Daripada Kota Bahru, anda akan bertemu makam Tengku Syed Jaafar dahulu...
From Kota Bahru, you will come across the tomb of Tengku Syed Jaafar first...
Di sini juga terletak makam kaum keluarga beliau...
Here also lies the tomb of his family members...
Beliau pernah memegang jawatan Seri Maharaja Diraja, sebuah jawatan menteri turun-temurun yang menjaga hal-ehwal agama...
He used to hold the position of Seri Maharaja Diraja, a hereditary ministerial position in charge of religious affairs...
Katanya, beliau berasal daripada keturunan Syed Hussein Al-Faradz yang pernah menjadi guru agama kepada Sultan Muzaffar Shah I, Sultan pertama Perak hampir 500 tahun lalu!
They said, he is a descendant of Syed Hussein Al-Faradz who was once the religious teacher to Sultan Muzaffar Shah I, Perak's first ruler almost 500 years ago!
Lebih kurang 200 meter daripada situ pula terletak makam Raja Bendahara Alang Iskandar. Baginda adalah seorang kerabat diraja Perak yang sempat memegang jawatan Raja Bendahara, 2 langkah sahaja sebelum dapat menjadi Sultan...
Some 200 metres away lies the tomb of Raja Bendahara Alang Iskandar. He is a Perak royalty who managed to hold the position of Raja Bendahara, just 2 steps away from becoming the Sultan...
Sayangnya, baginda mangkat awal. Di bangunan makam ini sebenarnya terletak 2 buah makam diraja...
Too bad, he died early. This tomb building actually contains 2 royal tombs...
Saya tidak pasti makam siapakah yang terletak di bawah sedikit...
I'm not sure whose tomb is it located at the lower level...
Yang pasti makam Raja Bendahara Alang Iskandar terletak di atas...
What is sure the tomb of Raja Bendahara Alang Iskandar is situated on top...
Untuk makluman, baginda adalah ayahanda kepada Sultan Idris, Sultan ke 26 Perak yang bertanggungjawab membuka Kuala Kangsar sekitar tahun 1880an. Sekian...
For information, he was the father to Sultan Idris, the 26th Sultan of Perak who was responsible for opening Kuala Kangsar around the 1880s. That's all...
No comments:
Post a Comment