-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Thursday, March 22, 2012

Makam (Tomb of) Tok Bentayan?

Kita beralih ke sejumlah tempat yang baru sahaja dilawati beberapa hari lalu.
We move to a number of places which have just been visited a few days ago.



Hujung minggu baru ini saya kembali ke kampung ibu di Muar lalu mengambil peluang menziarah makam ini.
The recent weekend I returned to my mother's native village in Muar and took the chance to visit this tomb.



Walaupun saya sudah sampai 2-3 kali sebelum ini, baru seminggu sebelumnya saya mendapat kepastian dari seorang rakan bahawa yang disemadikan adalah seorang tokoh yang dikenali sebagai Tok Bentayan.
Although I have been here 2-3 times before this, it's just a week before that I got confirmation from a friend that the person laid to rest here is a figure known as Tok Bentayan.




Bentayan adalah nama lama kawasan sekitar ini. Masih ada sebuah sungai kecil berdekatan bernama Sungai Bentayan yang mengalir masuk ke Sungai Muar cuma 1-2 km dari sini. Panggilan Tok Bentayan menandakan beliau orang besar sini dahulukala. Sebuah salasilah menyatakan nama sebenar beliau sebagai Sayyid Hussin @ Hashim Jamalulail yang datang dari Iraq abad ke 17 Masihi.
Bentayan is the old name of the area around here. There still is a small river nearby called Sungai (river of) Bentayan which flows into the Muar river just 1-2 km from here. The calling Tok (literarily the elder of) Bentayan connotates him as an important person here of olden times. A genealogical chart mentioned his real name as Sayyid Hussin @ Hashim Jamalulail who came from Iraq 17th century AD.


Ini nampaknya adalah makam isteri beliau. Saya tidak tahu namanya.
This looks like the tomb of his wife. I do not know her name.



Salasilah sama menyebut Tok Bentayan sebagai moyang kepada ibu kepada seorang tokoh dipanggil Tok Tenang yang sangat terkenal di Segamat abad ke 18. Rujuk Makam (Tomb of) Tok Tenang. Berpandukan pada salasilah itu Tok Bentayan nampaknya segenerasi dengan pembuka Lenga di Muar, Sheikh Abdullah Sabihu yang dikenali sebagai Moyang Lenga. Rujuk Makam (Tomb of) Sheikh Abdullah Sabihu.
The same genealogical chart mentioned Tok Bentayan as the great-grandfather to the mother of a figure called Tok Tenang which was very famous in Segamat in the 18th century. Refer Makam (Tomb of) Tok Tenang. Guided by that chart Tok Bentayan looks like of the same generation to the person who opened up Lenga in Muar, Sheikh Abdullah Sabihu who is also knowned as Moyang Lenga. Refer Makam (Tomb of) Sheikh Abdullah Sabihu.


Nota tambahan, dibuat 20 Okt 2013 : Seorang pembaca baru memberitahu bahawa makam ini milik orang yang bernama Hj Md Said (Tok Andak) bin Penghulu Marsah bin Tok Senin. Maka itu biar ditambah tanda soal pada tajuk artikel. Rujuk ruangan komen...
Additional note, made 20 Oct 2013 : A reader have just informed that this tomb belongs to a person named Hj Md Said (Tok Andak) bin Penghulu Marsah bin Tok Senin. Thus let a question mark be added to the title of the article. Refer to the comment section...


10 comments:

BERRY said...

Alhamdulillah...terima kasih juga saya ucapkan kepada empunya blok ini yang mengisarkan sejarah-sejarah melayu. Dimana kebanyakkan generasi zaman sekarang kurang peka akan pentingnya sejarah melayu, sejarah nenek moyang kita.

Unknown said...

makam sheikh abdullah sabihu atau tok lenga tu dah dirobohkan oleh jab.agama johor,pada era 80an,kerana ada unsur pemujaan.saya adalah anak jati lenga,untuk pengetahuan smua,makam ini sudah tiada,tingal tapak je,ia bersebelahan dgn tapak shooting filem bkt.kepong awal 70an dulu ! !

Jaafar Kelana al Bugisi said...

Assalammualaikum wbkt
Setelah terbaca blog ini , hati merasa terpanggil untuk memberi pandangan. Munkin tuan orang yang arif didalam hal hal sejarah di nusantara, berbanding dengan hamba fakir yang kerdil, dan tidak berkemampuan saperti tuan. Disini ingin hamba berkongsi maklumat , kerana dibimbangi generasi muda akan terkeliru dek disajikan fakta yang kurang tepat. Makam yang tuan paparkan , dan mendakwa makam Tok Bentayan itu, rasa nya kita perlu perhalusi lagi siapa kah yang sebenarnya bersemadi di situ. Makam yang terletak di batu: 1 Bakri Muar itu, dibawah pohon tembusu, sebenar nya makam moyang hamba, Al Marhum Hj Md Said (Tok Andak) bin Penghulu Marsah bin Tok Senin. Manakala makam yang disebelah itu ialah makam isterinya bernama Sa'diah. Hj Md Said (Tok Andak) dilahirkan dikampung Serkam Melaka, berjawatan sebagai tuan Imam . Semasa tercetus nya peristiwa perang rokam diSerkam pada tahun 1887 diantara pihak British yang diketuai olih pesuruhjaya British bernama BH Alcum dan penduduk Serkam yang dipimpin olih Hj Md Said (Tok Andak) yang tidak berpuas hati terhadap sistem cukai baru yang diperkenalkan olih pihak British. Didalam keadaan yang amat genting , Sultan Abu Bakar Johor telah menjadi orang tengah , mengundang Hj Md Said (ToK Andak) dan pengikut nya berpindah ke Muar, memudiki sungai Bentayan dan membuka penempatan baru dinamakan lorong Serkam hingga ke hari ini. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1888 dan disemadikan ditanah perkuburan Saidiah batu: 1 Bakri Muar , sempena nama beliau. Makam ini dijaga rapi olih ahli waris kadim keturunan kami , dan hamba salah seorang cucu cicit nya dari generasi yang ke 5. Jika hamba tersalah maklumat , maaf dipohon , kerana kita bukan lah asing , keerana tuan pernah menginap diteratak Ugik satu ketika dulu. Tidak kira siapa yang bersemadi disini, yang penting roh nya berada didalam kumpulan orang yang solleh, diatas berkat doa cucu cicit nya, dan apalah ada pada nama, hanya terpapar dibatu nisan......Amin....

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Terima kasih atas perkongsian maklumat. Maaf kalau saya tersilap. Saya menerima ini sebagai makam Tok Bentayan setelah merujuk pada seorang waris Temenggung Muar yang dari belah bapa berketurunan Raja Haji hampir 2 tahun lalu kalau tak salah. Apapun biar ditambah tanda soal pada tajuk artikel ini.

moazkhahim92@yahoo.com said...

asalamualaikum

saya merupakan sebahagian dari peminat blog anda.tetapi alangkan kecewanya saya bila saya terbaca satu artikal dalam blog anda tentang makam yang anda katakan sebagai milik tok bentayan..untuk maklumanm anda makan tersebut merupakan makam milik moyang hamba yang bernama haji md said (tok andak) bin penghulu marsah bin tok senin dan saya merupakan generasi yang ke 6 dari beliau...sesunguhnya artikal anda itu telah menyebabkan kami warisnya telah berasa kecewa dan terhiris hati dengan artikal yang anda tulis di blog anda ini .untuk maklumam anda ,saya pernah mendengar cerita dari seseorng yang menyatakan makam milik tok bentayan itu terletak di tepi muara sungai muar dan kawasan makam itu telah pun diratakan dan didirikan bangunan sebagai tempat hentian bas dan teksi bentayan.sesunguhnya artikal anda sebenarnya baik tetapi ianya telah membuatkan kami waris kepada tok andak ini berasa kecewa diatas tindakan anda itu.sekian...

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Terima kasih kerana menegur. Maaf jika kesalahan ini menghiris hati waris2 kalian. Telah saya ambil perhatian dengan meletakkan tanda soal pada tajuk dan menambah nota pada penghujung artikel. Ini kerana artikel dibuat untuk bercerita tentang Tok Bentayan untuk dikaitkan dengan salasilah Temenggung Muar, setelah lebih setahun baru saya mendapat teguran.

moaz ibnu khahim said...

pemohonan maaf anda saya terima dengan hati terbuka disebabkan kita sesama islam..untuk maklumam anda saya tidak mahu menulis komen ini tetap disebabkan takutnya kepada generasi kami yang akan datang berasa keliru.lebih baik saya memberi komen dalam artikal anda ini.supaya kekeliruan tidak akan terjadi dikemudian hari.sekian wasalam

Anonymous said...

Di kampung gombang ada terdapat satu makam dibina di kawasan persendirian milik seorang tokoh agama dikampung tersebut yang telah kembali kerahmatullah. Mungkin info ini dapat membantu admin merungkai kajian sejarah seterusnya untuk dikongsikan bersama dan sama sama mendoakan kerahmatan dari Allah swt keatas Allahyarham tokoh tersebut.

Radzi Sapiee said...

Yang ini ke? http://artmelayu.blogspot.com/2011/05/makam-tomb-of-busu-isim.html

naga said...

Kemas tuan. Saya mendoakan yang sama tuan. Terima kasih atas penerangan yang amat baik dari tuan. Alhamdulillah.