-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Thursday, December 09, 2010

Kota (Fort of) Melawati, Kuala Selangor

Ah. Rupa-rupanya ada lagi yang perlu ditambah untuk melengkapkan koleksi cerita Selangor. Gambar-gambar ini di ambil dari artikel Baru betul-betul melihat Bukit Melawati... yang dibuat di blogspot CATATAN SI MERAH SILU Julai 2010.
Ah. As it turns out there are still some to be added to complete the collection of Selangor stories. These pictures are taken from the article Baru betul-betul melihat Bukit Melawati... made in the blogspot CATATAN SI MERAH SILU Julai 2010.


Saya sudah banyak kali pergi ke Bukit Melawati di Kuala Selangor tetapi pada satu hari baru tergerak untuk pergi ke bahagian paling tinggi.

I have been to Bukit (hill of) Melawati in Kuala Selangor many times but it was only during one day that I was moved to go to its highest parts.





Baru saya tahu di bahagian paling atas ini terdapat satu kawasan lapang yang pernah menjadi sebahagian kota. Selalunya saya cuma naik ke bahagian sedikit bawah hadapan muzium dan berdekatan rumah api untuk bermain-main dengan monyet...

Then only did I knew at this top part lies an open area which used to be part of a fort. Most of the time I only went up to the slightly lower parts in front of the muzium and nearby the light house to play with the monkeys...


Ada sejumlah meriam lama masih terjaga elok.

There are a number of old cannons still well-taken care of.


Untuk pengetahuan puncak Bukit Melawati pernah menjadi tempat bersemayam 3 orang Sultan terawal Selangor, dari pertengahan abad ke 18 hingga pertengahan abad ke 19 Masihi. Sebab itu didirikan kota di sini...

For information the peak of Bukit Melawati used to be the place of residence for Selangor's 3 earliest Sultans, from the middle of the 18th century to the middle of 19th century AD. That is why a fort was built here...






Di hadapan satu pintu masuk terdapat sebuah batu hampar.
In front of an entrance there lies a bedrock.





Kalau tak salah ia digunakan untuk memancung kepala pesalah.

If not mistaken it is used to behead offenders.


3 comments:

Anonymous said...

Kalau tak silap salah satu dari 3 pucuk meriam kat atas puncak tu pernah meletup dengan sendirinya.

3 pucuk meriam tu dinamakan dengan 3 Sultan yang terawal di negeri Selangor.

Radzi Sapiee said...

Hmm. Pernah dengar cerita pasal meriam meletup tu tapi tak tahu le 1 je meletup daripada 3. Tentang nama meriam sempena 3 sultan terawal tu memang kena. Sebab ke3-3 sultan tu bersemayam kat Bukit Melawati, Sultan ke 4 iaitu Sultan Abdul Samad pula bersemayam di Jugra dekat Banting, Kuala Langat.

Unknown said...

saya pernah datang sini,dan pegang meriam ni,ia dibalut kain kuning ! kedudukannya,masuk lorong naik ke bt.hampar,kemudian naik,belok kiri,dah sampai. .