-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Wednesday, January 30, 2008

Pemandangan di Masjid Jamek Mersing (views at the main mosque of Mersing)...

OK... Kita kembali bercerita tentang tempat-tempat di Johor... Kali ini tentang Masjid Jamek Mersing dengan memakai tajuk yang sedikit lain. Sila!
OK... We return to stories about places in Johor... This time about the main mosque in Mersing with a slightly different title. Come!

Tajuk kali ini sedikit lain kerana saya lebih tertarik kepada pandangan sekeliling yang boleh dilihat di masjid ini. Terus terang dikatakan, saya sampai ke masjid ini semata-mata disebabkan ketika sampai ke Mersing daripada Kota Tinggi, sudah hampir waktu bersolat Jumaat. Kalau tidak, kemungkinan besar saya tidak akan menjejakkan kaki di sini.
The title this time is a bit different because I was more attracted by the views around which could be seen from this mosque. Frankly, I went to the moque all because when I arrived in Mersing from Kota Tinggi, it was almost time for the Friday prayers. If not, most probably I would have not set foot here.


Lihat sendiri pemandangan daripada masjid yang terletak di atas bukit di pinggir pantai menghadap Laut Cina Selatan ini...

Look for yourself the view from this mosque on top a hill next to the beach facing the South China Sea...


Ini adalah pemandangan menghala ke pusat bandar...
This is the view facing the town centre...


Pemandangan ke bawah bukit menghala ke laut...

View down the hill towards the sea...


Hmm... Malah pemandangan kawasan letak kereta ini pun terasa menarik bagi saya...

Hmm... Even the view of this parking area felt interesting for me...



Ada semacam kontras yang menarik antara kereta-kereta yang diletakkan dengan pulau-pulau di belakang...

There's some sort of interesting contrast between the cars parked and the islands behind...

Pokok-pokok di pinggir lereng bukit...
The trees at the hillside...


Sekarang, kereta-kereta, pokok-pokok dan pulau-pulau...

Now, the cars, the trees and the islands...


Terpesona melihat pemandangan, hampir saya terlupa waktu bersolat Jumaat yang semakin dekat...

Impressed by the views, I almost forgot the Friday praying time approaching near...


Apapun, saya tetap menunaikan solat wajib seminggu sekali bagi laki-laki Islam ini walaupun hukum membenarkan saya meninggalkannya kerana sedang bermusafir jauh. Ini adalah gambar setelah solat selesai...

Whatever, I still conduct this obligatory once a week prayers for Muslim men although the rules allow me to miss it as I was in the midst of travelling far. This is a picture after the prayer is done...


Oh... Saya naik ke masjid tadi dengan menumpang kereta orang dari bandar. Saya memilih untuk kembali berjalan kaki dengan melalui laluan bertangga ini. Sekian...

Oh... I went up the mosque hitchiking someone's car from town. I chose to return by foot through this set of staircase. That's all...

1 comment:

Anonymous said...

Thank you so much for yr interesting masjid jamek post and photos, very informative,
Keep it up