-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Wednesday, May 02, 2007

Akan muncul tidak lama lagi! "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" (BKA II). Coming soon, "The trip to Aceh: Advocating the original faith"


Subhanallah! Setelah lebih 11 hari membiarkan blogspot-blogspot saya senyap tanpa penambahan apa-apa cerita ataupun berita baru, baru timbul gerak untuk berbuat sesuatu. Maka biarlah "kesenyapan" ini dipecahkan dengan berita gembira daripada pihak saya... Sukacita dimaklumkan bahawa buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II sudah masuk ke kilang percetakan dan jika tidak ada aral melintang, akan siap untuk dibaca 18 Mei ini. Bilakah ia akan masuk ke kedai-kedai berdekatan? Saya pun tidak dapat memastikan ini kerana proses pengedaran masih dalam perbincangan. Yang penting, bukunya siap dan sedia untuk menemui para pembaca sekalian dalam masa terdekat.
Praise be to God! After more than 11 days leaving my blogspots quiet without any additonal story or news, recently came the urge to do something about this. So let me break the ice by presenting a good news… That I’m very glad to inform the book “Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal” (literally translated as “The trip to Aceh: Advocating the original faith”) or BKA II is already in printing and if there is no problem, should be ready for readers by May 18th. So when will it arrive at your nearest bookshop? I myself can’t say this for sure as distribution is still within negotiation. What’s important, the book should be ready to meet dear readers soon enough.
Adapun posting ini adalah posting ke 89 dalam blogspot ini. Ingat tak, saya pernah menyebut dalam posting lepas di “Catatan Si Merah Silu” bahawa blogspot ini (pada masa itu le...) telah memiliki 88 posting, blogspot berbahasa Inggeris "Berpetualang ke Aceh" ada 44 sementara blogspot Inggeris campur Melayu "Seni Lama Melayu (Malay Olden Art) ada 22? Saya merasakan nombor-nombor itu cantik, lalu kesemua blogspot ini dibiarkan tanpa apa-apa penambahan baru. Sekarang, biar saya kemas-kinikan kesemuanya dengan berita tentang bakal kemunculan buku BKA II.
Anyway, this posting is the 89th in this blogspot. Remember, I mentioned in the last posting at “Catatan Si Merah Silu” (that is if you care to look) that the blogspot (at that time k…) already have 88 postings, the English blogspot “Berpetualang ke Aceh” have 44 and the English plus Malay blogspot “Seni Lama Melayu (Malay Older Art) 22? I thought the numbers look nice, so that is why I left the blogspots without any updates. Now, let me furnish all three with the news on the coming of the book BKA II.
Oh... Sesuatu yang saya rasa menarik tentang proses penulisan buku ini hingga siap... Sejak buku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I keluar di pasaran Jun 2006, macam-macam cabaran dan dugaan berlaku yang menyebabkan proses penulisan BKA II terasa sangat berat. Ada masanya saya terasa hampir jadi gila kerana gangguan semangat serta kesihatan yang terpaksa ditempuhi… Nasib baik ada pihak yang sudi memberikan sokongan moral dan kerjasama sehingga ia mampu disiapkan juga.
Oh… Something I felt interesting about the writing process of this book until it is completed… Since the book “Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti” (literally translated as “The trip to Aceh”: Searching for self and meaning” or BKA I reached the market in June 2006, all sorts of obstacles and tests came my way making the writing process of BKA II felt so heavy. At times, I felt like going mad because of the spiritual and health disturbances I had to face… Luckily there are those who’s willing to give the moral support and cooperation needed to make it possible to complete the book at all.
Proses terakhir dalam penulisan BKA II adalah untuk menyediakan pantun yang akan diletak pada kulit belakang buku. Bayangkan, ketika BKA I dibuat, pantun di kulit belakangnya adalah salah satu bahagian yang paling awal siap. Segalanya muncul dalam ilham yang memerlukan masa tidak sampai 15 minit, ketika pertama kali bermain-main dengan program Adobe Photoshop untuk membuat rekabentuk kulit buku tersebut, ketika pertengahan tahun 2004 begitu.Tetapi untuk BKA II, saya perlu menunggu hampir setahun untuk mendapat ilham yang sesuai, itupun setelah segala proses penulisan yang lain siap.
The last process in writing BKA II is to provide the poetry for the back cover of the book. Imagine, when BKA I was made, the poetry at its back was one of the sections that was the first to be completed. Everything appeared in an inspired moment that took less than 15 minutes, during the first time I played with the Adobe Photoshop programme to create the lay-out for the book cover, sometime in the middle of 2004. But for BKA II, I had to wait almost a year before getting the right inspiration, even then after the writing process for the rest is completed. I had to go out at night and have coffee at a stall in Ampang, Kuala Lumpur with a piece of paper and a pen in hand. Thank God, the next day the book BKA II is ready to go for printing!
Maka di sini, biar saya kongsi pantun tersebut... Semoga saudara dan saudari akan mendapati buku BKAII ini amat bermanfaat, Insyaallah!

Adam, Idris, Nuh dan Salih,
Zaman berzaman siang dan malam,
Membawa risalah selagi boleh,
Intipatinya sama, Tauhid dan Islam.

Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Ya’aqub,
Zaman pertengahan keluarga Nubuwwah,
Di Surah Baqarah firman termaktub,
Inilah keturunan pemimpin yang amanah.

Yusuf, Musa, Daud dan Sulaiman,
Nabi Bani Israel termasuk Zakaria,
Sampai ke Isa berubahlah zaman,
Peralihan risalah ke Khatamul Anbiya.

Muhammad Mustapha penghulu Nabi,
Sempurnakan risalah untuk sekalian beramal,
Ahlul Bait dan raja menabur bakti,
Di Nusantara ini membela syiar yang asal

So here, let me share the poetry mentioned… May you dear readers find the book BKA II of much benefit, God willing! Here goes a rather loose English translation though I can’t guarantee it ryhmes like the original in Malay. For you information, the names mentioned in the poetry are the names of the prophets as mentioned in Arabic and Malay…

Adam, Idris, Nuh and Salih,
Ages and ages, night and day,
Conveying the message as best as they can,
The gist is the same, Tauhid (oneness) and Islam (submission and peace)

Ibrahim, Ismail, Ishaq and Ya’aqub,
The middle period of the family of Prophets,
In the verse of Baqarah (in the holy Quran), it is mentioned,
This is the linage of thrustworthy leaders.

Yusuf, Musa, Daud and Sulaiman,
The prophets of Israel including Zakaria,
Came to Isa so the time changes all,
The message shifted to the Seal of the Prophets.

Muhammad Mustapha the head of all Messengers,
Perfecting the message for the benefit of all,
The Ahlul Bait (the Prophet’s family) and kings doing their bit,
In Nusantara (South East Asia) advocating the original faith.

No comments: