-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Monday, November 12, 2007

Cerita (Story of) Tun Teja...

Nota: Jika tulisan pada gambar-gambar yang tertera terlalu kecil untuk dibaca, sila right-click pada gambar yang mahu dilihat kemudian open in new window ya...

Note: If the writings on the pictures shown is too small for reading, do right-click at the picture you want to see and then open it in a new window ya...


Rasanya, ramai orang Malaysia pernah mendengar nama Tun Teja, wanita cantik dalam cerita Melayu lama yang dikatakan telah dibawa lari oleh pahlawan legenda terkenal Hang Tuah untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka sekitar 600 tahun lalu. Nama itu sendiri sudah cukup untuk memberi semacam getaran yang membawa seseorang untuk kembali mengimbas suatu zaman yang lama.

Me feels, many Malaysians have heard the name Tun Teja, the beautiful woman in old Malay stories said to have been brought away by the legendary well-known warrior Hang Tuah to be presented to the Sultan (king of) Melaka about 600 years ago. The name itself is enough to give some sort of vibes to carry one back to think about some old days of bygone era.

Minggu lepas dalam satu perjalanan pendek sekeliling Melaka, saya sempat menziarahi Makam Tun Teja di sebuah kawasan sawah padi di Merlimau. Hari ini, saya tergerak untuk memaparkan sedikit gambar-gambar yang diambil berserta ceritanya. Ini dia...

Last week in a short trip around Melaka, I had the time to visit the tomb of Tun Teja within a padi field in Merlimau. Today, I feel like showing some of the pictures taken along with the accompanying story. This is it...


Adapun di makam ini terdapat cukup papan-tanda untuk menerangkan cerita. Saya pula sebenarnya agak malas untuk bercerita panjang... Maka di mana boleh dipakai, biarlah pembaca menurut sahaja cerita yang telah disediakan oleh pihak berwajib ya...

As it is at the tomb, there's enough sign-boards to explain the story. And I actually feel quite lazy to elaborate... So where relevant, let dear readers just follow the story provided by the authorities ya...



Rasanya ini cukup untuk memulakan langkah...

Me feels this is enough to begin...



Perjalanan untuk ke makam...

The walk towards the tomb...



Itu dia... Terdapat cukup papan-tanda di sana...

There... There's enough signboards everywhere...


Sebuah perigi lama di sisi...

And old well besides...


Makam Tun Teja... Kemudian baca sahaja cerita-cerita yang tertera di bawah ya...

The tomb of Tun Teja... Next, just read the stories which appeared below ya...


Mungkin terjemahan dalam Bahasa Inggeris nya ada sedikit kecatatan tetapi rasanya cukuplah sekadar supaya orang tahu apakah yang menyebabkan nama Tun Teja cukup terkenal di kalangan orang Melayu...

Maybe the English translation is a bit lousy but me feels it is enough to make people know why the name Tun Teja is so well-known among the Malays...











-------------------------------




Batu nesan Tun Teja dilihat daripada dekat. Batu nesan jenis batu Aceh ini hampir serupa dengan batu nesan yang terdapat di Makam Tok Temong di Kuala Kangsar, Perak. Sila lihat Perak trip of September 2006... A look at the tombs... . Sekian ya...

The tombstone of Tun Teja seen up close. The Aceh-type tombstone is almost the same as that at the tomb of Tok Temong in Kuala Kangsar, Perak. Do visit Perak trip of September 2006... A look at the tombs... .That's all ya...



9 comments:

Anonymous said...

Salam. Abg MS, Batu Aceh tu maknanya Tun Teja keturunan Aceh ke? Saya kurang sangat pengetahuan tentang Kesultanan Pahang ni.

Anonymous said...

Bertuah dapat tengok Blog awak ni banyak pengetahuan diperolehi....
terima kasih

Radzi Sapiee said...

Wassalam Zam.
Tak semestinya ada keturunan direct Aceh. Mungkin sipi-sipi ada... Sebabnya Aceh adalah Serambi Mekah, termasuk gak Kelantan zaman dulu. Serambi Mekah ni point tempat banyak Ahlul Bait keturunan Nabi serta keturunan sahabat yang follow anak cucu Nabi masuk ke Tanah Melayu. Jadi ada le yang dapat darah ni secara terus atau melalui perkahwinan. Pendek kata memang ada le darah daripada Aceh. Soalnya pekat ke tak...
Macam Raja-raja Terengganu, Johor, Pahang sekarang boleh trace keturunan sampai Bendahara Padang Saujana di Johor abad ke 18 Masihi. Sedangkan atuk atau moyang Bendahara ni adalah seorang Sayid yang duduk di Aceh. Nampak tak kaitannya?
Kalau Raja-raja lebih dulu plak contohnya Pahang, ada sangkut ngan Raja Melaka... Belah Bendahara pun ada sangkut. Bila thrace ke atas, ada gak darah Samudera-Pasai ataupun Perlak... Sebabnya dahulu Raja-raja ngan bangsawan biasa kawin dalam golongan mereka. Jadi camana pun ada gak sangkut tu... :]

Untuk Anonymous, semua orang dialu-alukan untuk turut serta samada membaca, memberi komen, pendapat dan menegur atau menambah catatan u. Silakan. Semoga semuanya berguna untuk kita semua! :]

Anonymous said...

Saya juga pernah menziarah makamnya, tempatnya cantik dan terasa tenang dgn angin bertiup lembut.. Tun Teja bagi saya seorg serikandi..

taufiek86 said...

Menurut salah seorg tua yg berketurunan Tun Teja, Tun Teja dimakamkan di tgh2 sawah kerana semasa perjalanan melarikan diri bersama Sultan dr ancaman portugis, Tun Teja telah merasakan dirinya tidak dpt meneruskan perjalanan.
Lalu disuruh ditingalkan didaratan. Tetapi pada masa itu tiada daratan kecuali kwsn sawah padi yg ade skrg.
Maka Sultan menitahkan Hang Nadim (kalu xsilap) bersama2 dayang2 utk mememani Tun Teja. Tun Teja pun melepaskan nafas yg terakhir di situ. Kalu dilihat di salah satu sudut tedapat beberapa makam kecil yg dikatakan makam dayang2 yg menemani Tun Teja. Sekian..
Cmne Abg MS?

ajie said...

Nak tanya,
Masa ni mana pergi Hang Tuah? dah meninggal atau watak tu tak wujud?
pening2...hehe

Radzi Sapiee said...

Cuba masuk dalam perigi Hang Tuah kat Kampung Duyung tu. Masuk dalam dalam menyelam... mungkin jumpa, hehe.

Unknown said...

nota tambahan: saya pernah baca buku 100 tahun muar,ada dikisahkan pasal tun teja ni,kedudukan makamnya yg sebenar tidak diketahui,spt kata pihak muzium,tapi sekitar situ juga,dlm buku tu ada tunjuk gambar hitam/putih,kakitangan pihak muzium sedang mengangkat batu nisannya dari dlm sawah ! !

Tuan Tulis 1km said...

Fungsi perigi adalah untuk kegunaan rombongan angkatan di-raja dan digunakan juga untuk memandikan jenazah Allahyarhamah Tuanku Permaisuri Tun Teja Ratna Benggala.