-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Tuesday, June 08, 2010

Makam (Tomb of) Raja Berayun

Dalam kawasan hutan di kaki Bukit Jugra terdapat makam-makam ini.
In the jungle area at the foot of Bukit (hill of) Jugra there exist these tombs.


Makam utama milik seseorang yang dikenali sebagai Raja Berayun.
The main tomb belongs to someone known as Raja Berayun.

Di sebelahnya pula adalah makam isteri...
Beside it in turn lies the tomb of the wife...


Menurut cerita nama sebenar Raja Berayun ialah Raja Ibrahim. Beliau adalah seorang panglima perang yang rapat dengan Sultan ke 4 Selangor Sultan Abdul Samad dan pernah memerintah Kajang.
According to the stories the real name of Raja Berayun is Raja Ibrahim. He was a warlord who was close to the 4th Sultan of Selangor Sultan Abdul Samad and used to rule Kajang.



Di sebelah ini katanya adalah makam salah seorang pengikutnya. Saya difahamkan di sekitar ini juga terdapat makam beberapa orang panglima, juga makam anakanda Raja Berayun iaitu Raja Alang. Ini adalah artikel ke 363 di sini.
It is said on this side lies the tomb of one of his followers. I was made to understand that around here also exist the tombs of a number of generals, also tomb of Raja Berayun's son which is Raja Alang. This is the 363rd article here.

22 comments:

Ayahanda Abd Arif said...

Salaam...

Beberapa persoalan berlegar di kepala saat berziarah ke makam Raja Berayun:

1. Mengapakah makam ini kedudukannya agak terpencil...tiada sebarang papan tanda penunjuk arah mahupun papan tanda di simpang lorong menuju ke lokasi makam?

2. Apakah Raja berayun ini punya kaitan dengan 5 Daeng...berdarah Bugis atau Acheh?

3. Apakah Raja Berayun punya pertalian dengan kesultanan Selangor? (Kalau ada, mengapa makamnya tidak berada di dalam kawasan kompleks makam Almarhum Sultan Abdul Samad yg terletak beberapa kilometer dari lokasi makam baginda?)

4. Di manakah saya boleh mendapatkan bahan rujukan (teks bertulis) tentang salasilah Raja Berayun?

Terima kasih...

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Ni ayahanda pada Harleny ke ni? Insyaallah saya cuba jawab.

1. Kawasan tu terpencil sekarang tapi asalnya ada kampung.

2. Mungkin. Sepertimana Harleny telah cuba menjejak identiti sebenar Mustafa Raja Kamala yang dikenali sebagai orang Rawa tapi mendapati nasab bapa atas bapa (patrilineal) akhirnya membawa kepada keluarga diraja Aceh-Bugis.

3. Mungkin. Apapun tak perlu dimakamkan di kompleks Sultan Abdul Samad kerana itu makam keluarga terdekat sahaja. Sultan Selangor 1-3 dimakamkan di Bukit Melawati. Kerabat diraja lain ada dimakamkan di merata tempat.

4. Saya tak tahu tapi dah terjumpa secara tak sengaja melalui Genii. Katanya salasilahnya begini (dari atas ke bawah)...

Raja Siram (Palembang)
I
Sangsi Perba (Pagar Ruyong)
I
Batara Gorga Pinayungan (Panyabungan Tonga)
I
(No Name)
I
Tuan Muksa (Panyabungan Tonga)
I
Tuan Natoras (Panyabungan Tonga)
I
Baginda Mangaraja Enda (Panyabungan Tonga)
I
Sutan Kumala Syang (Yang Dipertuan Huta Siantar)
I
Mangaraja Mandailing (Pidoli Dolok)
I
Sutan Pinayungan (Purba)
I
Mangaraja Mandailing Pandapotan
I
Sutan Pinayungan (Purba Baru)
I
Raja Berayun


Nama-nama pelik kelihatan menunjukkan pada keturunan Mandailing Batak. Namun nama teratas Raja Siram rasanya merujuk pada Raja Suran, Sangsi Perba pula Sang Saperba. Ini merujuk kepada Sang Sipurba anak Raja Suran dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain yang muncul di Bukit Siguntang. Menurut ceritanya, Sang Sipurba berkahwin dengan Wan Sendari puteri Demang Lebar Daun. Hasilnya adalah anak bernama Sang Nila Utama yang membuka kerajaan Singapura dan dari keturunannya jadi Raja-raja Melaka. Sang Sipurba kemudian pergi ke PagarRuyung lalu berkahwin lain. Muncullah Datuk Ketemenggungan yang membawa Adat Temenggung sedangkan apabila Sang Sipurba mangkat, ibu kepada Datuk ini berkahwin lain lalu mendapat anak yang menjadi Datuk Perpatih.

Ayahanda Abd Arif said...

Anakanda Radzi

Ya, ayahanda Harleny.
Terima kasih atas info yang diberi. Ada keperluan ayahanda pasti tidak segan bertanya lagi.

Wassalam

Anonymous said...

Salam..

Nama saya Raja Mohd Sharafi.. Saya amat berminat untuk mngetahui susur galur Raja Berayun ni.. Kalo diikutkan crita dan 'fmilytree' di dalam simpanan kluarga, saya mrupakan generasi ke-4 dr Raja Berayun ni.

Mngikut familytree tersebut, Raja Berayun mempunyai 3org anak.. Raja Alang, Raja Hidayat dan seorang lagi saya tak berapa ingat. Raja Hidayat merupakan moyang saya. Sanak saudara kami kebanyakannya tingal di Kajang.

Mengikut susur galur yang saudara Radzi Sapiee nyatakan.. ada perbezaan (mungkin) dari familytree yang dimiliki kami. Mengikut cerita arwah bapa (Raja Hassan) skrol fmilytree trsebut dibawa dr Riau oleh kerabat di sana yang datang ke Kajang mencari saudara di sini.

Saya ingin sekali mencari asal usul keluarga saya yang semakin lama semakin dilupai memandangkan generasi yang lama ramai yang telah meninggaldunia.. harap dapat respon dr saudara Radzi..
Terima Kasih

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Setakat itulah yang saya tahu tentang Raja Berayun. Mungkin saudara harus meletakkan family tree seperti disebut dalam simpanan keluarga saudara. Mungkin dengan cara itu kita dapat mengupas lebih lanjut apa yang perlu.

Anonymous said...

Salam..
Trime kasih atas respond yang diberikan..Cadangan saudara tersebut akan saya lakukan..memandangkan bnyk sumber-sumber yang kurang pasti kesahihannya, adalh lebih elok kalo dikumpulkan semuanya sekali.. Terima Kasih skali lagi atas info-info yang telah diberikan..

Harleny Abd Arif said...

Assalamualaikum dan salaam silaturrahim Raja Mohd Sharafi

Saya amat berbesar hati sekiranya dpt berkongsi info dengan saudara tentang waris keturunan Raja Berayun. Untuk makluman, saya juga sedang berusaha menelusuri jurai keturunan di sebelah ayahanda yang dikatakan mempunyai pertalian dengan Raja Berayun. Waris di sebelah ayahanda saya ada yang bermastautin di Kajang. Almarhum datuk (di sebelah ayahanda) bertiga beradik (lelaki semuanya) telah dibawa oleh moyang (perempuan) dari Sumatera. Almarhum datuk semasa hayatnya adalah seorang guru persilatan.

Maklumat yang saya perolehi daripada warus teratas mengatakan bahawa keturunan Raja Berayun ini sebahagiannya berada di Rumbai, Muara Taih. Saya tidak pasti di mana lokasi tersebut tetapi difahamkan ia berada hampir dengan lingkungan Kota Raja di Rao, Sumatera Barat. Saya yakin waris Raja Berayun (termasuklah moyang dan almarhum datuk) telah berhijrah ke Tanah Melayu semasa tercetusnya perang Padri di Sumatera Barat. Saya akui, rata-rata daripada waris teratas (bapa & ibu saudara serta datu & nenek saudara di sebelah bapa) tidak banyak mengetahui cerita tentang keturunan keluarga. Atas kesedaran inilah, membuatkan saya ingin menjejak waris keturunan Raja Berayun yang masih ada. Ia juga sebagai memenuhi impian ayahanda yang berhajat benar agar pencarian ini berjaya di kesudahannya. Mudah-mudahan usaha permulaan ini akan memudahkan laluan saya seterusnya.

p/s: Mohon jasa baik untuk meninggalkan no talian di e mel: harlenz2001@yahoo.com

Terima kasih

Anonymous said...

saya amat berminat untuk mengetahui perihal raja brayun dan saya berharap jika sudi untuk kita berjumpa dan berbincang mengenai Raja brayun.

Anonymous said...

sila hubungi saya di talian 017-2838630 - mohd

Radzi Sapiee said...

Ada apa sehingga saya perlu menghubungi saudara?

Anonymous said...

Assalamualiakum wbt.
Pertama sekali ingin ucapkan tahniah atas inisiatif saudara didalam mengumpulkan sejarah-sejarah lama didalam blog saudara.

Untuk makluman sauadara, saya juga merupakan waris dari generasi ke-5 Raja Berayun.

Cuma kalau boleh saya ingin memperbetulkan di sini kenyataan menyatakan Makam Raja Alang terletak di Bukit Jugra adalah tidak tepat kerana Raja Alang telah dimakamkan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang.

Jika inginkan perbicangan lanjut boleh menghubungi saya melalui email rajarizal8@yahoo.com.my

Terima kasih!Good Job!

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Terima kasih atas penerangan. Bolehkah saudara memberi petunjuk akan makam Raja Alang?

Anonymous said...

a'kum..
ingin sy bertanya kalau tidak keberatan sy ingin mengetahui siapa kah pawang kepada sultan abdul samad?
benarkah tok jumpol @ pawang jumpol nama pawang sultan abdul samad sy pernah naik ke makam sultan abdul samad dan penjaga makam berkata dgn sy yg saya ni ada pertalian darah yg kuat dgn sultan abdul samad.. tlong bantu saya..

Anonymous said...

Assalamualaikum ....

Sy merupakan generasi 4 keluarga Raja Hidayat (Anak Raja Berayun)... melalui opah saya ... Makam Raja Hidayat kini berada di pekan Batu Gajah berdekatan dgn Masjid Batu Gajah yg baru ... terima kerana dapat info sgt penting dari tuan-tuan..

Anonymous said...

Saudara Radzi Sapiee,

Assalammualaikum.
Saya Fatimah bt Adnan, cicit Raja Bilah Papan. Dpd salah satu blog anda ada tertulis kaitan persaudaraan Raja Bilah dgn Raja Berayun. Saya ingin kepastian. Teromba kami adalah berikut :

BAGINDA MAHARAJA ENDAH

SANG YANG DIPERTUAN

MAHARAJA MANDAILING

MAHARAJA TEDUNG BERANI

SUTAN KEMALA BULAN

RAJA ENDAH 1

SUTAN PAHLAWAN

RAJA ENDAH 2

RAJA TERALA

RAJA TEDUNG BERANI RAJA ASAL

RAJA BILAH

Pada teromba Raja Berayun ada tercatit Tongga tapi tidak tercatit dalam teromba Raja Bilah.

Ingin ulasan pihak Tuan.

Terima kasih.

Fatimah Adnan, Ipoh
fatimahric@yahoo.com

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Saya tak ingat butiran tapi ya, saya telah melihat teromba dari Tanah Mandailing milik cucu kepada Raja Alang ibni Raja Berayun. Saya rasa ada nama2 seperti saudari sebut itu. Cuba rujuk cerita di sini... http://merahsilu.blogspot.com/2011/05/soreh-di-rumah-raja-allang-kaitan.html

Anonymous said...

Saudara Radzi,

Saya agak Sutan Pinayungan dalam Terombo Raja Berayun sama dgn Sutan Pahlawan pada Terombo Raja Bilah.

Pinayungan dalam Bahasa Mandailing mungkin Pahlawan. Keluarga kami di Perak telah lama meninggalkan Bahasa Mandailing dan menggunakan bahasa totok Minang.

Fatimah

Shamsuddin Mohd. Aznan (sma Lubis) said...

A'kum, Sukacita dapat berhubung dgn saya. Emel smalubis@gmail.com

Unknown said...

Sila hubungi saya.... Saya juga ada hubungkaitnya. WhatsApp 0126932767

Unknown said...

3. tidak

Tembakau said...
This comment has been removed by the author.
Syahrul Sazli Shaharir said...

Salam - adakah sebarang maklumat berkenaan permukiman Raja Berayun di Rekoh (kini sekitar Kg Sg Tangkas), sekitar 1848-1859? Dulu pernah ada balai polis di situ, dikhabarkan asalnya bekas rumah seorang pembesar melayu (mungkinkah Raja Berayun?): "Recko is a pretty little village on a hill, the Police Station (a house bought, I believe, from some Malay Rajah) occupying a splendid position in the centre." (J.P. Rodger, 18/03/1883 (ANM ID 1957/0002221W). Sekian, terima kasih.