-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Thursday, August 16, 2007

Masjid (mosque of) Sungai Cincin dan makam (and tomb of) Sheikh Muhammad Nur

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Kali ini, saya tergerak untuk bercerita tentang sebuah masjid lama berhampiran Kuala Lumpur dan kaitannya dengan seorang ulamak abad ke 20 yang dikatakan seorang wali Allah. Ini dia... Peace be upon you dear readers. This time I felt the urge to tell a story about an old mosque near Kuala Lumpur and its connection with a 20th Century religious teacher who is said to be a saint. This is it...



Cuma beberapa kilometer di utara sempadan Kuala Lumpur terdapat sebuah tempat bernama Sungai Cincin. Di sini letaknya peninggalan sebuah kampung tertutup termasuk Masjid Sungai Cincin yang diduduki para pengikut Tariqat Naqshabandiah-Khalidiyah yang diketuai Almarhum Sheikh Muhammad Nur.


Just a few kilometres or so north of the borders of Kuala Lumpur is a place called Sungai Cincin. Here lies what's remained of a once-closed village including the mosque of Sungai Cincin populated by a group of practioners of the Naqshabandiah-Khalidiyah Tariqat (Islamic mystic way) lead by the late Sheikh Muhammad Nur.


Sekarang, kebanyakan tulisan mengenai ulamak ini menyebut nama beliau sebagai Sheikh Mohd Noor atau Mohamad Nor. Tetapi biar saya memanggilnya sebagai Sheikh Muhammad Nur kerana saya percaya ini adalah nama dalam huruf Rumi yang lebih tepat berdasarkan nama itu yang berasal daripada perkataan Arab, iaitu Muhammad, nama Rasulullah SAW dan Nur yang bermakna cahaya, salah satu nama juga sifat Tuhan...


Now, most literature regarding this particular religious teacher mentioned his name as Sheikh Mohd Noor or Mohamad Nor. But let me refer to him as Sheikh Muhammad Nur as I believe this a more proper Romanised term of the name which is Arabic in origin, that is Muhammad as in the name of the Holy Prophet and Nur which means light, also one of the names and attributes of God...



Saya mula dapat tahu tentang kewujudan kampung ini serta kehadiran Sheikh Muhammad Nur setelah membaca sebuah buku bertajuk "7 Wali Melayu" beberapa tahun lalu. Saya tidak ingat bilakah ulamak ini hidup tetapi saya pasti dia hidup sezaman dengan beberapa ulamak terkenal seperti Tok Kenali di Kelantan dan Said Muhammad Linggi di Negeri Sembilan iaitu penghujung abad ke 19 Masihi sehingga tahun 1930an begitu.


I first got to know about the existence of this village and that of Sheikh Muhammad Nur after reading a Malay religious book "7 Wali Melayu " (The 7 Malay saints) a few years ago. I don't remember when he lived but I'm sure he existed in the same era as some religious teachers like Tok Kenali in Kelantan and Said Muhammad Linggi in Negeri Sembilan which is the end of the 19th Century until the 1930s or so.


Apa yang menarik, Sheikh Muhammad Nur telah mendapat sebidang tanah kurniaan Sultan Selangor lalu mendirikan sebuah kampung tertutup yang cuba mencontohi kehidupan zaman Rasulullah SAW selagi boleh. Maka di kampung itu, orang lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul bebas seperti di luar dan semua orang mesti menutup aurat selain tidak boleh menghisap merokok.


What's interesting, Sheikh Muhammad Nur got a piece of land granted by the Sultan of Selangor and built a closed village which tried to emulate the life-style during Prophet Muhammad's time as close as possible. And so in the village, there was no free mixing between men and women like in the outside world and everyone must cover their aurat (body parts that should be covered as prescribed in Islam including a woman's hair) besides no smoking there.


Lebih menarik lagi, semua penduduk diterapkan ajaran Tariqat Naqshabandiah-Khalidiyah seperti yang pernah dibawa oleh Sheikh Abdul Wahab di Kampung Babussalam di Sumatera abad ke 19. Sheikh Muhammad Nur bukan sahaja dipandang sebagai seorang ulamak yang berwibawa malah dianggap sebagai seorang wali Allah yang memiliki pelbagai karamah!


What's more interesting, every villager is taught the Naqshabandiah-Khalidiyah Tariqat as brought by Sheikh Abdul Wahab at Kampung Babussalam in Sumatera in the 19th Century. Sheikh Muhammad Nur was not only looked upon as an able teacher, in fact he was considered as a saint of Allah who possessed many charismatic gifts!




Satu perbuatan unik yang disarankan beliau untuk pengikut Tariqat yang mahu memahami serta melihat sendiri akan realiti sebenar alam ini ialah dengan cara berbaring di dalam sebuah kubur olok-olok seperti seorang mayat untuk suatu waktu. Mereka yang telah melaluinya melaporkan telah mengalami pengalaman magis (sesetengahnya sangat menakutkan!) seperti berjumpa malaikat dan disoal tentang perbuatan mereka di dunia selain melihat alam-alam yang akan datang!


One unique practice he prescribed for the Tariqat followers to understand and see for themselves the reality of the universe is to lie inside a mock grave like a corpse for certain period. Those who have done so reported experiencing such magical (some of it very scary!)things like meeting the angels and being questioned about their deeds on earth apart from seeing the other worlds to come!


Sekarang, mungkin ramai orang akan memandang serong akan perkara ini kerana ia amat susah untuk diterima pemikiran moden. Apapun, untuk mereka yang yakin, perkara sebegini memang wujud. Di atas ialah lubang kubur olok-olok di sebelah Masjid Sungai Cincin yang masih wujud sehingga ke hari ini. Cuma ia tidak lagi digunakan sejak Sheikh Muhammad Nur meninggal dunia beberapa dekad yang lalu... Nampaknya tidak ada lagi orang di situ yang mempunyai kebolehan untuk memberi petunjuk kepada orang lain agar dapat melihat alam selepas mati...


Now, some would scoff at this as it is just too incredible for the modern-mind to believe. Nevertheless for those who have faith, such things do exist. Above is a picture of the mock grave next to the Sungai Cincin mosque which still exists until today. It's just that it hasn't been used since Sheikh Muhammad Nur passed away decades ago... It seems, there's no one around as competent as him to guide people to see the world after death...



Kolam wudhuk Masjid Sungai Cincin.


Adapun saya telah beberapa kali pergi menziarahi masjid ini tetapi lawatan kali ini yang dibuat minggu lepas terlebih istimewa kerana ia dibuat atas saranan seorang teman wanita yang amat saya sayangi. Teman wanita yang pernah pergi ke Masjid Kampung Hulu di Melaka (klik Perigi (well of) Hang Tuah, Masjid (mosque of) Duyung serta (and) Kampung Hulu untuk cerita berkaitan masjid ini) sekitar setahun lalu terasa rindu hendak ke sana lagi tetapi tidak berpeluang kerana sebab-sebab tertentu. Maka dia bertanya kepada saya jika ada masjid lama di sekitar Kuala Lumpur dengan aura yang hampir serupa. Lalu saya bawa dia ke masjid ini. Alhamdulillah! Ternyata ada hikmahnya...


The pool for wudhuk (ritual purification by water) at the mosque of Sungai Cincin.


As it is, I've been to this mosque a few times but the latest visit made last week was more special as it was made upon the recommendation of a girlfriend whom I dearly love. This girlfriend have been to the Kampung Hulu mosque in Melaka (click Perigi (well of) Hang Tuah, Masjid (mosque of) Duyung serta (and) Kampung Hulu for a story on the mosque) about a year ago and wanted to go there again but don't have the opportunity yet because of certain obstructions. So she asked me if there's any old mosque around Kuala Lumpur with a similar aura. So I took her to this mosque. Thank God! It appears there's a good reason...



Sebahagian daripada kompleks Masjid Sungai Cincin, sebuah bangunan kayu di sebelah bangunan utama masjid dengan menara yang amat unik...


Part of the Sungai Cincin mosque complex, a wooden building beside the main mosque building with a very unique tower...



Saya tak pasti apakah asal-usul sebenar bangunan ini. Mungkin ia adalah bangunan masjid yang asal sebelum dibina bangunan batu?


I'm not sure the real history behind this building. Maybe it is the original mosque building before the brick one was built?



Masjid ini juga memiliki sebuah dewan yang dirasmikan tahun 1989...


The mosque also has a communal hall which was officiated in 1989...



Kami sampai sejurus sebelum masuk waktu Zuhur lalu pergi solat berjemaah...


We came in time for the Zuhur prayers and joined the congregation...


Oh... Bersebelahan Masjid Sungai Cincin, terletak bangunan makam Sheikh Muhammad Nur...


Oh... Just beside the mosque of Sungai Cincin is the Sheikh Muhammad Nur tomb building...


Walaupun saya pernah sampai ke sini sekurang-kurangnya 7 kali, saya tidak pernah masuk ke dalam bangunan makam yang sentiasa terkunci sehinggalah sampai lawatan ini... Rupa-rupanya ada hikmah saya membawa teman wanita ini bersama. Entah kenapa selama ini saya tidak pernah tergerak untuk meminta kunci untuk masuk ke bangunan makam tetapi teman wanita yang baru kali pertama sampai ini pula telah bertanya tentang kunci makam... Dan dengan kuasa Allah, dia telah terserempak dengan makcik yang memegang kunci semasa solat Zuhur berjemaah tadi!


Although I've been here at least 7 times, I've never been to the tomb building which is locked all the time until this particular visit... As it turns out, there's a good reason why I brought this girlfriend along. Don't know why, all this while I never felt the urge to ask for the keys to get inside the building but the girlfriend which came for the first time was the one asking for it. And with God's permission, she met the elderly lady who kept the keys while joining the Zuhur congregational prayers!



Dipendekkan cerita, kami pun masuk ke dalam... Kelihatan lah kubur-kubur ahli keluarga Sheikh Muhammad Nur...


To cut the story short, we went it... There appears the graves of Sheikh Muhammad Nur's family members...



Inilah makam Almarhum Sheikh Muhammad Nur, seorang ulamak yang dinyatakan sebagai seorang daripada 7 Wali Melayu dalam zaman terdekat ini. Al-Fatihah untuk Almarhum serta keluarganya. Amin!


This is the tomb of Almarhum (the late) Sheikh Muhammad Nur, a religious scholar who is mentioned among the 7 Malay saints of recent times. Al-Fatihah for Almarhum and his family. Amen!

3 comments:

Anonymous said...

mohon di rujuk maklumat dan gambarnya.. helmi - pepias - air_miesoleh@yahoo.com

Radzi Sapiee said...

Silakan...

lonelymusafir said...

Assalamu'alaikum wr wbt,

Jutaan terima kasih atas entry ini. Mmg sepatutnya nama tuan syeikh dieja dengan Muhammad Nur. Entry ini membuatkan saya teringat zaman kanak-kanak saya di Sungai Cincin. Kalau tiap kali hari raya, rumah makcik itulah rumah pertama kami ziarah sebelum rumah2 keluarga yang lain. Kami ini semua bersaudara dengan syeikh muhammad nur dari belah isterinya. Makcik tu yg kami panggil mak long timah (sudah beralih alam) kalau tak silap saya cucu saudara tuan syeikh, rumahnya betul2 sebelah masjid.

Sayang sekali tuan tak ambil foto rumah tuan syeikh yg terletak di belakang makam itu, senibina rumah itu unik dan tidak ada perubahan daripada yg original....skrg ni dh byk perubahan yg berlaku di sekitar, jambatan kayu itu pun sudah tiada lagi, aura sejuk itu pun sudah semakin berkurangan, hanya di sekitar makam...

rindunya saya dengan suasana sungai cincin yg dahulu...