OK... Here I want to share some pictures on an old small praying hall in Linggi, Negeri Sembilan. It could be seen from beside the main road to Seremban, some 2km from the small town of Linggi. Come!
Surau batu ini nampak lama tidak digunakan...
This brick small praying hall looks like it hasn't been used for some time...
Apapun, rupanya yang agak unik menarik pihak-pihak yang berminat...
Whatever, it's rather unique look attracts interested parties...
Penanda ini menunjukkan ia telah didirikan tahun 1928...
This plaque showns it was built in the year 1928...
Ada orang memberitahu, ia merupakan salah satu tempat persinggahan wali-wali di Negeri Sembilan... Wali-wali Allah yang boleh muncul dan ghaib begitu sahaja... Betulkah ini?
Some said, this place is one of the stopping points for saints in Negeri Sembilan... The saints of Allah who could appear and disappear just like that... Is it true?
Saya sendiri merasakan tempat ini penuh dengan aura barakah lalu mengambil wudhuk di kolam di bawah. Kemudian saya pun pergi ke sebuah lagi tempat berkaitan... Seterusnya...
Me myself feels this place is full of aura of spiritual blessing and so I made abolution at the pool below. Then I went to another related place... Next...
6 comments:
arwah atuk dulu ada buat kuliah magrib disurau berkenaan...
adalah 2-3 kali semasa kecil,saya ikut membonceng arwah kesurau.
lebih dikenali dengan nama 'Surau Batu'
Surau ini penuh misteri bagi penduduk setempat. Banyak kisah-kisah misteri menyelubungi surau tua ini. Satu masa dulu pernah dijadikan tempat menimba ilmu agama oleh penduduk setempat. Sesiapa sahaja yang mengunjungi surau ini dapat merasakan suatu aura yang tersendiri..Perigi di sisi surau ini tidak pernah kering walau kemarau melanda. Menurut orang tua-tua setempat, kawasan tempat surau ini dibina suatu masa dulu agak 'keras'.Jika berniat baik untuk beribadah dan mencari ilmu suaru ini begitu mendamaikan. Tapi jika tersalah niat suaru ini begitu menyeramkan..Dikenali sebagai Surau Batu oleh penduduk setempat..
selain surau batu..ada lagi satu surau..sebaris jalan..kami semasa kecil panggil ia sebagai surau kayu.di cat warna biru kalau tak silap.
Salam .
Kini rasanya surau ini dah ditambah baik,ikuti di facebook surau batu sheikh muhammad paiz al - linggi.
Surau tu bernama Surau Hj. Masrom. Ianya dibuat dengan bajet oleh Almarhum Tn Haji Masrom. AlFatihah
Post a Comment