-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Monday, July 23, 2007

Masjid (mosque of) Pulau Besar, Perak...

Assalamualaikum sekalian, saya kini berada Ipoh, Perak, berehat sebentar setelah meninggalkan bandar diraja Kuala Kangsar, Perak semalam. Tadi saya baru membuat penambahan cerita dalam blogspot berbahasa Inggeris, BERPETUALANG KE ACEH, cerita-cerita mengenai Pulau Besar di Melaka dengan tajuk-tajuk Pulau Besar 3: Time to move on..., Pulau Besar 2: Why so many long tombs? dan Pulau Besar 1: Enter the 'big' island!. Lalu teringat, di Perak juga ada sebuah tempat bernama Pulau Besar... Tergerak pula untuk membuat artikel baru di sini berdasarkan gambar-gambar yang diambil Disember lalu!
Peace be upon you all, I'm currently in Ipoh, Perak to rest after leaving the royal town of Kuala Kangsar last night. Just now, I've made some updates in the English blogspot BERPETUALANG KE ACEH, stories about Pulau Besar, Melaka under the headings Pulau Besar 3: Time to move on..., Pulau Besar 2: Why so many long tombs? and Pulau Besar 1: Enter the 'big' island!. Then I remembered, in Perak there's also a place called Pulau Besar... Came the urge to write a new article here based on the pictures taken last Disember!


Perhatikan kata-kata pada papan-tanda di atas... Masjid Pulau Besar. Terperanjat saya apabila melihatnya. Sudahlah namanya sama dengan nama Pulau Besar di Melaka, perasaan yang timbul apabila berada di sini juga hampir serupa. Bezanya, Pulau Besar yang lagi satu memang sebuah pulau sedangkan kawasan ini pula adalah sebuah daratan yang terletak sekitar 1-2km daripada tebing Sungai Perak.

Look at the words on the board above... Masjid Pulau Besar. I was surprised when I looked at it. Not only the name is the same as that of Pulau (island of) Besar in Melaka, the 'feel' which came to me here is also almost the same. The difference, the other Pulau Besar is an island while this area is on the mainland situated about 1-2km from the banks of the Perak river.


Saya mula dapat tahu tentang kewujudan Pulau Besar di Perak ini semasa mencari makam seorang kerabat diraja Perak bernama Raja Ahmad September lepas. Ia terletak di antara Teluk Intan dan Kampung Gajah. Gambar-gambar ini diambil dalam lawatan kedua saya ke sana Disember lepas, kali ini dengan seorang rakan bernama Zaidi. Rakan inilah yang mengambil gambar-gambar ini. Saya menurut sahaja kerana menganggap ini juga adalah gerak daripada Allah belaka untuk memberi petunjuk yang berguna kepada saya, juga kepada orang lain juga.

I first came to know about the existence of place called Pulau Besar in Perak while looking for the tomb of a Perak royalty known as Raja Ahmad last September. It is situated between Teluk Intan and Kampung Gajah. These pictures were taken during my second visit there, this time with a friend named Zaidi. This friend took the pictures. I just followed as I consider this a movement from Allah to give useful hints to me about life, also to others.


Lihat... Menarik bukan? Saya memang suka rekabentuk masjid-masjid lama seperti ini.

Look... Interesting isn't it? I always like the architecture of old mosque such as this.


Sebuah papan menyebut "Sembahyanglah sebelum anda disembahyangkan"... Maknanya, mulalah menunaikan rukun Islam lima yang wajib itu sebelum kita mati lalu disembahyangkan orang. Mati itu adalah sesuatu yang pasti. Maka janganlah kita mati dalam keadaan menjadi orang-orang yang rugi...

A signboard saying "Pray before you are being prayed for"... Meaning, do the obligatory prayers that is among the five pillars of Islam before you die and people have to pray for you. Dying is a sure thing. So don't die in the state of being of a loser...


Sekali lagi, menara Masjid Pulau Besar, Perak. Suka betul si Zaidi dengan menara ini.

One more time, the tower of Masjid Pulau Besar, Perak. This Zaidi really likes the tower.


Hmm... Kalau saya yang mengambil gambar, kemungkinan besar saya tidak mengendahkan poster di atas ini. Apalah yang nak dipedulikan sangat tentang sebuah poster yang menyebut "banyak berzakat banyak berkat". Tapi kalau difikirkan balik, mendalam dan penting maknanya perkataan-perkataan ini... Bukankah membayar zakat itu merupakan rukun keempat dalam rukun Islam?

Hmm... If I'm the one taking pictures, most probably I won't take notice of the above poster. Why should anyone care about a poster that says "give lots of alms gain lots of blessings". But when I think back, there is deep and important meaning in these words... Isn't giving the obligatory alms the fourth pillar of Islam?



Lagi peringatan-peringatan yang dirakamkan oleh saudara Zaidi, kali ini daripada papan tanda masjid dengan sepotong ayat Al-Quran yang membawa makna "Sesungguhnya telah menang orang yang beriman iaitu mereka yang kusyuk dalam sembahyang". Ternyata, walaupun rakan itu sekadar merakamkan gambar menurut gerak rasa yang belum tentu ada asasnya, ia tetap bermakna untuk menyampaikan sesuatu peringatan untuk diri saya, juga sesiapa yang mahu mengambil iktibar. Ingat, walaupun zahirnya, Zaidi yang bertindak mengambil gambar ini, hakikatnya Allah jua yang menggerakkannya... Dengan bersebab dalam kebijaksaanNya jua!

More reminders recorded by my dear friend Zaidi, this time from the framed board in the mosque with a piece of Quranic verse which carries the meaning "Surely have won those faithful people who pray with utmost concentration". It is apparent, although this friend just snapped the pictures out of whim and fancy which might not have any solid basis, it still is meaningful to pass a certain reminder for me, also to whoever who wants to learn. Remember, eventhough physically it was Zaidi who took the picture, in truth it is Allah who moves him to do so... For a reason within God's wisdom!



Ini pula ayat Quran yang membawa makna "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah perbuatan yang keji dan yang mungkar". Takkan ini pun tak faham?

This is a Quranic verse with the meaning "Surely the prayers prevents behavious which are bad and sinful". Surely you can understand this!


Hmm... Gambar sebuah masjid besar Turki yang menghiasi sebuah kalendar lama pun turut diambil si Zaidi. Macam ada makna tersirat di sini lebih-lebih lagi kerana ada nombor 11 yang terserlah berwarna merah, nombor yang ada makna tersendiri buat diri ini...

Hmm... The picture of a big mosque in Turki gracing an old calendar was also snapped by Zaidi. As if there's a hidden meaning behind this especially the nombor 11 which stood out in red, a number which has a certain meaning for this self...

Ah... Apabila diteliti balik memang dalam maknanya... Sebuah masjid besar di Turki, sebuah kalendar dengan tarikh-tarikh tertentu... Ada disebut 12 Disember, ada tertera bulan Islam Zulhijjah... Teringat saya akan sebuah mimpi yang berlaku lebih 2 tahun lalu melibatkan seorang buah hati...

Ah... When examined again there is a deep meaning... A big mosque in Turki, a calender with certain dates... There's mention of 12 December, there's the Islamic month of Zulhijjah... Reminds me of a dream which happens more than 2 years ago involving a sweetheart...



Sijil pendaftaran masjid menyebut nama masjid dengan alamatnya: Masjid Kampung Pulau Besar, Pasir Panjang Ulu, 36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan. Cukuplah gerak untuk bercerita tentang masjid ini. Wassalam!

The mosque's registration certificate with its name and address: Masjid Kampung Pulau Besar, Pasir Panjang Ulu, 36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan. Enough of the urge to talk about this mosque. Peace!

No comments: