-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, November 21, 2008

Masjid (mosque of) Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu

Assalamualaikum semua. Hujung minggu lepas, saya telah ke Pantai Timur lagi. Maka di sini biar diletakkan sedikit gambar-gambar di satu masjid cantik di sana ya. Mari! :]
Peace be upon you all. Last weekend, I went to the East Coast again. And so here let me put here some pictures of a beautiful mosque there ya. Come! :]




Ini adalah Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Terengganu.
This is the mosque of Tengku Tengah Zaharah in Kuala Terengganu.






Letaknya di tengah sebuah tasik buatan manusia di Kuala Ibai, sekitar 5 km di selatan bandaraya Kuala Terengganu menjadikan ia juga dikenali sebagai masjid terapung...
Its position at the middle of a man-made lake in Kuala Ibai, some 5 km south of the city of Kuala Terengganu made it also known as the floating mosque...


Mari, masuk ke dalam masjid...
Come, let's go inside the mosque...






Untuk makluman, di sebalik pokok-pokok di belakang masjid ini adalah pantai yang menghadap ke Laut Cina Selatan.

For information, behind the trees at the back of the mosque is a beach facing the South China Sea.




Menara masjid...

The mosque's minaret...







Mimbar di dalam dewan solat...
The pulpit inside the praying hall...






Saya cuba mengambil gambar papan perasmian masjid ini tanpa menggunakan flash. Inilah yang dapat dalam keadaan kurang cahaya ketika itu...

I tried to take a picture of this commerative plate on the mosque's official opening without using flash. This is what I got under the condition without much lighting then...



Bahagian dalam kubah...

The inner part of the dome...




Masjid ini banyak menggunakan kaca berwarna hijau...
This mosque uses a lot of green glass...







Kaca hijau dengan panel kayu berwarna coklat gelap bergabung dengan dinding batu berwarna putih memberikan satu rasa keharmonian antara bumi dan tumbuh-tumbuhan dengan kesucian tanpa bentuk yang digambarkan dengan warna putih...

Green glasses with dark brown-coloured wooden panels combined with white-coloured walls gave a sense of harmony between the earth, the plants or greens along with purity without form as symbolised by the colour white...



Menara dilihat dari satu bahagian di belakang. Sekian! :]

The tower as seen from a section at the back. That's all! :]



2 comments:

'Eid Benyusof said...

Bukan Teluk Ibai. Sepatutnya Kuala Ibai. :D

Radzi Sapiee said...

OK. Terima kasih atas teguran... :]