OK... This time let be bring you to visit a certain cemetery in Segamat, Johor. Come! :]
Sekitar 2-3 km keluar bandar Segamat, di tepi jalan utama ke Muar, kelihatan sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Makam Lubok Batu...
About 2-3km outside of Segamat town, beside the main road to Muar, one could see a mosque known as Masjid Makam Lubok Batu (the mosque of the Lubok Batu tombs)...
Betul-betul di seberang jalan menghadap masjid, terletak sebuah kawasan perkuburan yang mengandungi banyak makam-makam lama...
Right across the road facing the mosque, there's a cemetery containing many old tombs...
Antara banyak makam-makam lama ini, terdapat 3 kelompok makam yang paling terserlah, masing-masing berbumbung. Di gambar atas ini adalah kelompok yang terletak paling bawah... Adapun makam-makam ini terletak di tepian bukit.
Among the many old tombs, there's 3 groups of tombs which are the most prominent, each of them roofed. In the picture above is the group situated on the lowest level... As it is, the tombs are situated on the terrains of a hill.
Yang ini pula adalah kelompok makam di pertengahan kawasan bukit...
This is the group at the medium level of the hill...
Antara kelompok ini, terdapat sebuah makam menggunakan batu nesan jenis Aceh, dikatakan digunakan cuma oleh personaliti terserlah yang ada kena-mengena atau ada darah Aceh.
Among this group, there is one tomb using the Aceh type gravestone, said to be used only by prominent personalities with ties or bloodline related to Aceh.
Sedikit di luar kawasan berbumbung terletak sebuah makam yang dikatakan milik seorang personaliti purba yang sangat terkenal...
Just outside this roofed area lies a certain tomb said to belong to a very famous ancient personality...
Untuk pengetahuan, makam-makam ini adalah milik ahli keluarga Raja Temenggung yang memerintah Muar! Adapun daerah Segamat termasuk di dalam daerah (atau negeri) Muar dahulukala!
Salah satu makam di sini juga menggunakan batu nesan Aceh. Adapun Raja-raja Temenggung Muar memang mempunyai darah Aceh kerana moyang utama mereka adalah seorang Sayid daripada keluarga Al-Idrus yang duduk di Kampung Pasir, Aceh dan berkahwin dengan anak seorang Sultan Aceh abad ke 16 Masihi!
One of the tombs here also uses the Aceh gravestones. As it is, the Raja Temenggung Muar do have Aceh blood as their main ancestor, a Sayid (descendant of Prophet Muhammad SAW) from the Al-Idrus family who stayed at Kampung Pasir, Aceh and married to the daughter of an Aceh Sultan of 16th Century AD!
Inilah makam yang paling terserlah di Lubok Batu, makam seorang Raja Temenggung Muar... Saya tidak ingat siapa kerana gambar ini diambil lebih sebulan lalu. Yang pasti, Raja Temenggung yang ini hidup abad ke 19 Masihi. Untuk makluman, makam Bendahara Lubok Batu terletak di bawah sebelah kanan makam ini!
This is the most prominent tomb in Lubok Batu, the tomb of a Raja Temenggung Muar... I can't remember whom as the picture was taken more than a month ago. What is sure, this Raja Temenggung lived in the 19 Century. For informtion, the tomb of Bendahara Lubuk Batu is situated down right this tomb!
Walaupun berdarah Aceh, batu nesan Raja Temenggung ini bukanlah batu nesan Aceh. Sebaliknya, pada penglihatan saya, reka-bentuknya lebih menyerupai kebanyakan batu-batu nesan Sultan-Sultan Perak.
Although of Aceh blood, the gravestone of this Raja Temenggung is not of Aceh gracestone. On the other hand, to my sight that is, its design is more like that of most gravestones of the Sultans of Perak.
Hmm... Mungkin juga batu nesan di sini asalnya batu nesan Aceh juga tetapi telah ditukar ganti? Sepertimana juga batu nesan makam Sultan-sultan Perak diganti kesemuanya, kalau tak salah ingatan tahun 1920an. Sekian...
Hmm... Maybe the gravestone here too was originally of Aceh gravestone but was replaced? Just like the gravestones at the tombs of the Sultans of Perak was all replaced, if memory serves me right in the 1920s. That's all...
22 comments:
Salam. Banyak betul ya batu nisan Aceh di Malaysia ni.
Wassalam. Memang banyak... Sebabnya adalah kerana wujud kaitan darah... Bukan semata-mata disebabkan darah Aceh... Sebab sebenarnya adalah Aceh menjadi pintu masuk ramai Ahlul Bait anak cucu Nabi lalu keturunan Nabi menjadi raja atau bercampur-baur dengan raja-raja yang sedia ada... Hasilnya adalah Raja-raja Melayu sampai sekarang ada titisan darah Nabi samada melalui bapa ataupun ibu, sikit atau banyak.
Seperti disebut tadi, kebanyakan keturunan Nabi ini masuk ke Tanah Melayu melalui Aceh atau dahulunya Pasai dan Perlak. Maka ada kaitan darah... Sebab itu pakai batu nesan Aceh. Begitu le...
sy org segamat...makam ni sbnrnye mkm bendahara tepok....
Fly, kubur tu dekat dengan kubur moyang-moyang aku termasuklah nenek & datuk aku. Kebanyakan waris-waris tinggal dekat Paya Pulai. Rumah pusaka keluarga kami dekat sebelah Masjid Paya Pulai. Paya Pulai merupakan kampung asal kerabat melaka yang lari dari portugis.
MatYo SMSJ8286.
Wa MatYo, kiranya hang ni kaum kerabat Bendahara Tepok la ya? Kampung Paya Pulai tu yang mana satu? Yang aku tahu dekat belakang kubur Lubok Batu tu ada satu kampung kaum kerabat Temenggong Muar la plak...
Fly, Paya Pulai dekat seberang jambatan dlm Bandar Segamat. Nak gi sana kena lintas rel keretapi. Antara waris keluarga kami yg kau mungkin kenal 'Musa Hitam, Noh Gadut, Radzi Zakaria' etc. Nak tahu banyak cerita Segamat, boleh lah jumpa Pak Lang aku, Samad Rosdi Sulaiman (bekas jaguh lumba basikal kebangsaan). Rumah dia kat Taman Bendahara...
MatYo
Bendahara tepok n Temenggong sama ke? apa kaitan antara mereka?
Tak sama. Bendahara Tepok hidup tahun 1500an, Temenggung Muar pula muncul 200 tahun kemudian. Kaitannya tak tahu.
Seyogia...macam mana sy nk contact pak lang sdra?
Raja-Raja Temenggong Muar adalah anak cucu cicit kepada Bendahara Tepok. Kalau nak tahu lebih lanjot mengenai asal-usul keluarga bendahara tepok boleh la bertanya kepada nenek saya generasi tertua dalam salasilah keluarga kami. Nama nenek saya Wan Ara berumur 82tahun.
salam..kebanyakkan keturunan mmg berada di kampung lubok batu ke??
nota tambahan: saya ada keratan akhbar,yg bertajuk pengkaji sejarah jepun minat mengkaji sejarah temenggung muar !
Makam Tun Tepok atau Bendahara Paduka Tuan yang di makam lubuk batu adalah bendahara terakhir Melaka, yang mangkat di Segamat ketika berundur dari Melaka sekitar tahun 1511. Batu nisan Bendahara Tun Tepok memang pada asalnya terbina dari batu nisan Aceh berbentuk bulat, di bahagian puncakknya menyerupai kelopak bunga teratai. Kali pertama saya melihatnya pada tahun 1992 yang mana bentuk batu nisan masih dalam kadaan sama. Namun pada tahun 2012 saya lihat batu nissan tersebut telah ditukar kepada batu nisan yang baru, tidak tahu ke mana perginya batu nisan yang asli (artifak berharga) ini dan apa tujuannya ia ditukar ganti.
Siapa tahu dimana letaknya kubur Pegawai Daerah Segamat yang pertama, Mentol bin Hj. Ahmad. Selain pernah menjawat jawatan sebagai D.O Segamat, beliau juga pernah dilantik sebagai D.O Kota Tinggi dan Chohong sekitar tahun 1920-an. Namanya diabadikan pada sebatang jalan di Segamat. Sesiapa yg tahu boleh tolong hubungi saya. 0137090902 (Hafiz).
salam. saya hendak bertanye ada sesiapa yang tahu tak makam siapa yg dekat tanah perkuburan Kg Jawa Chaah
Cik semua boleh lawar blog Benua Islam siam
Assalam.Ye...ada 1 makam pahlawan besar Bendahara Tepok depan rumah sy...
Dalam tanah sy ada 3 makam lama bernesankan batu sungai je tak jaih dr Makam Lubok Batu tu
Ada 3 kubur lama zaman Jepun dalam kebun saya...dkt makam Lubok Batu...
Kalau x silap ada nisan tu tersandar dkt pokok bawah tu..hubungi Syed Yazid ex penjaga kubur lama dkt situ
Terlalu umum...kecilkan skop...spt lokasi @ foto
Radzi Sapiee is a male writer based in Kuala Lumpur, Malaysia. He began his professional journey as a journalist for The New Straits Times, a major Malaysian daily, where he worked for five years. Despite his initial focus on pure mathematics, Radzi Sapiee experienced a shift in his interests towards spiritual thoughts and Islamic spirituality, also known as Sufism.
Driven by his newfound passion, he embarked on a journey to explore his roots by visiting and staying at old tombs across Malaysia. This exploration led him to become a full-time writer, although he humorously refers to himself as a "full-time bum" for simplicity's sake. His writing revolves around spiritual and Sufistic themes, reflecting his deep involvement and study in these areas.
In addition to his writing pursuits, Radzi Sapiee has a range of interests. He enjoys reading extensively, having consumed over a thousand books, particularly those with spiritual and Sufistic content. He also has a penchant for classical music, including composers like Chopin and Paganini, as well as traditional Malay music genres such as Asyik and Terinat.
Furthermore, Radzi Sapiee finds pleasure in traveling both physically and intellectually. His love for exploration extends to spiritual journeys as well. In terms of cinematic preferences, he enjoys films such as the Lord of the Rings series and Star Wars, among others, although he admits to having difficulty recalling specific titles.
Overall, Radzi Sapiee's unique blend of experiences as a journalist, spiritual seeker, and writer has shaped his outlook and interests, making him an intriguing personality within the literary and spiritual landscape of Malaysia.
Post a Comment