-----------------------
Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.
The first three books written and published by me.
"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".
ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006
"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"
ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007
"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"
ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007
Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.
The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.
Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.
My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.
Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.
Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.
Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".
My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".
----------------------------
Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/
For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/
----------------------------
Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.
Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.
9 comments:
Salaam
Sekadar pandangan...
Adakalanya saya juga berhadapan situasi yang sama bilamana timbul kekeliruan untuk menentukan kesahihan dalam pencarian. Isu ejaan nama berbeza masih boleh dimaafkan lagi...contohnya nama Daeng Salili @ Selili @ sedili. Begitu juga Raja Kamala/Kemala (Semenanjung) @ Raja Keumala (Acheh) @ Rajo Komalo (Rao, Sumatera). Ejaan berbeza mengikut lokasi lantaran sebutan secara lisan mengikut bahasa daerah si penuturnya.
Sesi ziarah ke makam Almarhum Sultan Yahya Siak di Dungun pd 18/06/10 juga membuatkan saya tertanya-tanya tentang kesahihan fakta. Mana satu yang tepat untuk dipercayai. Kalau mengikut fakta tertera yang dicatatkan oleh pihak muzium, Almarhum dikatakan Sultan Siak ke-7 sedangkan sumber bertulis daripada beberapa laman sesawang pula mencatatkan Almarhum adalah Sultan Siak yg ke-6 dalam sistem pemerintahan Siak Sri Indrapura.
Hal yang sama turut berlaku semasa kunjungan saya ke makam Tuanku Raja Keumala di Aceh April lalu bilamana wujud kesilapan tarikh kemangkatan yang tercatat pada makam waris Almarhum. Kesilapan 1 angka boleh mencacatkan keseluruhan fakta yang ada. Dalam kes saudara yang melibatkan jantina berbeza pula, saya kira ia lebih besar lagi impaknya berbanding isu perbezaan nama...sama beratnya dengan isu kesilapan angka (tarikh kelahiran, kematian dll atau turutan pemerintahan)
Wassalam. Yep... kadangkala satu kesilapan itu berlaku kerana typo error yang tidak diperbetulkan. Misalnya pada papan informasi makam Sultan Zainal Abidin I di Kuala Terengganu yang didirikan pihak muzium ke hapa baginda disebut menaiki takhta tahun 1780 sedangkan ia sepatutnya 1708. Nasib baik kita ada referensi lain untuk menerangkan keadaan. Bayangkan apa yang berlaku jika seseorang itu buta sejarah dan tidak cukup cross-referencing lalu percaya Sultan Zainal Abidin memang menaiki takhta 1780. Tidakkah ini akan menjadikan pemahaman sejarah seterusnya kalut?
Satu contoh besar kekalutan adalah buku Undang-undang Kedah yang ditranliterasikan oleh Maryam Salim. Buku dimulakan dengan satu bab mengenai undang-undang pelabuhan Kedah yang ditulis tahun 1060 Hijrah (katanya lebih kurang 1650 Masihi) diikuti undang-undang titah seorang Sultan yang dibuat di Kota Palas 1078 H. Ada beberapa bahagian kemudian yang saya mungkin terlepas pandang tarikhnya. Yang pasti ia diikuti bab hampir penghujung menceritakan aturan adat yang dititah buat pada 1199 H.
Dalam bab sama diceritakan perubahan yang dibuat oleh Sultan Ahmad Tajuddin dan ini disebut berlaku semasa baginda menaiki takhta 1222 H, ada juga disebut bagaimana cara memutuskan hukum yang pernah dititahkan oleh Sultan Muhammad Shah di Melaka terus dipakai hingga ke zaman itu dengan satu kes yang berlaku di Aceh tahun 1200 H sebagai contoh (macam test case dalam British common law gitu). Cara memutuskan hukum itu diteruskan dengan apa yang telah diadatkan oleh Sultan Muhammad Shah menunjukkan UNDANG-UNDANG PELABUHAN MELAKA diteruskan pemakaiannya dan diaplikasikan di Kedah. Namun disebabkan penutup buku Undang-undang Kedah (buku ini sebenarnya merupakan gabungan segala bab yang dinyatakan) menyatakan ia tamat ditulis tahun 222 H (bersamaan 812 Masihi gitu) maka sesetengah pihak terus membuat dakwaan liar buku ini siap ditulis 1,200 tahun lalu sedangkan akal yang sihat dapat membaca kronologi turutan masa tentu akan nampak apa yang disebut 222 Hijrah itu kemungkinan besar bermaksud 1222 H tetapi tertinggal satu abjad, kesilapan yang memberi pihak tersebut peluang untuk mengarang sejarah versi sendiri malah sanggup menafikan kewujudan kerajaan Melaka kononnya ia cuma pelabuhan di bawah pentadbiran Kedah!
wahai saudara opu itu adalah gelaran diraja bagi keturunan puang ataupun raja di tanah luwuk yang sekarang menjadi kabupaten luwuk barat, timur , utara dan sebuah bandaraya iaitu kota palopo iaitu keturunan raja-raja luwuk daripada tanah luwuk tanah sawaerigading iaitu asal usul orang bugis dan sultan-sultan selangor berketurunan puang-puang luwuk bumi sawaerigading dan 5 putera raja bugis bersaudara bersaudara daripada bugis berasal daripada tanah luwuk bumi sawaerigading dan mereka ini melarikan diri daripada dibunuh oleh arung palakka iaitu arung bone termashur yang meluaskan kuasa di tanah luwuk sehingga ayahanda mereka ditawan oleh arung palakka
Saya juga tengah membuat pencarian berkenaan dengan siapa sebenarnya Upu Cendera Burung. Dalam beberapa sumber yg saya dapatkan disebutkan bahawa Upu Cendera Burung disebut sebagai Raja Siti. Raja Siti merupakan pengganti Yamtuan Bugis di Selangor setelah kemangkatan kekandanya yang bernama Arung Pasarai. yg pelik, arung pasarai berasal dari makassar, sedangkan gelaran Upu adalah dari Luwu. kedua-duanya merupakan kawasan berbeza di sulawesi. ini bermakna kedua-dua yamtuan selangor itu bukan adik beradik.
Jika Upu Cendera Burung adalah orang yg sama dengan Opu Tenri Borong bererti Upu cendera burung adalah ibu daripada Lima Opu Daeng bersaudara bererti kedatangan Lima Opu Daeng. tapi dari sumber yg saya baca upu cendera burung tidak memiliki zuriat.
dalam gelaran bugis sebenarnya saudara bukan upu tetapi opu yang merujuk golongan kerabat diraja luwuk yang ada di sulawesi selatan, setaraf dengan gelaran, arung dan andi di bone, datu di soppeng dan wajo, dan karaeng di makassar
Gelar 'andi' tu baru lagi. Diwujudkan oleh belanda
Kena banyak buat 'cross reference' dengan sumber2 lain, cth Arung Palaka di tahun brp kekuasaannya? Opu Bugis 5 saudara kluar dari tanah luwuk tahun berapa, ada tempat persinggahannya di tempat lain sebelum di jemput wakil sultan johor (kena check tahun brp dan siapa sultan tersebut).. Bukan bole suka2 atau agak mengagak saja..
Jadi siapa sebenarnya opu cendera burong ni?
Tok pasarai asalnya beraja di Linggi sebagai raja ibrahim boni dibunuh oleh la madukelleng di Kalimantan sebagai membalas perbuatannya terhadap Daeng Mattekko yang diserang dan dirampas hartanya. Tok pasarai ni pun pernah pakat dengan belanda membelakangkan daeng merewah. Opu 5 beradik tak sebulu dengan Daeng Matekko pasal pertikaian dari tanah asal dan peristiwa di matan dan tidak juga sealiran dengan To pasarai.
Rujuk thesis : the open door : early modern wajorese statecraft and diaspora.by kathryn gay anderson
Post a Comment