-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Tuesday, November 13, 2007

Sedikit citarasa Itali di Pulau Besar? (A bit of Italian taste in Pulau Besar?)

Hari ini, pada tarikh 13 November atau 13/11 yang mempunyai makna tertentu untuk saya, tergerak pula untuk mencukupkan jumlah posting di blogspot ini menjadi 77 ke semuanya. Maka di sini biar dipersembahkan beberapa gambar yang baru diambil di Pulau Besar, Melaka lebih seminggu lalu. Sila!
Today, on 13th of November or 13/11 which has a certain meaning to me, I feel like making the number of postings in this blogspot a total of 77. And so let me present here some pictures taken at Pulau Besar, Melaka more than a week ago. Come!

Daripada sudut-sudut tertentu di Pulau Besar, seseorang dapat melihat satu pemandangan yang agak pelik bagi pulau ini... Pelik kerana pulau yang luasnya mungkin paling besar pun lebih sedikit daripada satu batu persegi ini tidak mempunyai banyak prasarana moden... Tiba-tiba boleh terlihat sekelompok bangunan yang kelihatan seperti pangsapuri lima bintang pula!

From certain angles at Pulau Besar, one could see a view which is rather weird for this island... Weird because the island which size at most could be slightly more than a square mile does not have much modern infrastructures... Suddenly there appear a group of buildings which look like five star apartments!


Bila didekati, ternyata memang bangunan-bangunan yang terdapat ini ada class yang tersendiri... Masuk di dalamnya terasa seperti sampai di Itali! Malah kali pertama berjalan-jalan di sini sekitar 5 tahun lalu, nama Tivoli Villa di kawasan Bukit Damansara, Kuala Lumpur terus menerpa di fikiran... Tivoli Villa pernah dianggap sebagai kawasan pangsapuri paling berprestij suatu masa dahulu sedangkan bangunan-bangunan di Pulau Besar ini hampir sahaja kelihatan sama taraf!

When one gets near, it is apparent the buildings here is in a class of its own... Going inside made one feels like being in Italy! In fact the first time I went walkabout here some 5 years ago, the name Tivoli Villa at the Damansara Heights area, Kuala Lumpur immediately came to mind... Tivoli Villa was once considered as the most prestigious apartments while the buildings in Pulau Besar seemed like almost of the same class!


Lihat bangunan-bangunan ini... Bukan calang-calang! Sayangnya ia tidak berpenghuni... Beginilah keadaannya sejak saya pertama kali melihatnya 5 tahun lalu. Menurut penduduk tempatan Pulau Besar, begini juga keadaannya ketika ia siap, kalau tak salah ingatan lebih 10 tahun lalu!
Look at these buildings... This is no child's play! Too bad it is not populated... This was the condition since I first saw it 5 years ago. According to locals of Pulau Besar, this was also the condition when it was first completed, if memory serves me right more than 10 years ago!

Tiba-tiba sahaja muncul satu makhluk aneh di hadapan! Ah? Apakah ini satu jenis makhluk bunian yang dikatakan banyak terdapat di Pulau Besar, pulau penuh misteri ini...

Suddenly there appears a strange creature in front! Ah? Is this a type of fairy creature said to exist by large numbers in Pulau Besar, an island full of mystery?

Hehe! Jangan takut... Itu kawan saya Zaidi. Tapi jangan terperanjat jika tiba-tiba muncul makhluk seperti ini dan ternyata ia bukan manusia. Menurut ceritanya, memang banyak makhluk ghaib pelbagai jenis di pulau ini!

Haha! Don't be scared... That is my friend Zaidi. But don't be surprised if suddenly there appears invisible (or weird) beings like and later proven to be not human. According to the tales, there's many such beings of many types in this island!


Menurut kata orang yang mengetahui, sebab itulah projek ini tidak menjadi. Berpuluh, mungkin beratus juta Ringgit telah dibelanjakan untuk mendirikan kelompok pangsapuri mewah di Pulau Besar ini. Tapi ada suatu macam kuasa yang menghalang daripada ia berjaya... Ada gangguan-gangguan ghaib yang boleh menakutkan orang ramai.

According to those who know, that's why this project doesn't quite lift off. Tens, maybe hundreds of millions of Ringgit have been spent to built this group of luxury apartments at Pulau Besar. But there's some kind of force stopping it from succeding... Some sort of invisible disturbances which could scare people.


Kata orang tempatan, elok juga projek ini (dan beberapa projek besar yang dicadangkan malah telah didirikan di Pulau Besar) tidak menjadi. Kalau jadi, kemungkinan besar ia akan mengundang pelbagai perkara maksiat yang selalunya sinonim dengan kehidupan moden orang kaya di pangsapuri mewah yang kononnya melambangkan kecanggihan peribadi manusia... Maksiat-maksiat seperti minum arak, pergaulan bebas laki-laki dan perempuan seterusnya zina...

Said the locals, well it's quite good that this project (and a some other big projects suggested, in fact some already built in Pulau Besar) didn't make it. Or else, most likely it will bring all sorts of bad behaviour normally synonymous with modern living of the rich at luxury apartments allegedly representing the height of human nature... Bad behaviours such as drinking, free mixtures between male and female and thus fornication...


Pulau Besar dikenali ramai kerana kewujudan banyak makam-makam lama yang dikatakan milik manusia-manusia suci bertaraf wali. Pembangunan boleh dialu-alukan tetapi biarlah seiring dengan penjagaan kesucian hati. Siapa yang faham, fahamlah maksud saya. Sekian, posting ke 77 untuk blogspot ini!

Pulau Besar is known by many because of the existence of many ancient tombs said to belong to pure souls of saintly status. Development can be invited but let it be in line with purity of the heart. Those who understand, understand what I mean, That's all, the 77th posting for this blogspot!

11 comments:

Anonymous said...

Memang itulah yang berlaku.
Ada seorang kawan bagi cadangan supaya bangunan2 dan chalet2 tinggal tu dijadikan pondok pengajian. Kan lebih sesuai. Katanya ada juga orang berada yang minat dengan cadangan tu. Tapi xtau la.

Radzi Sapiee said...

Hehe! Masalahnya orang kaya-kaya yang dah melabur berjuta kat situ sanggup ke let go?... Sampai sekarang diaorang masih nak cuba cari jalan hidupkan tempat tu jadi port pelancungan international... Tak faham-faham lagi... Pulau Besar ni bukan boleh buat sembarangan. Tengok aje project padang golf... Setengah pulau dah kena tarah, dah siap dah siap ada clubhouse cantik. Dapat le hidup kejap, lepas tu terbengkalai. Itupun masih tak faham-faham

Anonymous said...

iyaleh kan orang-orang kaya ni mana mo melabur kalau tiada keuntungan...

Anonymous said...

saya suka layari blog awak ni banyak dapat tahu tempat2 menarik di Malaysia

Unknown said...

saya bersama keluarga pergi ke pulau besar,selepas melintasi padang golf saya menuju ke arah pantai dan berjalan kira2 50 meter,ternampak bangunan tersergam indah seperti di dlm gambar awak itu.menurut ayah,dia terdengar bunyi seperti org berbual2 di puncak bngunan itu,selapas menghampirinya terdpt sekumpulan burung merpati terbang & dua ekor kucing terjun lalu hilang dari pandangan.sama ada misteri atau kenyataan itulah yg kami sekeluarga alami

Anonymous said...

ermp .. .. sy bersetuju, pulau besar boleh dimajukan asalkan projek yg dihasratkan bersesuaian dgn latar belakang/sejarah pulau ini .. .. disebalik keuntungan yg dimahukan seharusnya nilai komersial yg ingin dibangunkan juga mengikut resam dan budaya pulau ini yg berwajahkan kesucian selain misteri .. ..

Anonymous said...

Kenapa pihak agama islam Melaka tidak membangunkan pulau besar ini sebagai tempat mengembang dan mempelajari tentang islam? Maksud saya seperti kolej islam. Mungkin juga hospital islam. Yang mana berkongsepkan perkhidmatan dan pembelajaran tentang kesihatan di landasan islam.

Anonymous said...

Perbadanan Muzium Melakaakan mengadakan PAMERAN MENYINGKAP SEJARAH DAN MISTERI PULAU BESAR, MELAKA – Keunikan...Warisan Insan dan Alam bermula 1 November 208 bertempat di Balai Syed Syeikh Al-Hadi, Bastion House, Jalan Kota, Melaka (sebelah A'Famosa)

juwitacinta said...

saya mengenali pulau besar sejak kecil lagi.banyak kenangan di situ.
ketika saya berkunjung kembali kesana sebulan lepas setelah sekian lama....mula mula gembira...tapi bila saja menghampiri ke makam Sultan....ke makam tujuh beradik.....sedih tidak terkata.....sesiapa yg melihat senario disitu..pasti dapat merasakan apa yg saya rasakan....bukan bangsa melayu.....tapi.....ya ALLAH...sedihnya....terutama makam tujuh beradik......sungguh berubah sekali....mengapalah ada insan insan yg tidak mengerti....keistimewaannya....kesan sejarah...tinggalan kasih sayang....buat keturunannya....apalah salahnya....kepung..kawasan tu....dari di masuki sembarangan dan di jaga kebersihannya....saya...yg ada kaitan warisan..sedih dan pilu....hanya mereka yang tahu...kisahnya sahaja yang mengerti perasaan saya ketika itu...mengalir air mata ini....mengapa kawasan itu di banjiri oleh..kaum...pengunjung...anda tentu faham maksud saya...seperti saya ketika itu berada bukan di malaysia..sebaliknya....rasa asing sangat disitu...jika ada diantara anda yg ingin berkongsi cerita...saya alu alukan....

Anonymous said...

salam, kalu boleh tlg preview lg serba sedikit tentang pulau besar tuh..
tentang wali2 yang pernah ada disana, sebab saya disuruh berguru disana,,, mintak pertolongan dan jasa baik.. insyaallah...

Unknown said...

utk pulau besar lebih detail,jengah kat www.karimon.wordpress.com