Masjid jamek Lumut. Perhatikan senibinanya yang serupa dengan senibina Melayu lama yang sudah diketengahkan dalam blogspot ini, terutama bahagian seperti lidah menjulur daripada setiap sudut atap.
The main mosque in Lumut. Note the architecture which is similar to the ones potrayed before in this blogspot, especially the "tounges" hanging down from every corner of the roof.
Saya agak terperanjat melihat bangunan besar tempat letak kereta di belakang ini. Lumut telah banyak berubah berbanding keadaan ketika saya di situ lebih setahun sebelum gambar ini diambil. Sengaja saya pilih sudut yang menonjolkan nama jalan sempena Nakhoda Mohamad Taib, seorang pahlawan handal yang dikatakan datang dari Batubara di Sumatera awal abad ke 19 untuk menghalau lanun yang bermaharajalela sekitar Lumut lalu memajukan daerah itu.
I was surprised to see the big car-park building seen in the background. Lumut have changed much since I was there a year before this picture is snapped. I consciously chose this angle to bring up the road dedicated to Nakhoda (Ship-captain) Mohamad Taib, a skilful warrior who was said to hail from Batubara in Sumatera early 19th century to chase away the pirates which hold sway over Lumut and to cultivate the area.
Muara Sungai Dinding dilihat daripada pekan Lumut. Kelihatan di belakang adalah bukit-bukau di Pulau Pangkor.
The estuary of the Dinding river seen from the small town of Lumut. At the background are the hills at Pangkor Island.
Pekan Lumut dilihat daripada tengah Sungai Dinding. Ketika itu saya sedang menaiki bot untuk ke seberang. Kelihatan di belakang adalah Bukit Engku Busu setinggi lebih 1,000 kaki, bukit yang dinamakan sempena seorang kerabat diraja Bugis yang pernah bermastautin, kalau tak silap penghujung abad ke 18.
The small town of Lumut as seen from the middle of the Dinding river. At the time, I was on a boat heading across the river. Seen in the background is the hill of Engku Busu which is more than 1,000-feet tall, a hill named after a Bugis royalty who stayed in the area, correctly or not at the end of the 18th century.
Damar Laut dilihat daripada bot menghampiri jeti. Tempat ini terletak di seberang pekan Lumut.
Damar Laut seen from the boat approaching the jetty. This place is situated across Lumut.
3 comments:
salam..sya adalah berketurunan nakhoda kalau mengikut cerita tok nenek sya. tp tk byk yg sya tahu tentang asal usl sya melainkan ada nama2 jalan di lumut i.e pendekar mahmood, pendekar yunos yg bersempena nama tok2 sya dulu. mungkin ader yg boleh memberikan lebih maklumat dsbnya yg membantu' tkasih
terima kasih dengan info ini sangat membantu orang2 lumut perak.
TERUSKAN PERJUANGAN!!!
Post a Comment