Wadah tambahan kepada blogspots "Catatan Si Merah Silu" dan "Berpetualang ke Aceh", khusus untuk berkongsi pandangan mengenai seni Melayu terutama senibina lama. An extension to the blogspots "Catatan Si Merah Silu" (Malay) and "Berpetualang ke Aceh" (English), specifically to share views on Malay art especially old architecture.
-----------------------
Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.
The first three books written and published by me.
"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".
ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006
"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"
ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007
"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"
ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007
Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.
The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.
Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.
My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.
Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.
Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".
My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".
----------------------------
Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/
For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/
----------------------------
Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.
Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.
13 comments:
Salam. Baba Zaaba, Ahmad ialah seorang orang Bugis Linggi yang dikatakan berasal dari keturunan Daeng Celak atau Daeng Kemboja dari Riau.Kehebatan Pak Za'aba sebagai seorang pakar Bahasa Melayu boleh dikaitkan dengan keturunan bapanya dimana Raja Haji dan Raja Ali juga seorang sasterawan bahasa yang terkenal. Maka tidak hairanlah, darah Bugis Riau mengalir dalam diri Pak Zaaba menjadi pakar bahsa Melayu.
Wassalam. Tu le. Zaaba memang orang Bugis. Tapi ada yang cuba menafikannya sehingga kami dapat melihat pada batu maklumat (gambar 3) tu ada disimen seperti liquid paper pada bahagian yang menyebut Zaaba Bugis lalu ditoreh perkataan Minang pula.
Salam. Memang benar bapa Zaaba orang Bugis Linggi berhijrah dari Riau kira-kira 300 tahun dahulu ke Tanah Melayu dan ibunya pula orang Minangkabau. Maknanya beliau ada darah Bugis dan Minangkabau. Cuma apa nak diperkatakn disini, kehebatan beliau dalam memertabatkan Bahasa Melayu ada kaitan dengan penglibatan Raja Haji dan Raja Ali dalam persuratan Melayu. Raja Haji dn Raja Ali dikatakan ada kaitan dengan orang2 Bugis Linggi yang datang dari Riau.
Assalamualaikum...
Hmmm...ini rupanya artikel yang memuatkan foto kesan "guris" perkataan bugis yang digantikan dengan minang tu. Ada juga pihak yang cuba "memutihkan" (simbolik...kalau tak faham jugak tak tau ler) fakta sebenar dengan cat liquid! Baik "tenyeh" jer dengan "marker hitam" (dia ingat dengan memutihkan bisa menyembunyikan gamaknya!)...
p/s: baru tau bahawa Zaaba orang Bugis...Bakti semasa hayatnya melayakkan beliau dikelompokkan dalam lingkungan "minda kelas pertama" =)
Wassalam. Pembetulan. Bugis ditukar jadi Minang, bukan Minang jadi Bugis. Apapun ini memang contoh minda kelas pertama. Di fahamkan peneroka awal Linggi (selain kumpulan Daeng Merewah di bahagian kuala) diketuai anak2 Daeng Chelak yang membuang diri dari istana.
Salam. Mengikut sejarah orang-orang Bugis Linggi berkait rapat dengan kesultanan Bugis Selangor melalui Daeng Kemboja, Daeng Chelak dan lain-lain kerana mereka pernah bermukim diLinggi suatu ketika dulu. Ceritanya panjang. Sila rujuk Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji. Tetapi Dato Awaluddin dan kekandanya Dato Serilah telah meninggalkan segala pangkat Daeng dan pangkat Raja kerana tidak bersetuju dengan ayahanda Raja diRiau dan terus menjadi orang biasa dan menetap di Linggi. Linggi satu-satunya kawasan kubu kuat Bugis di Negeri Sembilan. Walau bagaimana pun, benih yang baik kalau dicampak ke laut sekali pun, ia tetap subur. Orang-orang Bugis Linggi tak banyak sikit ada menyumbang kepada pembangunan negara. Antara tokoh2 orang Bugis Linggi yang menyumbang kepada pembangunan negara adalah Pendeta Za'aba, Datuk Muhammad Yusof Ahmad (adik Zaaba, Tokoh Guru Kebangsaan 1979, Ahli Majlis Persekutuan 1957-1960, Setiausaha Sulit Agong Pertama, Pesuruhjaya Pengakap Malaya 1957-1960, MBE, Pengasas TKC), Tan Sri Datuk Dr Mohd Said (Menteri Besar Negeri Sembilan 1959-1969), Tan Sri Datuk Lokman Yusof (Datuk Bandar Kuala Lumpur Pertama),Datuk Ahmad Zainal Abidin Yusof (Mantan Duta Malaysai ke- Kanada, Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja Melayu 1980-1987), Aminuddin Baki (walau pun dilahirkan Di Chemor Perak, nenek dan Datuknya orang Bugis Linggi),Dato Seri Iskandar Dzakurnain Badaruddin(Ketua Setiausaha Pelancongan, Ketua Pengarah EPU Ke-9 2003-2005, Pegawai Kewangan Negeri Selangor), Tan Sri Datuk Ishak Pateh Akhir (datuknya orang Bugis Linggi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Ketua Pengarah EPU ke-2), Prof. Emeritus Datuk Dr Mohd Zabid Abd Rashid (anak Sheikh Abd Rashid, CEO UNITAR), Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Ikram Said (TNC Akademik UKM), Zaharah Zaaba (anak Zaaba, wartawan terkenal), Prof Ahmad Khalid Yusof (anak Datuk Muhammad Yusof, Pelukis Terkenal Negara), Sheikh Jamaluddin al-Linggi (ulamak), Sheikh Hj Mohd Said Jamaluddin al-Linggi (anak Sheikh Jamaluddin, Sheikh Tarekat Ahmadiah Asia Tenggara, Ualamak,Wali), Sheikh Hj Ahmad Sheikh Mohd Said (Mufti Negeri Sembilan 1957-1964, Sheikh Tarekat Ahmadiah, Ulamak, Wali), Datuk Sheikh Murtadza Sheikh Ahmad (anak Sheikh Ahmad, Mufti Negeri Sembilan 1987-2009, Sheikh Tarekat Ahmadiah), Datuk Sheikh Redza b.Sheikh Mohd Said (anak Sheikh Mohd Said, ADUN Pantai Seremban), Sheikh Abd Hamid Sheikh Said (anak Sheikh Mohd Said, ADUN Rantau), Datuk Dr Sulaiman (ADUN Tampin),Datuk Idris Ibrahim (ADUN Setapak),Sheikh Abdul Rashid b.Sheikh Mohd Said (Ulamak, Sheikh Tarekat Ahmadiah, Harun Mat Som (Tokoh Guru Kebangsaan 1976), Lebai Zakaria Abas (Ulamak), Hj Mustaffa Ahmad (ulamak, Ramli Junit (bekas pemain bolasepak Kebangsaan yang mewakili negara layak ke Sukan Olimpik di Moscow, Rusia), Datuk Kamarudin Meranun (Naib Presiden Air-Asia), Kapten Yazid Ahmad (penterjemah bahasa di UPSI zaman Zaaba dan pahlawan yang mati berjuang ketika mempertahan Singapura dari Jepun) dan ramai lagi. Lima tokoh Linggi di atas Linggi tercatat dalam buku kenangan 'Memori Pejuang Bangsa' terbitan Kementerian Penerangan dan Komunikasi.
Wassalam. Terima kasih atas perkongsian. Mungkin saudara boleh menambah lagi. Sejak bila sebenarnya orang Bugis mula bertapak di Linggi dan di bahagian mana sebenarnya tapak awal? Yang saya tahu sebelum 5 Daeng Bersaudara membantu Raja Sulaiman Johor berlawan dengan Raja Kecil mereka terlebih dahulu bernegeri di Linggi tapi tak pasti belah mana.
Assalamualaikum Sdr Radzi. Orang Bugis dari Riau mula bertapak diLinggi kira-kira pada awal tahun 1750an diketuai oleh Dato Awaluddin dan kakaknya Dato Serilah. Bahagian mana diLinggi mereka mula menetap saya sarankan saudara baca buku tulisan Prof Norhalim mengenai sejarah Linggi. Dalam buku ini diceritakan agak terperinci maklumat yang dikehendakki.
Salam. Sedikit pembetulan. Dato Kamarudin Meranaun ialah orang Minangkabau. Segala kesilapan adalah tidak disengajakan. Harap maaf.
Baru bertemu blog ini. Saya adalah anak kelahiran Linggi. Dari keturunan Datuk Awaludin. Suka bila dapat baca sejarah ini.
Assalamualikum. Sila baca buku Karya Agong tulisan Raja Ali Haji bernama Tuhfat Al-Nahfis. Didalamnya tertulis cerita orang2 Bugis Linggi sebanyak 30 kali (rujuk Index)
Ada juga org2 linggi terkenal di persada hiburan R Azmi nama sebenar Haji Ahamd bin Haji Jalaludin bin Abbas, Haji Mahadi anak Tn Skh Haji Muhammad Said r.a...
Wow R. Azmi pun orang Linggi. Baru hari ini hamba tahu R Azmi tu orang Bugis Linggi. Terima kasih atas maklumta yang disalurkan. Maknanya orang Bugis Linggi serba boleh!
Post a Comment