-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Thursday, June 25, 2009

Tempat-tempat terpilih di (selected places in) Aceh

Masjid Raya (Main mosque of) Baiturrahman, Banda Aceh.

OK. Dari 15 hingga 22 Jun saya dan isteri berada di Aceh dan melawat berbagai tempat. Insyaallah gambar-gambarnya berserta sedikit cerita akan diletakkan di sini nanti. Di bawah adalah senarai sedikit tempat yang bakal diketengahkan di sini. Sila rujuk pada artikel Ole-ole dari Aceh... coming! di blogspot CATATAN SI MERAH SILU . Sekian...
OK. From 15 to 22nd June me and wife were in Aceh and visited a number of places. God willing the pictures along with bits of stories would be put here soon. Below is a list of some of the places which would be featured here. Please refer to the article Ole-ole dari Aceh... coming! in the blogspot CATATAN SI MERAH SILU . That's all...


1. Masjid Raya (Main mosque of) Baiturrahman

2. Gunongan, tempat Puteri Pahang yang menjadi isteri Sultan Iskandar Muda bermain-main (the place where the Princess of Pahang who became wife to Sultan Iskandar Muda used to play at)

3. Makam (tomb of) Sultan Iskandar Thani

4. Masjid (mosque of) Baiturrahim

5. Makam raja-raja dinasti Bugis (tombs of kings from the Bugis dynasty)

6. Loceng (bell of) Chakra Donya

7. Makam (tomb of) Sultan Iskandar Muda

8. Makam (tomb of) Syiah Kuala (Sheikh Abdul Rauf Fansuri)

9. Makam (tomb of) Teungku Chik di Anjung

10. Makam (tomb of) Tuan di Kandang

11. Masjid (mosque of) Indrapuri

15. Makam (tomb of) Teungku Chik Di Tiro

16. Masjid (mosque of) Rahmatullah

17. Masjid (mosque of) Pekan Saree

18. Makam (tomb of) Syahid Lapan (the eight martyrs)

19. Masjid (mosque of) Beuracan

20. Masjid raya (main mosque of) Langsa

21. Makam (tomb of) Teuku Banta Chik Bereudah

22. Makam (tomb of) Sultan Maulana Sayyid Abdul Aziz Shah

23. Masjid lama (old mosque of) Idi

24. Makam (tomb of) Sultan Malikus Saleh

25. Benteng (fort of) Indrapatra

26. Makam (tomb of) Laksamana Malayahati

27. Benteng (fort of) Inong Balee

28. Benteng (fort of) Iskandar Muda

29. Makam (tomb of) Teuku Nyak Arief

2 comments:

asalbayu said...

Saya salah seorang AJK Persatuan Sejarah Cawangan Kedah (PSMCK) pernah menulis dua buah rencana akhbar berkaitan dengan perihal Daeng Perani yang turut jadi koleksi Roshazliza Abdul Razak. Selain itu, saya juga telah menulis naskhah drama pentas berkaitan dengan campurtangan Panglima Bugis 5 bersaudara dalam hal rebutan takhta Kesultanan Kedah iaitu antara Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin dengan Raja Nambang; saudara tiri baginda yang dibantu oleh Raja Kechil dari Siak dan diberi judul SENGKETA MENGUNDANG PADAH. Kumpulan Bangsawan Seri Kedah (KBSK) pimpinan Encik Morad Ibrahim (Pak Morad) merancang untuk merealisasikan pementasannya jika tidak sempat pada tahun ini (2009) mungkin pada tahun hadapan. Kesulitan yang sedang dihadapi oleh KBSK ialah berkaitan dengan dana (kewangan) kerana bagi melaksanakannya perlu mengadakan busana yang bersesuaian. Jika ada mana-mana pihak bolehlah berhubung dengan beliau di talian 019-4961912.

Radzi Sapiee said...

Hmm... alhamdulillah. Baru hari itu ada seorang pemanggil dari Putrajaya memberitahu saya bahawa Daeng Parani sebenarnya tidak mangkat dibedil peluru di Kedah seperti diketahui dalam sejarah sebaliknya hidup lama dan terus beranak pinak. Yang terbunuh adalah orang lain yang kelihatan serupa, kiranya macam cerita Nabi Isa yang mahu ditangkap tetapi orang lain yang serupa dengannya pula disalib. Jadi menurutnya makam di Sidam Kiri itu bukan makam sebenar Daeng Parani(lihat http://merahsilu.blogspot.com/2008/01/kamera-short-curcuit-di-makam-daeng.html), entahlah... nampaknya ada satu macam gerak berkaitan hal ini sedang berlaku.
Apapun saya memang mengalu-alukan sesiapa pun membuat komen atau berkongsi apa-apa maklumat yang bernas di sini. Saya sendiri tidak mampu untuk meliputi setiap perkara. Sebab itu saya sentiasa mengharapkan agar para pembaca dapat menokok-tambah apa yang kurang tak kiralah jika maklumatnya kurang sahih. Yang penting dinyatakan apakah maklumatnya dan dari sumber mana selagi boleh. Kemudian biar kita buat perbandingan dan penilaian masing-masing berdasarkan apa yang kita mampu huraikan...