-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, August 08, 2008

Makam (tomb of) Sultan Hussin Shah di (in) Melaka...

Disambung dari artikel Masjid (Mosque of) Tengkera, Melaka.

Continuing from the article Masjid (Mosque of) Tengkera, Melaka.

Di luar perkarangan Masjid Tengkera, terletak satu tanah perkuburan Islam.

Just outside the courtyard of the mosque of Tengkera, there lies a Muslim cemetery.


Pada satu sudut tanah perkuburan itu terdapat sebuah makam tertentu!

At one corner of the cemetery there lies a certain tomb!

Makam ini ditanda sebagai satu tempat bersejarah. Ia adalah milik Sultan Hussin Shah, seorang Sultan empayar Johor-Riau-Lingga abad ke 19 Masihi. Untuk bacaan lanjut, sila klik dan buka gambar di atas ini dalam windows lain ya... Sila!

This tomb is gazetted as a place of much historical value. It is owned by Sultan Hussin Shah, a Sultan of the Johor-Riau-Lingga in the 19th Century. For more information, please click and open the picture above in another window ya... Go on!

Sekarang mari kita ke makam.

Now let's go to the tomb.

Adapun pada zaman pemerintahan Sultan inilah berlakunya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang menyaksikan bumi Melayu khususnya empayar Johor-Riau-Lingga yang dikatakan mewarisi kekuasaan empayar Melaka terpecah dua... Jadi satu bahagian yang dikuasa penjajah Inggeris, satu lagi bahagian yang dikuasai Belanda.

As it is, it was during the rule of this Sultan that the English-Dutch Treaty of 1824 was signed resulting in the Malay world especially the Johor-Riau-Lingga empire which is said to be the continuation of the powers and influence of the Melaka empire broken into two... Becoming one part controlled by the colonialist English, another part with the Dutch holding sway.

Singapura yang pernah menjadi pusat pemerintahan empayar itu zaman Sultan Hussin pula tergadai kepada Inggeris lalu dijadikan pengkalan mereka. Natijahnya, Singapura terus menjadi pengkalan kuasa-kuasa asing yang mahu menggugat kedaulatan orang Melayu hingga ke hari ini!

Singapura (please, I dispise using the Anglicised word Singapore much like I dispise using the word Malacca for Melaka) which used to be the centre of administration during the rule of Sultan Hussin was thus practically pawned to the English (or British) and became their main fort. The result, Singapura continued to become the main base for foreign forces to threaten the sovereignity of the Malay people till this very day!


Sultan Hussin terpaksa keluar Singapura lalu menetap di Melaka dan mangkat di sini. Sejarah moden menyaksikan bahagian tanah Melayu yang dikuasai Inggeris kemudian muncul menjadi negara Malaysia, bahagian yang dikuasai Belanda jadi Republik Indonesia. Singapura pula dikuasai bangsa bukan Melayu. Oh, untuk pengetahuan, Sultan Hussin adalah ayahanda kepada Sultan Baginda Ali. Baca balik artikel ini Makam (tomb of) Baginda Ali. Sekian! :]

Sultan Hussin was forced to leave Singapura and thus resided in Melaka where he died at. Modern history has witnessed the part of the Malay lands under English influenced then emerged as the nation of Malaysia, the parts under Dutch influence became the Republic of Indonesia. Singapura in turn is controlled by non-Malays. Oh, for information, Sultan Hussin is the father to Sultan Baginda Ali. Read back this article Makam (tomb of) Baginda Ali. That's all! :]

No comments: