-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Monday, April 14, 2008

Kawasan pemakaman (the tomb area of) Sheikh Ibrahim, Kuala Terengganu...

Masih di Kuala Terengganu, kita beralih ke kawasan pemakaman lain pula sedikit ke selatan pusat bandaraya. Sila...
Still in Kuala Terengganu, now we move on to another cemetery area a bit to the south of the city centre. Come...

Di sebuah jalan bernama Jalan Pusara, terletak sebuah kawasan perkuburan Islam yang agak besar, pada anggaran saya sekitar 5 kali saiz padang bola!

At a road called Jalan Pusara (which could be translated as the "cemetery road") lies a rather big Islamic cemetery area, I estimated the size at about 5 times a football field!


Di dalamnya terdapat banyak binaan makam dengan batu-batu nesan yang sangat terserlah menandakan ia milik orang-orang besar...

Inside are many tomb buildings with tombstones which stands out much signifying it all as belonging to people of much importance...


Salah satunya ialah makam Sultan Daud yang pernah memerintah Terengganu selama sebulan sahaja! Baginda menaiki takhta Disember 1830 tetapi mangkat Januari 1831!

Among it is the tomb of Sultan Daud who ruled Terengganu for only a month! He ascended the throne in December 1830 but died January 1831!


Inilah makam baginda...

This is his tomb...


Di sebelahnya terdapat sebuah bangunan tertutup dengan sebuah makam misteri di dalamnya...

Besides is a closed building containing a mysterious tomb inside it...


Makam ini adalah milik Sheikh Ibrahim seorang ulamak yang dikatakan datang daripada Mesir, mangkat di sini tahun 1873...

The tomb belongs to Sheikh Ibrahim, a religious scholar said to have come from Egypt, then died here in the year 1873...


Kenapa saya katakan ia makam misteri? Kerana menurut orang tempatan, Sheikh Ibrahim adalah seorang yang banyak karamah. Kemudian ada yang percaya bahawa di dalam bangunan ini terdapat sebiji telur burung daripada kayangan, saya sudah lupa burung apa... Burung garuda ke burung jentayu gitu...

Why did I say it is mysterious? Because according to locals, Sheikh Ibrahim was a person full of miracles. Then there are those who believe inside the building is an egg from a mythical bird of paradise, I've forgotten the name of the bird... Was it the garuda (the orc in Western legends) or the jentayu (I don't know the equivalent in the West)...


Lihat... Ada binaan pintu gerbang yang agak unik sebelum masuk ke kawasan makam Sheikh Ibrahim...

Look... There's a rather unique main gate before one enters the vicinity of the tomb of Sheikh Ibrahim...


Tidak jauh dari situ, terdapat pula makam Sultan Ahmad yang pernah memerintah Terengganu 1808-1830...

Not far away, there exist the tomb of Sultan Ahmad who ruled Terengganu 1808-1830...


Inilah makamnya...

This is the tomb...


Jauh sedikit menghala ke laut, terdapat makam seorang ulamak besar yang dikenali sebagai Tok Sheikh Duyung...

Slightly far away heading towards the sea, there exist the tomb of a prominent religious scholar known simply as Tok Sheikh Duyung...


Inilah makam beliau...

This is his tomb...


Seorang lagi ulamak terkemuka yang turut dimakamkan di sini ialah Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas... Maaf jika saya tidak menurut ejaan yang tertera...

Another prominent religious scholar buried here is Sheikh Abdul Qadir of Bukit Bayas... Sorry if I don't follow the spelling featured here...


Yang pasti, di kawasan pemakaman ini terletak begitu banyak makam orang-orang penting. Lihat ini, sebuah lagi bangunan yang begitu terserlah...

What is sure, in this cemetery area lies the tombs of many important personalities. Just look at this, another building which stands out...


Di dalam kawasan bangunan itu terletak beberapa buah makam lagi. Sekarang fikirkan, di kawasan perkuburan yang saya lihat seluas 5 buah padang bola ini, terdapat begitu banyak makam-makam orang penting termasuk makam para Sultan dan ulamak besar. Lalu kenapa seluruh tanah perkuburan ini dikenali sebagai kawasan pemakaman atau tanah perkuburan Sheikh Ibrahim? Apakah yang begitu istimewa tentang beliau sehingga kawasan ini dikenali dengan namanya, tidak nama orang lain? Sekian! :]

Inside the confines of the building lies some more tombs. Now think, in this whole cemetry area which I see is equivalent to the size of 5 football fields, there exist so many tombs of important personalities including that of Sultans and prominent religious scholars. So why is the whole cemetery area is known as the tomb area or burial grounds of Sheikh Ibrahim? What is so special about him making this whole area be known by his name, not by any other name? That's all! :]

4 comments:

A3manul Na3m | ايمان النعيم said...

Kebanyakan ulama' terengganu terkenal kerana hubungannya dengan istana dan sultan, contohnya Sultan Zainal Abidin III merujuk Tok Ku Paloh sebagai pemilik terengganu, dan bukannya baginda, apabila british ingin menjajah terengganu. Bahkan, sultan terengganu biasanya mebahasakan diri sebagai anakanda apabila berbicara dengan ulama yang hidup di dalam pemerintahan baginda. Syeikh Ibrahim merupakan ulama terkenal terengganu dan merupakan guru dan syeikhul ulama terengganu pada zaman beliau. Peranan pulau duyong kecil sebagai pusat pengajian islam menjadikan terengganu maju dan makmur dan digelar dengan gelaran Darussalam ketika itu, bersama2 gelaran Darul Iman.

rizal said...

sebetulnya dalam rumah kecil di makam sheikh ibrahim itu cuma mempunyai makam beliau di dalamnya..ia dijaga oleh keturunannya bagi mengelakkan perbuatan perbuatan kurafat sesetengah pihak.Bagi sesiapa yg berpeluang berjumpa dengan saudara beliau...insyallah anda berpeluang melihat di dalam rumah kecil itu..

Anonymous said...

Alhamdulilah,mcm aner nak jupa keturunan dia ni iaitu sheikh ibrahim ini...

Ahmad Naif Hakimi said...

Keluarga sy pun kalau meninggal semua simpan sini dr moyang sampai arwah mak.