OK. Sebenarnya saya tergerak untuk ke sini setelah melihat sebuah bangunan yang menandakan makam diraja. Gambar bangunan itu akan saya letak dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH sebentar lagi. Tetapi setakat saya nampak tiada lagi sesiapa dimakamkan di sana kerana ia bangunan baru. Makam diraja yang wujud adalah di belakangnya dan di atas ini adalah jalan masuk ke situ...
Oh. Actually I felt like going here after I saw a certain building which marks the royal mausoleum. Pictures there will be shown at the blogspot BERPETUALANG KE ACEH later. As it turned, as far as I could see and surmise there's nobody buried at the building yet as it is a new building. The existing (as in already functional) royal mausoleum is actually situated behind and above is the path into...
Sebaik sahaja masuk, kelihatan makam Yam Tuan ke 7 Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad ibni Yam Tuan Antah paling terserlah. Rasanya semua yang dimakamkan di sini adalah kerabat terdekat baginda.
The minute inside, one could see the tomb of the 7th Yam Tuan (ruler) of Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad ibni (son of) Yam Tuan Antah as the one which stood out most. I think all those buried are are his close relatives.
Bangunan menarik di hujung sana mungkin tempat persinggahan kerana tiada makam di dalamnya...
The interesting building on the far end could be a place for visitors to rest as there is no tomb inside...
Entah kenapa, dalam banyak-banyak makam, saya paling tertarik dengan yang ini... Milik Tunku Besar Burhanuddin.
For reasons unknown, among all the tombs, I was mostly attracted to this one... Owned by Tunku Besar Burhanuddin.
Tunku Besar Burhanuddin adalah adinda kepada Tuanku Muhammad. Ini adalah batu nesan bahagian kakinya. Batu nesan kepala bertulisan Jawi. Sekian...
Tunku Besar Burhanuddin is the younger brother of Tuanku Muhammad. This is the foot tombstone. The one for the head has writings in Jawi. That's all...
2 comments:
wahai saudara budiman sebenarnya tuanku besar burhanuddin bukanlah abang kepada tuanku abdul rahman sebenaranya abang baginda adalah tuanku yamtuan muhammad, abang kepada tuanku abdul rahman iaitu tuanku abdul aziz yang mangkat di pahang kerana penyakit beri-beri pada 1910 an
Terima kasih saudara kerana membetulkan.
Post a Comment