-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Tuesday, July 24, 2007

Masjid (mosque of) Sayong, Kuala Kangsar

Assalamualaikum dan selamat pagi... Sementara masih berada di Ipoh, biar saya berkongsi lagi sedikit gambar-gambar masjid di Perak, kali ini sebuah masjid di Sayong, dalam daerah Kuala Kangsar.
Good morning and peace be upon you... While I'm still in Ipoh, let's share a bit more pictures on the mosques in Perak, this time of one in Sayong, within the district of Kuala Kangsar.



Adapun kawasan Sayong yang terletak di tebing kanan Sungai Perak berhadapan dengan bandar diraja Kuala Kangsar yang terletak di tebing kiri sungai itu pernah menjadi ibunegeri Perak yang terakhir menurut perjanjian lama keSultanan Perak dengan seorang pembesar misteri bernama Tok Temong. Menurut perjanjian yang dikatakan berlaku hampir 500 tahun lalu antara raja pertama Perak, Sultan Muzaffar Shah dengan Tok Temong yang pernah memerintah kawasan hulu, anak cucu Sultan Muzaffar hendaklah memerintah kawasan tebing kanan Sungai Perak sementara anak cucu Tok Temong berkuasa di sebelah kira.

As it is, the area of Sayong which is situated on the right bank of Sungai (river of) Perak facing the royal town of Kuala Kangsar on the left was the last capital of Perak under the ancient treaty between the Perak Sultanate and a mysterious noble by the name of Tok Temong. According to the treaty made almost 500 years ago between the first ruler of Perak, Sultan Muzaffar Shah and Tok Temong which used to rule upriver, descendants of Sultan Muzaffar would rule the areas on the right bank of Sungai Perak while Tok Temong's descendants hold sway over the left.

Pembukaan bandar diraja Kuala Kangsar oleh Sultan Perak ke 28, Sultan Idris I dalam tahun 1880an mengubah keadaan. Ia adalah ibunegeri pertama Perak yang terletak di sebelah kiri Sungai Perak. Sultan sebelum itu, Sultan Yusuf memerintah di Sayong. Mungkin sebab itu saya tergerak untuk bercerita tentang masjid ini?

The opening of the royal town of Kuala Kangsar by the 28th Sultan of Perak, Sultan Idris I in the 1880s changed the situation. It became the first capital of Perak to be situated on the left of Sungai Perak. The previous Sultan, Sultan Yusuf ruled in Sayong. Maybe that is why I'm moved to talk about this mosque?


Apapun, makam Sultan Yusuf terletak di sebuah masjid lain di Sayong. Sebenarnya, kawasan Sayong ini terbahagi kepada beberapa tempat seperti Sayong Lembah, Sayong Tengah dan sebagainya... Tak ingat pula nama-nama yang lain dan saya sudah lupa masjid ini terletak di bahagian mana. Yang pasti ia boleh kelihatan daripada bandar diraja Kuala Kangsar terutama daripada Bukit Chandan...

Whatever, the tomb of Sultan Yusuf is situated at another mosque in Sayong. Actually, the area of Sayong is divided into some parts like Sayong Lembah, Sayong Tengah and such... Can't remember the names and I've forgotten this mosque is in which part of Sayong. What is sure, it could be seen from the royal town of Kuala Kangsar especially from Bukit Chandan...

Oh... Baru teringat. Makam Sultan Yusuf di masjid lain itu sebenarnya adalah makam yang dipindahkan daripada kedudukan asalnya yang dikatakan selalu terkena banjir. Mungkin makam itu asalnya terletak berdekatan masjid ini? Hmm...

Oh... Now I remember. Sultan Yusuf's tomb at the other mosque is actually the one moved from its original location which as said to often suffer flood. Maybe the original tomb is situated near this mosque? Hmm...


Bangunan masjid ini yang kelihatan ketika mendaki Bukit Chandan untuk menziarahi makam diraja suatu ketika dahululah yang menyebabkan saya tergerak untuk pergi ke sini. Sempat berehat sebentar untuk menghidu aroma masjid lama yang sudah tentu ada sejarahnya yang tersendiri...
The mosque's building which was seen while climbing up Bukit Chandan to visit the royal mausoleum once is the reason I was moved to go here. Had time to rest while taking a whiff of the aroma of the old mosque which must have it's own unique history...


Ketika berehat dan berbaring di satu sudut, saya ternampak pula akan cara untuk naik ke atas. Apa lagi, ke atas lah saya selepas itu!

While having a rest and lying down at a corner, I saw the way to go up. So what else... Up do I go next!


Pemandangan daripada menara masjid. Kelihatan di latar-belakang, Istana Bukit Chandan...

The scenery from the mosque's tower. Seen in the background, Istana (palace of) Bukit Chandan...


Sebahagian masjid dilihat daripada menara...

Part of the mosque seen from the tower...


Sebuah rumah berdekatan masjid... Kelihatan Sungai Perak yang memisahkan dua bahagian negeri... Malah, ada cerita lama menyebut sebenarnya bahagian kiri Sungai Perak dahulunya terletak di bawah kekuasaan negara lain, kemungkinan besar berkaitan dengan Aceh... Hmm... Biar sahaja cerita ini disimpan ya. Akan ada pihak yang tidak senang dengan kebenaran. Sekian!

A house nearby the mosque... Also apparent is Sungai (river of) Perak which divides two parts of the county... In fact, there's old tales saying actually the left area of Sungai Perak used to be under the sovereignity of another county, most probably related to Aceh... Hmm... Let's just keep this story ya. There would parties who won't be happy with the truth. That's all!

No comments: