Dua minggu lepas seorang sepupu yang sudah lama tidak berhubung tiba-tiba menalifon. Rupa-rupanya, dia terbaca ulasan tentang siri buku "Berpetualang ke Aceh" yang baru keluar dalam akhbar Berita Harian hari itu. Sepupu ini agak teruja dengan ulasan tersebut lalu mencadangkan agar saya membuat promosi di Bukit Fraser, sempena acara perlumbaan antarabangsa melihat burung tahun ini. Kebetulan saya telah menghadari acara yang sama tahun lepas dan ternyata ramai peserta serta pengunjung memeriahkan suasana, maka timbul rasa untuk menyahut cadangan sepupu itu.
Khamis, 21 Jun. Saya pun bergegas ke rumah almarhum nenek di Raub di mana Mak Uda, ibu kepada sepupu ini tinggal. Baru saya tahu, tidak seperti tahun lepas di mana sepupu ini telah datang ke Bukit Fraser bersama keluarga iparnya, tahun ini mereka tidak dapat pergi kerana kesibukan hal masing-masing. Nyaris-nyaris saya membatalkan rancangan untuk ke sana, jika tidak kerana disebabkan beberapa 'kebetulan' yang saya anggap sebagai tanda perlu juga naik ke Bukit Fraser. Maka saya pun mengambil kesempatan atas kehadiran ramai manusia sempena acara perlumbaan burung untuk mempromosikan buku saya.
Pada awalnya, saya ingat saya perlu berada di Raub sehingga hari Isnin demi menolong ahli keluarga. Seorang bapa saudara telah mengalami kemalangan yang menyebabkannya tidak dapat memandu kereta maka Mak Uda meminta saya agar bersedia untuk bertindak sebagai pemandu untuk menghantar isteri kepada bapa saudara itu, Mak Ngah untuk pergi balik kerja.
Earlier, I thought I had to be in Raub until Monday in order to help family members. An uncle had an accident which prevented him from driving the car so Mak Uda asked me to be ready to act as the driver to sent the uncle's wife, Mak Ngah to and from work.
Demi keluarga, saya pun menyatakan kesediaan untuk mula 'berkhidmat' pada esoknya. Ternyata Mak Ngah bercuti hari Jumaat dan kemudian muncul saudara-mara lain mengambil-alih kerja, maka saya mempunyai masa yang terluang untuk berbuat apa-apa perkara yang disukai. Tetapi susah rasanya untuk pergi ke Bukit Fraser kerana saya tidak memiliki kenderaan... Tahun lepas, saya pergi menaiki kereta sepupu...
Dalam perjalanan kembali ke pusat bandar selepas makan, saya bercadang untuk singgah di sekitar restoran Kentucky Fried Chicken kerana sepupu saya ada memberitahu di situ terdapat signal wi-fi Internet yang mungkin saya boleh tumpang. Seorang buah hati pula telah menalifon sehingga saya terleka lalu berjalan kaki 3 blok kedai melepasi restoran Kentucky!
Rupa-rupanya ada hikmah kenapa ini berlaku. Perjalanan yang terlajak ini menyebabkan saya terserempak dengan sepupu yang ketika itu berada di sebuah kedai foto. Maka dapatlah saya menumpangnya menaiki skuter untuk menunaikan solat Jumaat di masjid jamek. Kemudian kami singgah di rumah keluarga iparnya dan di situlah si mak ipar memberitahu, terdapat perkhidmatan bas 2 kali sehari daripada Raub ke Bukit Fraser.
Dipendekkan cerita, saya pun dapat naik ke sana untuk membuat promosi buku "Berpetualang ke Aceh"... Tetapi biarlah cerita tentang promosi ini dibuat dalam artikel lain ya, rasanya untuk blogspot "Catatan Si Merah Silu" sahaja... Di sini, saya sekadar ingin bercerita tentang apa yang berlaku serta suasana di sekitar Bukit Fraser 23-24 Jun lalu. Silakan... :]
Jam besar Bukit Fraser... Ketika sedang duduk berehat di satu kawasan, saya dapat melihat sekumpulan pelajar perempuan yang masih muda, rasanya pelajar sekolah menengah berjalan menghala ke jam besar, masing-masing membawa kamera.
The big clock of Fraser's Hill. While sitting and resting at a spot, I could see a group of young female students, looked like secondary school student walking heading for the big clock with a camera each.
Tidak lama kemudian, kelihatan seorang dewasa dengan peralatan kamera yang lebih canggih, rasanya guru mereka. Orang ini menyuruh mereka mengambil gambar jam besar itu. "Inilah identiti Bukit Fraser!" katanya.
Not long later, there appeared an adult with much advanced camera equipment, looks like the teacher. This man asked them to take pictures of the big clock. "This is the identity of Fraser's Hill!" he said.
Sebahagian daripada gerai-gerai pamiran yang didirikan sempena acara perlumbaan melihat burung Bukit Fraser. Untuk makluman, acara yang diadakan sejak tahun 1988 (kalau tak salah ingatan) ini dihadiri juga oleh ramai peserta dan pengunjung daripada luar negara.
Some of the exhibition stalls set up for the Bukit Fraser bird-watch race. For information, the event held since 1988 (if not mistaken) is also attended by participants and visitors outside the country.
Ini memberi kesempatan kepada mana-mana pihak untuk mempromosi barangan jualan atau keluaran mereka ke khalayak yang lebih luas. Maka itu ada gerai mempromosi batik dan barang-barang optikal seperti teropong dan lensa kamera. Ada juga gerai mempromosi tumbuh-tumbuhan hutan terutama di negeri Pahang.
This gives the chance for any party to promote their goods or produce to a bigger crowd. Therefore there were stalls promoting batik and optical goods such as binoculars and camera lenses. In fact there were stalls promoting jungle growths especially in the state of Pahang.
Di latar-belakang gambar adalah hotel Puncak Inn yang juga merupakan salah sebuah bangunan identiti Bukit Fraser. Harga penginapan di sini, kalau tak salah ingatan sekitar RM50 hingga RM90 untuk satu bilik sehari, dikatakan paling murah di bukit peranginan ini.
In the picture's background is Puncak Inn which is also one of the identity buildings of Fraser's Hill. The rate here, if not mistaken is around RM50 to RM90 for a room per day, is said to be the cheapest at the hill resort station.
Bangunan Kelab Golf yang juga bertindak sebagai pusat jawatankuasa dan sekretariat perlumbaan antarabangsa melihat burung Bukit Fraser.
The Golf Club building which also served as the comittee and secretariat centre for Fraser's Hill international bird-watch race.
Oh... Perlumbaan ini adalah perlumbaan berpasukan di mana setiap pasukan perlu bergerak ke kawasan-kawasan yang ditetapkan lalu mencari dan melihat seberapa banyak jenis burung yang terdapat di sesuatu kawasan dan membuat catatan. Pasukan yang dapat mencari paling banyak jenis burung dikira sebagai pemenang.
Oh... The race is a team event where each team must go to the designated areas and look for as many species of birds at the area and take notes. The team which finds the most type of birds is considered the winner.
Jam besar Bukit Fraser dilihat daripada sudut lain. Kelihatan bunting promosi buku "Berpetualang ke Aceh" hasil reka-cipta sendiri diletakkan bersebelahan pokok, lokasi pertama bunting ini diletak di sini dalam eksperimen untuk melihat reaksi orang yang lalu-lalang.
Fraser's Hill big clock seen from a different angle. Seen here the self-designed bunting for promoting the book "Berpetualang ke Aceh" erected beside a tree, the first location for the bunting here in an experiment to see passers-by' reaction.
Kemeriahan waktu malam ramai pengunjung di Bukit Fraser.
The festive atmosphere due to the number of visitors at Fraser's Hill.
Sebuah konsert turut diadakan untuk memeriahkan suasana. Kelihatan anggota kumpulan Kopratasa di atas pentas.
A concert was also held to perk up the atmosphere. Seen here are members of the group Kopratasa on stage.
Inilah masjid tempat saya bermalam untuk menjimatkan belanja... Letaknya sekitar 500 meter naik bukit daripada 'pusat bandar'.
Bukannya saya dapat tidur nyenyak pun, maklumlah saya sebenarnya sedang demam sambil mengharapkan jacket serta dua helai kain pelikat untuk melindungi diri daripada kesejukan malam udara pergunungan.
This is the mosque where I spent the night to spare expenses... It is situated some 500 metres uphill from the 'town centre'.
Not that I had a good sleep, after all I was actually having cold while counting on a jacket and two pairs of clothes to protect myself from the chilly night mountain air.
Untuk makluman, Bukit Fraser terletak sekitar 4,000 kaki daripada paras laut. Suhu harian selalu berada di sekitar 22 Celsius pada waktu siang dan 20 Celsius atau kurang waktu malam sedangkan saya sudah terbiasa suhu Kuala Lumpur dengan minimum 27 Celsius dan sering mencapai 31 Celsius ke atas.
For information, Fraser's Hill is situated some 4,000 feet above sea level. The daily temperature is often around 22 Celsius during the day and 20 Celsius or below at night while I'm used to the temperature in Kuala Lumpur at a minimum of 27 Celsium and often reaches 31 Celsius and above.
Hasilnya, saya tidak dapat tidur nyenyak kerana sering menggigil kesejukan malah sering sakit perut dan pundi-pundi kencing. Jam 5.15 pagi, saya terbangun lagi untuk ke tandas lalu bangkit terus untuk solat Subuh berjemaah kemudian turun ke 'pusat bandar' untuk mendirikan bunting "Berpetualang ke Aceh". Penat woo tak cukup tidur!
The result, I couldn't sleep properly and often shaking in cold in fact often got stomach-ache and uncomfortable kidney. At 5.15 in the morning, I woke up again to go to the toilet and thus went straight for congregational Subuh (early morning prayers) before going down to the 'town centre' to set up the "Berpetualang ke Aceh" bunting. So tired woo not having enough sleep!
Suasana kedai-kedai makan di kaki Puncak Inn. Cantik bukan warna-warninya?
The atmosphere at the food outlet at the foot of Puncak Inn. Colourful isn't it?
Hmm... Cukuplah saya bercerita di sini ya. Ketika menulis perenggan ini, waktu sudah melepasi jam 2 pagi sedangkan saya sebenarnya belum makan malam sejak kembali daripada pusat bandaraya Kuala Lumpur 9 malam tadi... Sibuk sangat nak buat update untuk blogspot. Selamat malam ya... :]
Hmm... Enough of me story-telling ya. While writing this paragraph, the time is already past 2 in the morning (actually 4am when I made the English translation up to this point) when I actually haven't had dinner after returning for Kuala Lumpur city centre at 9... So busy to update the blogspots. Good night ya... :]
p/s: Perhaps some would ask, did I also watch some bird at Fraser's Hill? What more, isn't the title of this article "Bird-watching at Fraser's Hill"?
Hmm... Yes there's some species of birds seen flying everywhere. Maybe I can see more if I don't just stick around the 'town centre'... Maybe too I could find some birds in hiding if I brought my own binoculars.
What was sure, I met a beautiful 'bird', wearing head-scarf with a sweet and endearing smile. We got to know each other, share plenty of stories while walking about and I feel comfortable and like her.
It's just that I feel enough we become friends... I told this 'bird' that I still have feelings for the ex-wife especially when I think about our daughter. And I also have two girlfriends whom I love dearly. Enough that way...
1 comment:
assalamualaikum saudara.....
sya m.yunus dari petaling jaya....
bakal melangsungkan pkahwinan 9/3/08 nie...
cadangnye nak pgi honeymoon ke bukit fraser...bleh x bagi panduan tmpat2 menarik & tempat pginapan yg bharga sederhana disana...
wallahu a'lam
muhd yunus
0122396867
yunus_pjs@yahoo.com
Post a Comment