-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Monday, February 28, 2011

Istana (Palace of) Raja Bersiong?

Bersambung dari Makam (Tomb of) Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil.
Continued from Makam (Tomb of) Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil.


Di kaki Bukit Tinggi berdekatan Jitra terdapat bangunan tinggal ini.
At the foot of Bukit Tinggi near Jitra there exist this abandoned building.


Menurut cerita rakyat tempatan ia adalah istana tinggalan Raja Bersiong, seorang pemerintah Kedah dahulukala.

According to the stories of local folks this is the palace left behind by Raja Bersiong, a Kedah ruler of olden times.



Raja Bersiong yang hidup beberapa ratus tahun dahulu disebut sebagai pemerintah kejam sehingga sanggup memakan darah manusia. Untuk makluman ini adalah artikel ke 525 di blogspot ini.
Raja Bersiong (literally, the king with fangs) who lived hundreds of years ago is said to be a wicked ruler who dares to eat human blood. For information this is the 525th article in this blogspot.













12 comments:

Tuan Merbok said...

Assalamualaikum , bangunan tu nampak macam tinggalan zaman kolonial je..

tapi dekat Malaysia ni sayangla , banyak binaan2 lama tidak diambil peduli macam kes ni..

Allahu a'lam

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Tu le, memang nampak macam bangunan kolonial. Tapi takpa, kita tunggu jika ada feedback dari orang Kedah. Binaan tu bukan saja tak dipedulikan, siap ada tong sampah besar lagi kat depan....

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saudara Merah, istana ini ialah milik Tunku Dhiauddin ibni almarhum Sultan Zainul Rashid a.k.a Tunku Kudin. Berkahwin dengan anak Raja Selangor, Tengku Arfah anak kepada Sultan Abdul Samad pada tahun 1867.Merupakan Raja Muda Negeri Kedah pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang memerintah Negeri Kedah pada tahun 1850an.Meninggal 1906. Seorang yg amat berpengaruh dalam politik Selangor dengan menyelesaikan persengketaan antaraRaja Abdullah dan Raja Mahdi. Namun istana ini dikatakan dibina di tapak asal Istana Raja Bersiong kerana Bukit Pinang merupakan salah sebuah pusat pemerintahan Kedah satu masa dahulu. Macam nilah nasib tinggalan sejarah di Kedah. Terabai. Sedih sgt. Byk yang dah hilang dan ditelan pembangunan. Pada hemat saya negeri Kedahlah negeri yg paling byk kesan sejarah. Sekian.

Afif Apitlani

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Terimakasih. Kiranya betullah dulu pernah berdiri istana Raja Bersiong di situ? Cuma bangunan batu yang ada adalah binaan zaman Tunku Kudin gitu. Hmm... :]

padi malinja said...

assalamualaikum,

benar spt kata en. afif. bangunan tu adalah istana Tunku Kudin yg dibina ditapak istana lama. Pernah ada org buat kajian terhadap sample bata bangunan tersebut dan ia dipercayai wujud sekitar 1800'an. masa kecil2 dulu selalu jugak bermain kat situ. pernah jugak terjumpa syiling2 lama tp entah kat mana la orang tua saya simpan. masa tu xterpikir pulak nak belek2 syiling tu tgk tahun pembuatannya. asal terkutip syiling je terus bg kat mak abah.
kata org2 tua kt situ kalau nk tgk kesan tinggalan istana lama, mungkin zaman raja bersiong dulu, boleh la panjat bukit tu menghala ke loji air yg berada dipuncak.
Emm.. kebetulan kat Johor pun ada kes yg sama di Bukit Treh. maksud saya kesan pendudukan di Bukit Treh turut terdapat loji air. saudara tentu lebih maklum kan? hehe...

Anonymous said...

Saudara Merah,

Memang benar binaan sedia ada adalah tinggalan Tunku Kudin. Namun teori yg mengatakan ia dibina di tapak asal istana Raja Bersiong adalah terdapatnya beberapa makam lama tidak jauh dari istana sedia ada. Mungkin saudara ada melalui kawasan tersebut namun tidak perasaan kewujudannya. Cubalah dtg sekali lagi dan ziarah makam tersebut. Pendapat saudara Padi mungkin ada benarnya namun saya pun masih blum berkesempatan untuk melihat sendiri tinggalan tersebut di atas Bukit Pinang.

Afif Apitlani

Salahudin said...

Assalamualaikum saudara Radzi,

pendapat yg kata ini adalah istana raja bersiong mungkin diragukan. sebabnya raja bersiong itu sendiri belum diketahui kewujudannya pada era mana sebab wujud pelbagai pendapat. namun begitu yg pasti bangunan tersebut dibina lebih kurang 100-200 tahun dahulu.

sebenarnya, dlm lingkungan 1 km sekitar bangunan tersebut adalah merupakan kawasan pendudukan lama (mungkin juga kawasan istana) kerana kawasan tersebut adalah merupakan salah satu pusat pemerintahan negeri.

memandangkan kedah dulunya (sebelum dijajah siam) adalah negara y mempunyai banyak pusat pemerintahan negeri seperti kubang pasu (kota mengkuang), perlis (kota seputeh - yg kemudiannya menjadi ibu negeri kubang pasu), kota setar (brahman indra/anak bukit), kuala muda(kota kuala kedah) dan bukit pinang(kota bukit tinggi), jadi x heran la kalo wujudnya tinggalan2 bangunan seperti ini. Tetapi boleh dikatakan semua kota pemerintahan negeri sudah rebah dan hancur.hanya sedikit saja yg meninggalkan sisa.

selain kota yg dibina sultan kedah dan raja2 negeri, ada juga kota yg dibina oleh pembesar2. contohnya di kg. pulau maharaja, tunjang dan di changlun (x ingat nama tmptnya).

kalo la kedah dikatakan wujud pada kurun ke-2 masihi, saya rasa pasti lebih byk lg tinggalan2 lama yg belum diteroka. mungkin lembah bujang tu hanya 10-20% dr apa yg tersisa di negeri kedah.

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Tak mengapa. Kita tinggalkan sebagai persoalan terbuka samada Raja Bersiong memang pernah bersemayam di sekitar ini atau tidak. Terima kasih kerana maklumat tambahan yang diberikan.

Anonymous said...

Sememangnya cerita raja bersiong itu wujud kerana salah satu peninggalan nya yg berharga telah di amanahkan utk di jaga oleh seorg pakcik yg ia sama nilai nya dgn keris taming sari.
Tapi sayang seribu kali sayang..waris yg sah telah meninggalkan kita semua..
Jika di izinkan penjaga mungkin satu hari boleh berkongsi dgn masyarakat luar sejarah yg berharga tersebut.
Dgn izin Allah.

Pen Biru said...

salam.inilah Istana Tunku Kudin. Raja bersiong hanya wujud dalam hikayat merong mahawangsa. terima kasih atas gambar ini. sy mohon izin menggunakan gambar2 di blog tuan untuk dipaparkan di blog sy bagi tujuan rujukan di blog saya utk mengisi entri Discover Kedah 2016.dan sebagai creditnya sy ada masukkan link blog tuan di blog sy

zauyah omar said...

Salam. Saudara Pen Biru, apakah maksud saudara Raja Bersiong hanya wujud dalam Hikayat Merong Mahawangsa sahaja? Sebenarnya hikayat tersebut ialah tentang sejarah Kedah. sila rujuk blog bertajuk Empayar Islam Benua Siam Kedah. Saudara perlu membuat kajian sebelum membuat sebarang kenyataan.

Pakaian wanita murah said...

pernah tggl kat tmpat ni..klu musim hujan smua rumah akn tggelam..5thn,6thn skli akn mgalami bnjir teruk..