Ladies and gentleman, let us have a look around the fort of Ngah Ibrahim in Matang, Taiping, Perak...
Kota ini terletak di selekoh jalan daripada Taiping menghampiri Matang...
The fort is situated at the corner of road from Taiping approaching Matang...
Kota ini dibina pertengahan abad ke 19 Masihi...
The fort was build in the middle of 19th century AD...
Hmm... Baca sendirilah sejarah rasmi yang diberi...
Hmm... Just read yourself the official history given...
Signboard pointing ways...
Turut ditunjukkan adalah arah ke rumah Kapteen Speedy, seorang askar British di luar kawasan kota. Untuk makluman, Kapten Speedy pernah menjadi setiausaha Ngah Ibrahim, orang besar Perak yang mentadbir Larut. Tetapi selepas pembunuhan Resident pertama British ke Perak J.W.W. Birch tahun 1875 menyaksikan ramai orang besar Perak dihukum bunuh atau dibuang negeri, Kapten Speedy boleh diangkat menjadi penolong Residen British pula! Agaknya kenapa ya? Fikirkan...
Also shown is way to the house of Captain Speedy, a British solder outside the fort compound. For information, Captain Speedy was once the secretary to Ngah Ibrahim, the Perak noble in charge of Larut. But after the murder of British's first Resident to Perak J.W.W. Birch in the year 1875 saw many Perak nobles either sentenced to death or exiled, Captain Speedy was on the other hand appointed as the British assistant Resident! Now why is that? Think about it...
Inilah Makam Ngah Ibrahim selepas tinggalan tubuhnya dibawa kembali daripada Singapura di mana beliau pernah dimakamkan selama 120 tahun! (Beliau meninggal dunia tahun 1887 semasa dalam buangan). Jenazahnya baru dibawa kembali ke Malaysia pada 9 September 2006 dalam satu acara gemilang, berserta tinggalan seorang lagi bangsawan Melayu yang turut dibuang negeri, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang juga merupakan bapa mertua Ngah Ibrahim. Sila lihat Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam Diraja Perak ...
This is the tomb of Ngah Ibrahim after his remains were brought back from Singapore where he was buried for 120 years! (He died in 1887 while in exile). The body was brought back to Malaysia on 9 September 2006 in a grand ceremony, along with the remains of another Malay noble who was also exiled, Laksamana Raja Mahkota (a royal admiral title) Muhammad Amin who was Ngah Ibrahim's father-in-law. Do have a look at The return of Admiral Muhammad Amin's remains to the royal mausoleum of Perak ...
Apapun, ada pihak yang menyanggah mengatakan tinggalan yang dibawa itu bukan tubuh Ngah Ibrahim. Mereka mendakwa Ngah Ibrahim telah berjaya melepaskan diri senyap-senyap untuk kembali ke Perak. Dan kematiannya tahun 1887 di Singaoura itu sekadar satu lakonan untuk menutup pandangan supaya tidak dicari British.
Whatever, certain parties were in dispute saying the remains brought back was not the body of Ngah Ibrahim. They claimed Ngah Ibrahim actually managed do escape undetected to return to Perak. And his death in the year 1887 in Singapore was staged to cover his tracks so that the British won't be on the look-out.
Saudara-mara terdekat Ngah Ibrahim yang berusaha membawa tinggalan ini kembali ke Malaysia pula sudah tentu tidak bersetuju dengan dakwaan itu. Mereka sudah lama mencari di manakah Ngah Ibrahim dimakamkan di Singapura lalu batu nesan asli, malah seluruh binaan makam yang dipakai dahulu turut dibawa kembali ke Malaysia dan dipasang semula di sini!
Ngah Ibrahim's close kith and kin who worked hard to bring the remains to Malaysia of course don't agree with the claims. They have been looking for the Ngah Ibrahim's place of burial in Singapore for sometime and so the original gravestone, in fact the whole tomb used then was also transported back to Malaysia and re-erected here!
These are the remains of an old building behind the main one in the fort...
Di belakang kawasan kota kelihatan sebuah rumah Melayu lama yang saya rasakan menarik...
Behind the fort compound could be seen an old Malay house which I find interesting...
Ini adalah gambaran Kota Ngah Ibrahim semasa zaman kegemilangannya dahulu...
This is a depiction of the fort of Ngah Ibrahim during its golden ages long ago...
Saya cuba memadankan kawasan di luar kota yang kelihatan dengan gambaran yang diberi... Tidak kelihatan sungai (atau terusan?) yang kelihatan dalam gambaran... Cukup...
I tried to match the area outside the fort as seen here with that given in the depiction... Can't see the river (or canal?) seen in the depiction... Enough...
4 comments:
Salam.
Abang Ms, seingat saya ada tali air kecil di tempat sungai/terusan seperti yang digambarkan dalam lukisan tu.
Saya juga berkesempatan melawat makam Dato' Sagor dan Pandak Indut (kalau xsalah) di kawasan berdekatan. Keadaannya sama, tidak terurus.
Bagaimana dengan makam Dato' Maharajalela? Ada catatan menyebut makam beliau berdekatan dengan makam Dato' Sagor, namun telah runtuh ke dalam sungai kerana terletak dekat dengan tebing. Namun ada saya mendengar sebenarnya beliau tidak dihukum bunuh. Sengaja disebarkan berita palsu supaya orang Melayu menyangka pemimpin mereka telah di bunuh bagi mengelakkan penentangan berterusan. Mungkin Abg Ms ada cerita yang boleh dikongsi...
Wassalam... Ada cerita pula menyebut, baik Datuk Sagor mahupun Datuk Maharajela dapat melepaskan diri, tak pasti bagaimana...
Satu versi menyebut, Datuk Sagor yang kebal berjaya dibunuh setelah rahsianya dipecahkan orang saudara mara, mungkin anak sendiri iaitu perlu dimasukkan paku (kata orang dipanggil paku Belanda). Itupun kalau ikut ilmunya, dia boleh hidup balik selepas ditanam. Memang ada ilmu pelik-pelik cam ni, tak pasti le jika betul Datuk Sagor mengamalkan ilmu ni.
Maka itu, badannya terpaksa dikerat 2 lalu ditanam terpisah dengan sungai... Takut bercantum balik kemudian hidup pula jika tidak ada rintangan air.
Bab Maharajelala plak, ada yang kata masa tanam tu tubuh dia ada tapi yang masuk dalam kubur tu cuma batang pisang.
Sekali lagi saya tak pelik sebab memang ilmu macam ni pun ada. Malah salah satu ilmu orang lama, mereka boleh bikin tubuh jelmaan yang ditangkap dan dihukum serta sebagai sedangkan diri sebenar dah lari ke tempat lain.
Apapun, memang mereka diwar-warkan telah mati oleh British. Mungkin benar kata Zam supaya pejuang Melayu hilang semangat. Pada saya pula cerita mati ni turut disebarkan oleh orang Melayu sendiri supaya para pejuang tidak diburu lagi. Mereka pun dah penat melawan, bukan pasal takut tapi sebab tahu, yang membelot ni orang Melayu juga malah kaum kerabat sendiri. Mereka paling sedih jika terpaksa berbunuh-bunuh dengan ahli keluarga. Lagipun menurut pandangan ahli Tasawuf, dah sampai perubahan masa... Terpaksalah terima penjajahan Barat itu sebagai Qada dan Qadar Tuhan... Harap-harap kita yang hidup sekarang ini mengambil ikhtibar. :]
Salam.
Terima kasih Abg MS infonya...
Mengikut sumber2 yang reliable (secara lisan, tiada bukti), Dato Sagor tidak mati dan dapat melarikan diri ke Pahang. Dan ada kaum kerabat Dato Sagor di Perak telah pergi ke Pahang berjumpa dengan Dato Sagor. Tapi cerita tidaklah dihebohkan. Lagipun zaman dulu kurang media.
Post a Comment