Daeng Selili dan Daeng Hanasah adalah anakanda Ratu Sedinding dengan Opu Tanderi Buring lalu mereka berdua turut dinyatakan sebagai adik-beradik Daeng ber5. Saya rasa ada kekeliruan di sini kerana mana mungkin Ratu Sedinding berkahwin dengan bapa saudara sendiri yang merupakan adik kepada bapanya kerana mereka semua sudah Islam, haram hukumnya. Lainlah kalau bapa saudara itu adalah sepupu kepada bapanya seperti kes Saiditina Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali yang merupakan sepupu Nabi. Atau mungkin Daeng Selili dan Daeng Hanasah juga pernah dibela Opu Tanderi Buring? Sebab itu timbul kesilapan dalam salasilah yang turut diyakini pihak istana ini?
Namun maklumat yang saya dapati 2 tahun dari kaum kerabat istana Bugis Wajo pula menyebut begini. Daeng Selili bukan berasal dari Luwuk tetapi Wajo. Nama sebenar baginda ialah La Madukelleng dan ini memang nama besar dalam sejarah Bugis kerana berjaya menggabungkan anak-anak raja Bugis yang lain sehingga berjaya mengalahkan Belanda selepas Perjanjian Bungaya. Tetapi disebabkan masih ada anak raja Bugis dapat dipengaruhi Belanda sehingga membelot, baginda akhirnya membawa diri ke Perak. Menurut salasilah besar Wajo berdasarkan apa yang dipanggil Lontara Sukuna Wajo (salasilah ini menyenaraikan setiap anak raja Bugis dari setiap kerajaan di Sulawesi Selatan sejak abad ke 8 Masihi begitu!), nama sebenar Daeng Hanasah @ Nakhoda Hitam adalah Petta To Siangka dan baginda adalah anakanda Daeng Selili! Disebut bahawa semasa Daeng Selili meninggalkan Tanah Bugis kerana satu kes lalu membuka kerajaan baru di Kalimantan, sejumlah bangsawan kelas pertengahan ikut sama dan ini termasuk 2-3 nama yang tersenarai sebagai Daeng 5 beradik. Saya sudah lupa yang mana, tapi menurut maklumat ini mereka sebenarnya bukan adik-beradik tetapi bersaudara, mungkin sepupu sepapat dan sebagainya. Maklumat dari Wajo turut menyebut bukanlah Daeng ber5 itu dari Luwuk tetapi bekas wilayah Luwuk yang sudah jadi sebahagian dari Wajo. Ini menepati hakikat sebenar sejarah kerana apabila diteliti, Luwuk memang kerajaan besar yang bermula abad ke 13 Masihi begitu. Tetapi masuk abad ke 15 ia mula jatuh dan wilayahnya diserap kerajaan-kerajaan lain seperti Bone dan Wajo. Tetapi disebabkan pengaruh besar Luwuk, ia masih disebut sebagai contoh kebesaran kerajaan Bugis hingga kini.
Bab papan kepala cicak, ya, mungkin ia ada di tempat lain di Sulawesi. Wajo sendiri masih di dalam Sulawesi Selatan. Mungkin ia ada di sana?
Kalau tiada, mungkin kita boleh membuat kesimpulan. Ia satu bentuk yang lebih rapat dengan Aceh, bukan dengan Bugis?
p/s: Menurut maklumat ini lagi Nakhoda Hitam telah dititipkan ke Aceh sebelum bertemu kembali Daeng Selili di Perak. Namun saya ada terbaca pihak lain menyebut, Nakhoda Hitam adalah anak tiri Daeng Selili dan baginda memang berasal dari Aceh, wallahualam. :]
Kekeliruan dlm pencarian ini timbul lantaran kepelbagaian gelaran yg digunapakai sehingga sukar dikenalpasti. Hanya yg benar2 mencari tanpa mengenal erti putus asa akan menemukan jawapannya (itupun memakan masa yg lama kerana perkaitannya diketahui setelah menemui bukti2 yg dikutip dlm siri2 perjalanan yg panjang). Saya pula baru memulai siri perjalanan pendek berbanding saudara yang telah berada jauh di hadapan...moga info saya yg sedikit ini dapat membantu usaha besar saudara...mudah-mudahan.
Ttg nama La Maddukelleng yg dikaitkan adalah org yg sama dgn Daeng Selili...saya yg amat dangkal dlm ilmu sejarah ini tidak pasti akan kesahihannya. Pencarian ini hanyalah usaha sampingan saya yg minatnya mula berputik awal tahun 2010. Saya yakin saudara lebih arif dlm hal ini, kerana bidang saya lebih mengkhusus ttg ilmu senilukis dan senireka.
Sedikit info yg mungkin dpt membantu...
Semasa siri tinjauan ke masjid tua Palopo, saya telah berkesempatan melihat dan merakam foto sebahagian salasilah Pajung Luwu yg disimpan oleh Imam masjid Jami' Bua (Lokasi masjid ini terletak kira2 10km dr masjid tua Palopo). Imam ini berusia 105 tahun adalah susurgalur jurai keturunan Raja2 Luwu'. Dlm salasilah tersebut, tercatat nama LAMADDUKELANG SAWERIGADING O PUNNAWARE. Apa yg menjadi tandatanya, apakah nama ini merujuk kepada orang yang sama dengan LA MADDUKELLENG, Arung Matowa ke-34 (1736-1754) yg terkenal dlm sejarah Wajo? Selain gelaran ARUNG MATOWA WAJO, tokoh LAMADDUKELLENG ini turut memiliki sejumlah gelaran lain spt nama kebesarannya PUANNA LATOMBONG ARUNG SINGKANG, ARUNG PENEKI dan SULTAN PASIR. Saya cuba membuat telahan bahawa kedua nama (LAMADDUKELLENG dgn LAMADDUKELANG)ini dimiliki oleh org yg sama berdasarkan simbol pajung (payung) yg tiada pada nama LAMADDUKELANG yg sepatutnya berstatus pajung ke-3 di Luwu' sebaliknya nama tokoh ini diapit oleh simbol pajung ke-2 dan ke-3 dlm salasilah Luwu'. Ada kemungkinan, LAMADDUKELLENG ini berasal dr Palopo (Luwu') tetapi menjadi pemerintah di Kerajaan Wajo. Wallahualam.
Ttg papan kepala cicak...kaitannya mungkin lebih kuat dgn Acheh berbanding Bugis. Untuk mensahihkan kenyataan, nampak gayanya saya perlu mengumpul sejumlah contoh rekabentuk papan kepala cicak pada senibina lama dlm siri tinjauan ke Acheh akan datang.
Ttg kaitan Daeng Selili dgn Acheh pula mungkin ada kewajarannya. Mungkin susurgalur teratas dari Daeng Selili berasal dr sana. Telahan ini berdasarkan fakta bhw Islam masuk terlebih dahulu ke Acheh berbanding Sulawesi. Justeru, fakta dapat dijadikan sandaran dlm mengaitkan Kerajaan Luwu' sebagai serpihan daripada Kerajaan Acheh yang tersebar dan meluas pengaruhnya pd suatu ketika dahulu? Selain itu, orang Bugis Makassar sendiri mengakui bahasa mereka ada persamaan dengan bahasa Acheh. Apakah ini juga boleh mengaitkan persoalan tentang perkaitan tersebut?
Wassalam Harleny. Nama La Madukelleng Sawerigading tu setahu saya merujuk pada satu watak yang lebih awal, mungkin abad ke 13 Masihi begitu. Jadi lebih awal berbanding La Madukelleng di Wajo. Namun diakui La Madukelleng di Wajo juga keturunan La Madukelleng yang dahulu di Luwuk dan turut memakai gelaran yang sama seperti Opuna Ware. Apupun La Madukelleng di Wajo itulah yang dimaksudkan sebagai Daeng Selili. Memang baginda juga menjadi Arung Matoa Wajo, Arung Peneki, Sultan Pasir dan sebagainya. Ya,mungkin saya sudah lebih lama menelusuri cerita ini tetapi Harleny juga beruntung kerana telah sampai ke Tanah Bugis sedangkan saya belum.
Kaitan Luwu dengan Wajo boleh diibaratkan seperti kaitan Samudera-Pasai dengan Aceh besar. Samudera-Pasai lebih dahulu terkenal sebelum Aceh naik menjadi kuasa besar selepas kejatuhan Melaka. Raja-raja Aceh sebenarnya ada baka Samudera-Pasai malah menurut kajian peribadi saya, bermula dari Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahar, Raja-raja Aceh sebenarnya baka direct belah lelaki yang bersambung sehingga ke Sultan Malikus Saleh. Begitu juga keadaan para pemerintah Wajo. Namun di celah2 itu ada rahsia yang melibatkan baka Ahlul Bait masuk bercampur menjadi Raja-raja Bugis.
Kaitan Bugis Aceh tetap ada dari dulu hingga sekarang. Kalau mahu dipecah rahsia ini kita kena pergi ke zaman Bugis sebagai anak cucu Ratu Balqis dengan Nabi Sulaiman yang menguasai kerajaan Saba'. Kemudian apabila sampai zaman Nabi Muhammad SAW, Ahlul Bait baginda masuk melalui Aceh lalu meresap ke segenap Alam Melayu. Kalaulah dapat dikupas apa yang pernah disebut beberapa pengkaji beberapa dekad lepas sebagai Dinasti Al-Kamil Insyaallah akan terbuka duduk-letak perkara sebenar yang dapat mengaitkan segalanya. Namun Yahudi Zionis juga sedang pening kepala cuba mencari dan memahami rahsia ini. Jadi faham2 le...
p/s: Nama Makassar itu sendiri berasal dari nama Sheikh Ali Qaisar al Muqassar, seorang pendakwah berketurunan Raja-raja Perlak yang datang ke Tanah Bugis penghujung abad ke 15 Masihi. Nah... Harleny setelah mengetahui diri anda sendirii berasal dari darah keturunan Aceh-Bugis, bukannya Rawa, semakin lama semakin 'terjebak' kan dalam pengkajian kaitan Aceh-Bugis? :]
Terima kasih dgn perkongsian info. Penerangan saudara telah menjawab segala persoalan saya...
Ttg istilah 'terjebak' tu mmg sesuai sgt. Selalu saya gunapakai istilah 'kebetulan' dlm setiap penemuan yg tak disengajakan. Tapi nampaknya semua yg berlaku adalah rentetan drpd rasa ingin tahu yg membuak-buak lalu 'terjebak' dlm misi jejak-menjejak... =)
Tq kerana siasat tentang masjid Teluk Memali. Saya ada beberapa kali sembahyang jumaat di sini sekitar 1978 semasa tingkatan 3. Memang terdapat beberapa makam sultan Perak , termasuk di Pulau Indera Sakti. Sebuah makam di Teluk Memali telah terojun ke dalam sungai beberapa tahun selepas pertabalan Sultan Azlan Shah 1985. ....
Assalam. saya merupkan cucu kepada penduduk kg teluk memali. Opah saya telah kembali ke rahmatullah. sekitar tahun 1990an sewaktu sy sekolah rendah,saya masih dapat merasa duduk di baruh teluk memali sebelum kerajaan negeri meminta penduduk baruh pindah ke kg tersusun. tapak rumah opah saya skrg ada tayar2 lama yg dorang bakar. saya merasa mandi di air bwh Tanah guna pam(zmn dulu2)di masjid ini masa kecik2 dgn opah n abah saya. kolah masjid ini ade ikan.sejukk je air dia.. ke depan lagi, ade kubur jww birth. rindu zaman ni............... merasa tgk org kg jalan waktu malam bawa obor..
Assalam, saya adalah kontraktor yg sedang memohon untuk kerja2 memindahkan dan memulihkan mesjid tersebut. mohon kerjasama sesiapa yg mengetahui secara mendalam ttg mesjid itu.
sohighscape@gmail.com
Post a Comment