-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, November 21, 2008

Makam (tomb of) Tok Pulau Manis...

Allah! Tadi baru saya tersedar bahawa saya tidak pernah membuat apa-apa posting tentang makam Tok Pulau Manis di blogspot ini. Maka biar dibuat berdasarkan gambar-gambar terbaru yang diambil pada perjalanan hujung minggu lalu ya. Mari...

Allah! Just now did only I realised that I've never made any postings about the tomb of Tok Pulau Manis in this blogspot. So let me make one based on the latest pictures taken during the trip made last weekend ya. Come...





Ini adalah bangunan makam Tok Pulau Manis, seorang ulamak besar bertaraf wali yang hidup di Terengganu pada abad ke 17 Masihi. Letaknya di Kampung Pulau Manis, sekitar 25 km di barat-daya Kuala Terengganu.

This is building housing the tomb of Tok Pulau Manis, a religious teacher of saintly status who lived in Terengganu in the 17th Century AD. It is situated at Kampung Pulau Manis, around 25km south-west of Kuala Terengganu.



Bangunan biru ini pula adalah surau di hadapan makam. Sudah banyak kali saya bermalam di sini seorang diri apabila pergi ke Kuala Terengganu.
This blue building in turn is the surau or small praying hall in front of the tomb. Many times, I've lodged here alone when visiting Kuala Terengganu...

Inilah makam Tok Pulau Manis, atau nama sebenarnya Sharif Abdul Malik bin Sharif Abdullah.

This is the tomb of Tok Pulau Manis, or his real name Sharif Abdul Malik bin Sharif Abdullah.



Menurut ceritanya, beliau adalah cicit kepada Sharif Muhammad al-Baghdadi, orang yang dipercayai menulis Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1303 Masihi. Sila baca artikel Enter Tok Pulau Manis yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH Julai tahun lepas berdasarkan perjalanan ke sana penghujung tahun 2006. Sekian...

According to the stories, he is the great grandchildren of Sharif Muhammad al-Baghdadi, the person believed to have written the Batu Bersurat (inscribed stone of) Terengganu in the year 1303 AD. Do read the article Enter Tok Pulau Manis made in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH last July based on trip to the area at the end of the year 2006. That's all...

7 comments:

Anonymous said...

salam.. maaf bertanya..
dimana letaknya makam tokku pulau manis?
teringin rasanya hendak ziarah

Radzi Sapiee said...

Wasssalam. Pergi ke Kampung Pulau Manis yang terletak di tepian Sungai Terengganu, 15 km ke barat-daya Kuala Terengganu. Insyaallah akan jumpa...

Anonymous said...

maksud tepian sg terengganu di mana ye?
apakah yg saudara mencari sehinggakan berkesempatan menziarahi makam2 wali besar?

Radzi Sapiee said...

Saudara cari dalam peta kawasan Kampung Pulau Manis dan Serada nescaya akan jumpa. Kalau betul mahu mencari akan ditunjukkan jalan oleh Allah tanpa perlu terlalu banyak bertanya.

Anonymous said...

cam perli je..

Radzi Sapiee said...

Bukan perli tetapi begitulah caranya. Banyakkan berbuat dari berkata-kata. Kalau mahu berkata mesti mampu mengotakannya atau sekurang-kurangnya berazam untuk mengotakannya. Sudah dilaksanakan sesuatu barulah layak bercerita.

Kalau banyak bercerita tapi masih tak buat apa2 alamatnya sampai ke tualah nanti asyik banyak bercakap, banyak bertanya lalu terpinga2. Itulah jawaban kepada kenapa saya berkesempatan menziarahi makam2 wali besar. Ada perkara memang tidak boleh diungkapkan kecuali diri sendiri yang merasa.

Bab nak cari Makam Tok Pulau Manis kan dah disebut di mana? Lihatlah peta kemudian melangkahlah ke sana. Orang yang asyik makan nak bersuap tak akan maju sampai bila2.

Unknown said...

betul tu en.radzi,kalau kaki pun tak gerak,macamana nak sampai ! !