-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, April 08, 2011

Batu-batu nesan di makam Sultan Alauddin Melaka (Tombstones at the tomb of Sultan Alauddin of Melaka)




Esoknya saya pergi ke makam Sultan Alauddin Riayat Shah Melaka yang terletak di Pagoh. Rujuk artikel lama Makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Pagoh (Tomb of Sultan Alauddin Riayat Shah in Pagoh). Kali ini saya mahu meneliti setiap batu nesan yang ada. Maka biar ditanda melawan arah jam seperti tertera di atas. Dan setiap muka dan sisi batu nesan pula akan dilihat melawan arah jam...

The next day I went to the tomb of Sultan Alauddin Riayat Shah of Melaka which is situated in Pagoh. Refer to the old article Makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Pagoh (Tomb of Sultan Alauddin Riayat Shah in Pagoh). This time I wanted to examine every tombstone available. Thus let it be marked counter-clockwise as shown above. And every face and side of the tombstones would be looked at counter-clockwise...



Menurut setengah pihak batu nesan 1 adalah batu kepala Sultan Alauddin.

According to some parties tombstone 1 is the headstone of Sultan Alauddin.


Sisi kanan.

The right side.


Muka dalam.

Inner face.


Sisi kiri.

Left side.


Batu nesan 2 pula dipercayai sebagai batu nesan kaki Sultan Alauddin. Namun jenisnya kelihatan berlainan dari batu nesan 1.

Tombstone 2 in turn is believed to be the foot tombstone of Sultan Alauddin. But its type looks different from tombstone 1.



Maka ada pihak lain percaya batu nesan 1 dan 2 milik individu berlainan tetapi setelah lebih 500 tahun ia disangkakan sepasang.

Thus there are other parties who believe tombstones 1 and 2 belong to different individuals but after more than 500 years it is thought to come in pairs.



Kalaulah sesiapa tahu membaca tulisan Khat yang ada dan menterjemahkannya dari bahasa Arab kepada Melayu mungkin kita boleh mendapat kepastian.

If only someone knows how to read the Khat (artistic) writing and translate it from the Arab language to Malay (or English?) than maybe we can know for sure.




Papan maklumat makam (rujuk artikel The tomb of Sultan Alauddin Riayat Shah of Melaka revisited di blogspot BERPETUALANG KE ACEH) ada menyebut pada batu nesan Sultan Alauddin tercatat ayat-ayat berikut :

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,

Inilah kubur yang cemerlang almarhum Sultan yang suci,

Sultan Alauddin ibni Sultan Mansur Shah ibni Sultan Muzaffar Shah,

Rahmat dan kesejahteraan Allah barang terlimpah ke atas roh mu wahai wali Allah yang terpilih.

Namun ia tidak menyebut batu nesan mana yang memiliki catatan ini.

The tomb's information board (refer to the article The tomb of Sultan Alauddin Riayat Shah of Melaka revisited in the blogspot BERPETUALANG KE ACEH) do say on the tombstone of Sultan Alauddin is inscribed these sentences : (English translation) :

There is no God but Allah,

This is it the tomb of the excellent deceased Sultan who is pure,

Sultan Alauddin son of Sultan Mansur Shah son of Sultan Muzaffar Shah,

Blessings and glad tidings of Allah hopefully in abundance upon your soul o ye chosen saint of Allah.

But it does not say which tombstone has these inscriptions.

Ini pula adalah batu nesan 3 yang dipercayai batu nesan kaki isteri Sultan Alauddin.

This in turn is tombstone 3 which is believed to be the footstone of a wife of Sultan Alauddin.







Sekurang-kurangnya ia kelihatan serupa dengan ini, batu nesan 4 yang dipercayai batu nesan kepala isteri Sultan.

At least it looks similar to this, tombstone 4 which is believed to be the headstone of the Sultan's wife.







2 comments:

Radzi Sapiee said...

For a better read of the inscriptions at the tombstones read this new article http://berpetualangkeaceh.blogspot.com/2011/09/new-look-of-sultan-alauddin-of-melakas.html

abu dervish said...

Assalamualaikum Radzi. Boleh pinjam gambar2 dari blog ini tak? Tulisan dan gambar2 menarik. Teruskan.