-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Sunday, October 10, 2010

Gambar-gambar lama masjid di Muar (Old pictures of mosques in Muar)

Lebih kurang 2 minggu lalu saya singgah ke Masjid Jamek Muar lalu terjumpa sejumlah gambar-gambar lama masjid di daerah ini dipaparkan pada satu sudut. Biar ditunjukkan gambar-gambar itu tanpa banyak ulasan. Jika saya ada mengambil gambar mana-mana masjid itu sendiri biar diletakkan link agar boleh dibuat perbandingan keadaan lama dan baru. Mari... :]
About 2 weeks ago I made a stop at the main mosque of Muar and found a number of old pictures of mosques in this district displayed at one corner. Let the pictures be shown without much review. If I have myself personally taken pictures of any of these mosques then let the link be placed so that comparisons can be made of the condition old and new. Come... :]



Sepanjang ingatan saya rasanya tak pernah singgah ke masjid ini jadi saya tak tahu keadaannya.

As far as I could remember I have never visited this mosque so I don't know its condition.


Ini adalah Masjid Jamek Muar. Memandangkan saya membesar tidak jauh dari sini maka memang saya biasa sangat dengan masjid ini. Lihat Masjid Jamek (main mosque) of Muar....

This is the main mosque of Muar. Considering the fact that I grew up not far from here so I am indeed very familiar with this mosque. Look at Masjid Jamek (main mosque) of Muar....

Hmm. Tak berapa tahu...

Hmm. Don't know much...


Yang ini saya dah singgah beberapa kali. Lihat Masjid lama (old mosque of) Olak Sepam, Pagoh, Muar.
This one I have visited a number of times. Look at Masjid lama (old mosque of) Olak Sepam, Pagoh, Muar.



Ini pula adalah masjid di kampung ibu saya. Walaupun saya tidak pernah membuat artikel khusus tentangnya saya ada meletakkan gambar pada artikel Gambar-gambar di Muar 3 (Pictures in Muar 3).
This in turn is the mosque at my mother's native village. Although I have never made any dedicated article about it I have placed a picture in the article Gambar-gambar di Muar 3 (Pictures in Muar 3).




Yang ni saya tak tahu...
This one I don't know...





Ni pun tak tahu. Yang saya tahu tahun yang diletakkan pada gambar nampak macam tersilap. Takkanlan ini gambar tahun 1999?
This one also I don't know. What I do know is that the year placed on this picture looks like a mistake. How can it be that this picture was taken in 1999?






Sama juga tak tahu.
Same also don't know.







Masjid ini pula terletak berdekatan kampung ibu saya tidak jauh dari Masjid Kampung Temiang. Lihat gambar yang ada di Gambar-gambar di Muar 3 (Pictures in Muar 3).
This mosque in turn is situated near my mum's native village not far from the Kampung (village of) Temiang mosque. Look at the pictures in Gambar-gambar di Muar 3 (Pictures in Muar 3).



Tak tau.
Don't know.





Mungkin pernah singgah tapi tak ingat.
Maybe I've visited it but can't remember.






Yang ini saya baru pertama kali sampai 2 bulan lalu. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Paya Redan, Pagoh.
This one I've just visited for the very first time 2 months ago. Look at Masjid jamek (Main mosque of) Paya Redan, Pagoh.




Nama tempat iaitu Relau di Muar pun saya tak pernah dengar...
The name of the place which is Relau in Muar is something I have not heard of.




Yang ini tidak ditulis masjid mana. Mungkin anda boleh bertanya pada Ustaz Zam di 013-7260661?
This one is not written which mosque. Maybe you can ask Ustaz Zam at 013-7260661?

Apapun oleh kerana artikel ini melibatkan masjid-masjid di Muar biar diletakkan lagi links masjid di daerah ini yang pernah diketengahkan di blogspot ini. Sekian...
Whatever since this article involves mosques in Muar let more links of the mosques in district which have been featured in this blogspot be placed here. That's all...

2 comments:

Anonymous said...

Thanks for sharing... Sedikit keganjilan pada gambar masjid Kg Sg Baru Bukit Gambir apabila dilabelkan dgn tahun 1999 sedangkan Masjid2 yang lain semuanya bertarikh sekitar 1915... kesilapan teknikal org yang edit gambar tu agaknya, sambil org yg gantung frame pulak tak check terlebih dahulu

irfaan said...

baru perasan yang gambar dilabel masjid paya redan bukanlah masjid paya redan sebaliknya masjid lama kg bekoh,.... kalau lihat dari struktur dan seni binanya pun berbeza dari masjid lama paya redan