Tidak jauh daripada surau tadi, rasanya sekitar 2km sahaja menghala ke Seremban, terdapat masjid lama ini...
Not far from the small praying hall previously seen, something like 2km heading for Seremban, there exist this old mosque...
Ia ada kena-mengena dengan keluarga ulamak terkenal Negeri Sembilan awal abad ke 20 Masihi, Sheikh Muhammad Said Linggi, seorang yang dikatakan bertaraf wali malah disenaraikan sesetengah pihak sebagai seorang antara tujuh orang Wali Melayu moden! Di dalam gambar ini adalah makam-makam ahli keluarga termasuk datuknya...
It has something to do with the family of the famous Negeri Sembilan religious scholar of the 20th Century, Sheikh Muhammad Said Linggi, said to be a saint in fact shortlisted by some as one of seven Malay modern saints! In this picture are tombs of family members including the grandfather...
Dua pucuk meriam yang terdapat di perkarangan sudah cukup untuk menandakan bahawa masjid ini pernah menjadi tempat penting masyarakat di sini... Malah mungkin masih begitu penting bagi sesetengah orang...
The two cannons at the sides are enough to signal that this mosque was once an important place for the locals... In fact it could still very important to some...
Sekitar 100 meter di belakang masjid terdapat sebuah lagi kawasan kubur...
Some 100 meters behind the mosque is another cemetery area...
Di antaranya adalah sebuah makam yang menonjol...
Among it is a tomb which stood out..
Hmm... Pelik juga, terdapat 2 buah batu nesan yang ternyata lain buatannya... Mungkin sebuah adalah batu nesan lama, sebuah lagi pula agak baru...
Hmm... Quite strange, there's 2 tombstone which are clearly of different make... Maybe one is the old tombstone, the other quite recent...
Pada batu nesan ini tertera nama Sheikh Jamaluddin. Beliau adalah datuk kepada Sheikh Muhammad Said Linggi. Menurut orang yang membawa saya ke sini, mereka semua adalah berketurunan Bugis. Mungkin ada kena-mengena dengan Raja Jumaat yang pernah menguasai Lukut. Sekian!
On the tombstone is inscribed the name Sheikh Jamaluddin, grandfather to Sheikh Muhammad Said Linggi. According to the people who brought me here, they are all of Bugis blood. Perhaps with relations to Raja Jumaat who once hold sway over Lukut. That's all!
6 comments:
MASJID INI TELAH MENINGGALKAN PENGALAMAN YANG BERMAKNA...
LAGIPUN SAYA SEBELUM INI PERNAH MEMBUAT KAJIAN TERUKUR UNTUK BANGUNAN LAMA DAN MASJID LINGI INI MENJADI PILIHAN UNTUK DIJADIKA KAJIAN UNTUK MENGHABISKAN PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA SENIBINA SAYA DI POLITEKNIK PORT DICKSON. SAYA BERADA DISINI SELAMA 9 HARI MALAH TURUT DIJADIKAN MASJID INI SEBAGAI TEMPAT TIDUR.......TIDUR DI MASJID SELAMA ITU TELAH BANYAK MEMBERI MAKNA...
Masjid ini dibina oleh pemerintah autonomi Luak Linggi iaitu Y.M Dato Muda Muhammad Parghal @ Dato muda Peral. Dato Muda Linggi ke 4. Kompleks makam dihadapan Masjid ini adalah makam beliau beserta ahli keluarganya.
Dua pucuk meriam dihadapan masjid ini dipercayai sebagai salah satu alat kebesaran Dato Muda Linggi. Satu bernama Padam Pelita dan satu lagi bernama Gempita Alam. Linggi suatu masa dulu adalah wilayah autonomi dikenali dalam istilah adat "Bergajah Tunggal". Linggi dalam sejarah Negeri sembilan amat penting sekali. Pemerintah Linggi berkuasa memungut cukai dari kapal dan perahu yang membawa bijih timah dari pendalamn Negeri Sembilan ke Melaka. Kemakmuran dan kekayaan pemerintah Linggi terbukti dengan pembinaa Masjid Warisan ini yang dikira cukup elegan dan berqualiti di zaman itu. Dengan bahan binaan batu,beratap genting dan berukiran kayu yang sarat melambangkan dana yang cukup tinggi bagi pembinaannya ketika itu. Masjid ini dipercayai dibina sekitar pertengahan tahun 1800.
Makam yang mempunyai dua batu nisan itu adalah Makam seorang Ulama Linggi, iaitu Al Alamah Sheikh Jamaludiin Bin Idris Al Linngi. Merupakan Datuk kepada Sheikh Muhammad Said Al Linggi yang juga pengasa Tariqat Ahmadiah yang menjadi tariqat kesufian pegangan rasmi di Negeri Sembilan. Mereka ini disifatkan bertaraf Wali. Menurut cerita orang-orang tua di Linggi. Di saat meletus peperangan antara Linggi dan Rembau. Angkatan Rembau telah menyelinap masuk ke Linggi tanpa disedari pertahan Linggi. Namun apabila tiba di pinggir kampung, terdengar suara ribuan orang bertahlil yang menyebabkan angkatan Rembau ini berpatah balik ketakutan. Sebenarnya suara itu adalah suara ratib Sheikh Jamaluddin seorang diri sahaja. WaAllahu A'lam.
Dato Muda Muhammad Parghal, Sheikh Jamaludiin Al Linggi dan Dan Sheikh Muhammad Said Al Linggi adalah dalam satu jalur keluarga. Mereka adalah keturunan Dato Awaluddin dan kekandanya Dato Serilah yang merupakan anakanda Yamtuan Muda Riau iaitu Daeng Chelak Ibni Daeng Relaga Ibni La Maddudalat. Raja Bugis di Luwuk, Sulawesi. Meraka adalah kerabat Opu Daeng Bugis berlima saudara yang berpengaruh di alam Melayu dan sejalur keturunan dengan Kesultanan Selangor sekarang. Kedua bersaudara ini telah membawa diri ke Negeri Sembilan dan meninggalkan darjat diraja kerana kurang bersetuju dengan polisi pemerintahan keluarga diRaja. Meraka lebih selesa dengan kehidupan sebagai ahli agama.Bermula di rembau dan seterusnya membuka wilayah Linggi. Anak2 waris dari keturunan dua bersaudara inilah yang menyandang pesaka sebagai pemerintah Linggi iaitu Dato' Muda Linggi. Penghulu Luak yang bertaraf autonomi. Itulah sebabnya warga Linggi tidak mengamalkan adat Pepatih dan tidak bercakap loghat N. Sembilan kerana kami adalah bangsa Bugis walaupun tidak lagi boleh berbahasa Bugis kerana proses asimilasi selama ratusan tahun di Negeri Sembilan. Namun kami tetap yakin, bangga dan teguh mengakui asal usul dan jatidiri bangsa kami.Banyak tokoh - tokoh terkemuka lahir dari jalur keturunan kami terutama di bidang Agama.
Saya pun pernah iktikaf di Masjid ini Tuan, bolehkah Tuan menceritakan sedikit-sebanyak apakah yang dikatakan memberi makna itu?
Post a Comment