Here there is something I found in my picture file for the month of November 2009. Come...
Semasa saya kembali bercuti di kampung sebelah ibu, Kampung Temiang di Muar, Johor seorang sepupu membawa saya untuk melihat kubur lama ini...
When I went back for holiday at my mother's side native village, Kampung (village of) Temiang in Muar, Johor a cousin of mine brought me to see this old tomb...
Sambil-sambil itu saya melihat keadaan sekeliling...
At the same time I observed the surroundings...
Saya cuma ingat pemiliknya ada seorang yang dianggap keramat, mungkin seorang ulamak. Selain itu saya ingat sepupu saya memberitahu kapal orang ini pernah karam di perairan Muar. Tetapi beliau diselamatkan lalu dibawa ke daratan oleh sekumpulan ikan!.
I could only remember that the owner was a person considers to have magical powers, perhaps a religious scholar. Besides that I remember my cousin saying that this man's ship once capsized off the waters in Muar. But he was saved and brought to land by a school of fish!
There one could also find another tomb with similar tombstones but of smaller size. I could only say that the tombs are located in an orchard behind a house near Simpang Baba, not far from Kampung Temiang.
Sebelum itu saya menyangkakan batu nesan Aceh paling dekat dengan bandar Muar cuma boleh ditemui di Kota Buruk, kira-kira 10 km lebih jauh dari lokasi ini. Lihat artikel lama Kota Buruk (the ruined fort) in Muar... yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH penghujung 2007. Jika di Simpang Baba ada makam seperti ini, maka tak mustahil terdapat banyak lagi makam lama berbatu nesan Aceh yang tidak diketahui ramai di sekitar.
Before that I thought that the Aceh gravestones closest to the town of Muar could only be found at Kota Buruk, some 10 km further from this site. Look at the old article Kota Buruk (the ruined fort) in Muar... made in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH at the end of 2007. If at Simpang Baba there exist such tombs, then it is not impossible that there are many more old tombs wth Aceh tombstones which are not known by the public around.
4 comments:
Salaam...
Penemuan yang menarik untuk dikongsi bersama. Seperti biasa saya tidak akan jemu-jemu berkongsi pandangan apatah lagi jika ianya berkaitan dgn Aceh.
Agaknya Kampung Temiang di Muar ni dibuka oleh orang Aceh (sekadar hipotesis saya). Hal demikian kerana nama "Temiang" ini ada persamaan dengan nama suku bangsa "Tamiang" dan juga nama tempat iaitu "Tamiang" di bahagian Aceh Timur. Sudah menjadi kebiasaan orang Melayu antara lain memberi nama tempat tinggal yang baru sama dengan tempat asal/lama yang ditinggalkan. Selain itu boleh juga disahihkan dengan bahasa dlm pergaulan seharian kerana suku Tamiang ini mempunyai bahasa tersendiri. Jika di Aceh, hampir 87% masyarakat Tamiang menggunakan bahasa mereka sedangkan dengan masyarakat lainnya, mereka menggunakan bahasa Indonesia. Sebenarnya, jumpaan batu nesan yang hanya tinggal tapak tanpa kepala dan badan ini sudah membuktikan kaitannya dengan Aceh. Kelihatan pangkal badan batu nesan yang telah patah bentuknya bersegi lapan (8). Jika sedemikian bentuknya,badan yang patah dan hilang juga mungkin bersegi atau bulat bentuknya. Jumpaan batu nesan Aceh ini mensahihkan kemasukan/ penghijrahan org Aceh selain ciri-ciri tata letak ukiran senibina bangunan lama di negara kita yang ada persamaan dengan kesenian mereka.
Wassalam...
Wassalam. Tak tahu le nak kata asal-usul nama Temiang ni. Memang di Aceh ada tempat nama Temiang sehingga disebut orangnya sebagai Melayu Temiang, kerana orang Aceh sendiri secara rata menganggap diri mereka lain daripada orang Melayu.
Harus diingat di Indonesia bangsa Melayu itu telah dikecilkan maknanya menjadi satu sukukaum sahaja sepertimana ada sukukaum Bugis, Jawa dan sebagainya. Walhal kalau di Malaysia, Bugis, Jawa dan sebagainya dikira orang Melayu semuanya.
Apapun bangsa Aceh dan bahasa Aceh itu sendiri boleh dikira baru berbanding keberadaan Melayu di sana. Ketahuilah kerajaan Samudera-Pasai yang telah wujud sejak 800 tahun lalu memakai Bahasa Melayu... sehingga disebut Sheikh Hamzah Fansuri dan Sheikh Shamsuddin Sumatrani yang menulis kitab pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam memerintah 1608-1636 Masihi dikatakan menulis dalam bahasa Melayu Pasai!
Tapi itu cerita lain. Adapun saya difahamkan bahawa di Seremban juga ada tempat bernama Temiang. Saya tak tahu jika Kampung Temiang di Muar itu ada kena-mengena dengan Aceh. Yang saya tahu daerah Muar itu sendiri ada banyak kena-mengena dengan Aceh.
Ingat Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Malim Deman? Malim Dewa dikatakan meninggalkan Aceh lalu membuka negeri di Kuala Bandar Muar. Kemudian ada cerita dari belah Rawa menyebut tentang kedatangan rombongan Sultan Muhammad Kamil dari Bandar Khalifah di Aceh membawa diri ke Muar. Seterusnya ada kedatangan keluarga Sayyid dari Aceh yang menjadi Temenggung Muar. Lenga di Muar dikatakan dibuka oleh Sheikh Sabihu yang datang dari Pasai...
Cerita rasmi ada menyebut Kampung Temiang, Muar dibuka oleh orang Bugis. Namun saya mendapat tahu ada kaitan rapat antara raja-raja Bugis dahulukala dengan raja-raja Aceh. Jadi mungkin tetap ada kena-mengena?
Pembetulan. Cerita mengenai Sultan Muhammad Al-Kamil saya dapat dari satu buku penulisan Batak yang bercerita tentang Tuanku Rao. Rao dikaitkan dengan Rawa, mungkin sebab itu saya boleh tertulis cerita tersebut berasal dari Rawa...
abang,,,boleh bgi alamt rumah yg ade mkam tu tak.saya rse nk pi tgok lar.rumah sya kat sungai raya,bkt pasir,muar..dkt jer.lgipon saya mmg minat bnda2 camni..
Post a Comment